The Face Suites KL: Suites Gaya Hidup Terkini

Share

Suites yang sangat selesa, lengkap dengan kelangkapan yang diperlukan, ada infinity pool, boleh nampak 2 menara tertinggi di Malaysia sambil swimming, dekat dengan monorel, dekat dengan mall, bla bla bla… Uncle Zuan

Baru-baru ni uncle dan travel buddies uncle telah menginap di salah sebuah homestay milik Amnahome di The Face Suites KL.

Baik mari uncle huraikan secara ringkas point menarik yang membuatkan kami memilih untuk menginap di The Face Suites milik Amnahome.

1. Ruang Tamu Yang Luas

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-6

Ruangan menonton TV yang selesa. Kami ambil suites 1+1.
Boleh memuatkan 4 orang dewasa. Siap boleh ajak kawan yang lain datang hangout lagi hehe

2. Bilik Tidur Yang Selesa

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-15

Ruangan bilik utama yang besar dan selesa di sambungkan dengan ruang tamu.

amnahome-homestay-the-face-suites-kl

Kalau anda ambil bilik yang 1+1 akan ada satu lagi bilik tambahan yang boleh memuatkan 2 orang dewasa.

3. Lengkap dengan Kemudahan Asas Sebuah Homestay

amnahome-homestay-the-face-suites-kl1

Lengkap dengan kemudahan asas sebuah homestay.

the-face-kl-amnahome

Ada kelekangkapan asas homestay yang diperlukan seperti tempat memasak, singki, peti ais, mikrowave, dan mesin basuh.

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-3

Cuma kekurangan pada suites ini adalah ia standard ikut standard bilikk air iaitu tempat buang air dan mandi disekalikan. Kalau diasaingkan lagi baik

4. Infinity Pool

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-8

Infinity pool adalah tarikkan utama kenapa orang suka menginap di The Face KL.
Pool yang luas dan selesa dengan pemangangan yang ohsem!!!

5. Dekat dengan Kemudahan Public Transport dan Mall

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-5

The Face Suites KL hanya 3 hingga 5 minit berjalan kaki ke Quill City Mall, Stesen Monorail Bukit Nenas dan LRT Dang Wangi

6. Ruangan Lobi yang Cantik

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-12

Ruangan lobby di The Face KL sesuai digunakan sebagai tempat untuk meeting dengan client atau sahabat handai

7. Lokasi yang Cantik Untuk Tengok Sunset

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-14

Petang jadi lebih bermakna dengan melihat sunset. Dari tingkat 51 anda berpeluang melihat sunset. Memang ohsem view

8. Night view KLCC dan Menara KL

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-10

Boleh mandi di swimming pool hingga 10 malam sambil menikmati lampu lip lap Menara KL

amnahome-homestay-the-face-suites-kl-11

KLCC tersegam indah

Harga untuk menginap selama satu malam di The Face milik Amnahome adalah bergantung kepada jenis unit yang anda ambil. Macam uncle dan travel buddies uncle, kami ambil yang 1+1 bedroom. Satu malam RM350 je.

Info: Di laman web TripAdvisor, The Face Suites KL mendapat rating 4.5 / 5!!!

Untuk rujukkan, uncle senaraikan senarai harga suites Amnahome di The Face KL

  • 1 Bilik tidur = RM280
  • 1 + 1 Bilik tidur = RM350
  • 2 bilik tidur = RM450

Untuk maklumat lanjut mengenai AmnaHome dan tempahan , boleh terus ke hubungi pihak AmnaHome melalui:

Laman web: http://amnahome.com
Facebook : https://www.facebook.com/holidayhouseamna
Instagram : https://www.instagram.com/amnahome
Whatsapp : +61 402 966 473
Email : reservation@amnahome.com

*** UPDATE: Amna Home telah rebrand ke The Cloverr. Rujuk sini untuk maklumat lanjut ***

4,183 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Yourfabulousmama
  2. Mama Kembar 3
  3. nikkhazami
  4. Hairul HIssam
  5. LeYa
  6. Aliza Sara
  7. Anuar
  8. Oyong Ilham
  9. Oyong Ilham
  10. Jie Susanos
  11. raihanah
  12. siti hazreen
  13. Muhammad Khairuddin Lim
  14. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge