google.com, pub-3114534806874060, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Enak Rasa Menawarkan Pakej Perkahwinan Berpatutan - Uncle Zuan

Enak Rasa Menawarkan Pakej Perkahwinan Berpatutan

Share

Hari ini, kos kahwin je tak lari RM40k. Ye la, dengan kos catering la, dewan la, baju kahwin, kek bertingkat-tingkat, photographer, persembahan silat, doorgit, memang tak lari RM40k. Itu pun belum tentu boleh jemput sampai 1000 orang tetampu. Kalau ada pun kadang tak cukup makanan.

Hehe pengalaman mengajar uncle. Memang kos kahwin ni tak murah. Kita cuba nak murah, tapi susah nak murah. Mesti ada yang tak cukup. Mesti ada yang kena tambah.

Uncle baru-baru ni perasa di laman social yang Enak Rasa ada menawarkan pakej all-in untuk bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis perkahwinan. Yup all-in, bayar je, semua dapat.

Pakej Eksklusif Marhain Untuk 1000 Jemputan

Pakej yang uncle nampak menarik adalah pakej Eksklusif Marhain yang mana pakej ni all-in untuk 1000 orang jemputan dengan harga permulaan RM29,000. Pakej ni wife uncle ada cerita haritu dekat blog dia. Uncle tak berapa nak ambil perhatian sangat sebab majlis uncle pun dah lepas, itu pun buat masa sekarang tak ada plan nak buat majlis baru… eh…. Mati uncle kalau dia baca ni.

Ok uncle kongsi sikit mengenai pakej Eksklusif Marhain yang baru sahaja dilancarkan di Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur.

Pakej ini termasuk set menu utama, tea corner termasuk untuk makan beradap. Ia juga termasuk segala kelengkapan dewan, servis photography dan juga bridal. Doorgift? Doorgift pun dapat dik.

Tak lengkap kalau tak senaraikan apa menu yang ditawarkan kan? Ini adalah senarai menu yang ada:

  • Basmathi Briyani Rice
  • White Plain RiceChicken in
  • Malay Red Chili Spicy Curry
  • Sweet Black Beef
  • Stewed Vegetables Curry with Lentils
  • Mixed Pickled Fruit Chutney
  • Crunchy Papedom
  • Various Fruit
  • Tropical Cordial Fruit Punch

Untuk tea corner pula:

  • Teh Tarik & Black Coffee
  • 2 Types of Traditional Malay Dessert
  • Sweet Malay Porridge

So far so good kan? Tapi bukan itu sahaja. Mari uncle nak kongsi pula set makan beradap.

  • Gold Prawn with Sweet Pineapple
  • Squid Flower with Black Pepper Sauce
  • Sweet & Sour Fried Sea Bass
  • Roasted Chicken
  • Fruit Cocktail

Memang pengantin sedap makan la sampai lupa ni majlis dia. Hehe. Ok tadi uncle ada sebut all in kan? Jadi akan ada juga photographer. Biasa nak kos photograper je dah berapa, tu tak termasuk dengan photo album dan soft copy gambar lagi. Untuk pakej Marhain ni, dapat 1 professional photographer, dapat 1 cristal cover story book, large frame photo printing, premium album box dan juga outdoor shooting.

Okay, tinggal 1 lagi uncle tak cerita… iaitu untuk wedding dress. Penting untuk bakal pengantin untuk nampak segak bergaya sepanjang majlis. Bakal pengantin tak perlu cari jauh jauh sebab pakej ni pun dapat juga baju pengantin termasuk mekap artis dan dekorasi pelamin.

Jika anda tempah pakej eksklusif Marhani di Hype Motorsports Hotel Kuala Lumpur ni, akan dapat complimentary dari pihak hotel iaitu:

  • 2 VIP Parking for Bride & Groom
  • Special Rate Rental Room for Bride & Groom Families
  • VIP Access For Bride & Groom

Menarik kan? Penat majlis, terus check in hotel dan rehat. Pada uncle, pakej yang ditawarkan, memang berbaloi dengan harga.
Jika anda berminat untuk membuat tempahan, atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi staff Enak Rasa di talian berikut:

  • Puan Salmi – 010 225 0734
  • Tuan Aidil – 010 258 0734
  • Tuan Rusdi – 011 3557 9805

Enak Rasa (since 1997)
Alamat: No. 3, Jalan Lintang 1, Off Jalan Lintang,68100 Kuala Lumpur.
Phone: 016-258 0734/ 010- 225 0734
Facebook: Enak Rasa
Twitter: @EnakRasa
Instagram: Enak_Rasa

Kredit gambar: http://enveeus.com/

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge