Elakkan Membayar Zakat Kepada Amil Yang Tidak Bertauliah

Share

“Ambillah Zakat dari sebahagian harta mereka, dengan Zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka” At- Taubah: 103.

Siapa di sini ada pengalaman membayar zakat? Jika anda berada atau bekerja di sekitar wilayah persekutuan, pasti biasa membayar Zakat dengan Pusat Punggutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP). PPZ-MAIWP adalah sebuah agensi yang berperanan sebagai amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip semua jenis zakat harta, di Wilayah Persekutuan. Bahagian agihan pula akan dibuat oleh oleh pihak Baitulmal-MAIWP.

Untuk pengetahuan anda, selain dari PPZ-MAIWP, tak ada institusi lain yang dilantik untuk mengutip zakat harga di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) selain PPZ-MAIWP.

Pusat-Pungutan-Zakat

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.” (HR Bukhari & Muslim).

Kaedah Dakwah Yang Dilakukan Oleh PPZ-MAIWIP dan Sasarannya

PPZ-MAIWIP dengan Moto “Memudahkan Anda Berzakat” dilihat sentiasa memasikan segala urusan berkaitan zakat dipermudahkan. Daripada proses mendapatkan maklumat berkenaan Zakat hingga ke bahagian pembayaran Zakat, semuanya dipermudahkan oleh pihak PPZ-MAIWIP.

PPZ-MAIWIP menyebarluaskan dakwah zakat mengikut sasaran yang ditetapkan. Lain sasaran, lain cara dakwahnya. Jangan terkejut yang pihak PPZ-MAIWP ni sanggup turun padang bagi menjalankan aktivi penyampaikan maklumat.

Antara golongan yang disasarkan dalam penyampaina maklumat berkenaan zakat adalah;

  • Pelajar sekolah / Universiti
  • Para pekerja (kerajaan / swasta)
  • Syarikat-syarikat
  • Peniaga – Pasar malam, pasar tani, downtown, uptown

Dan tak lupa juga di medium yang menjadi kegilaan generasi muda iaitu di laman social media seperti Facebook, Portal, Twitter dan Blog.




Lokasi Pusat Pungutan Zakat

  1. Wisma PPZ, Dataran Shamelin
  2. Plaza RAH
  3. Masjid Negara
  4. Wangsa Maju, Wangsa Delima 6
  5. Presint 9, Putrajaya
  6. Presint Diplomatik, Putrajaya
  7. Masjid At Taqwa, TTDI
  8. Masjid Abd Rahman Bin AUF, Puchong
  9. Masjid Imam Al Ghazali, Kepong
  10. UTC Pudu Sentral
  11. Labuan Times Square, Labuan

kaunter-bergerak-pusat-pungutan-zakat

Lokasi Kaunter Bergerak PPZ

  1. Perbadanan Putrajaya
  2. KWSP Wangsa Maju
  3. CIMB Bank Setiawangsa
  4. Jalan Dungun
  5. Masjid Asy Syakirin KLCC
  6. JLN Tunku Abd Rahman
  7. Menara Binjai
  8. Surau Bank Islam
  9. Surau Tabung Haji
  10. Tmn Melati

Pihak PPZ akan berada bermula dari jam 11.00 pagi – 3.00 petang di setiap lokasi. Untuk kemaskini lokasi terkini PPZ, boleh lihat di www.facebook.com/myzakat.

Isu Membayar Zakat Kepada Amil Yang Tak Bertauliah

Harini bukan main banyak individu-individu yang tak bertanggungjawab menyamar sebagai agen bagi pihak tertentu bagi mengutip wang dan sebagainya. Isu ini juga terjadi dalam hal pembayaran Zakat.

Anda dinasihatkan seupaya sentisa berhati-hati supaya tidak terlalu mempercayai individu tertentu yang mungkin menyamar sebagai pengutip zakat bagi pihak PPZ-MAIWP atau mana-mana badan yang menguruskan Zakat di luar wilayah persekutuan.

Kita sebagai masyarakat yang prihatin harus mengambil berat mengenai isu ini bagi mengelakkan dari sindiket penipuan ini berleluasa. Pihak Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) selaku badan yang bertanggungjawab ke atas kutipan Zakat di Wilayah Persekutuan memainkan peranan dengan menghantar notis makluman larangan mengutip zakat tanpa tauliah di semua lokasi termasuk di sektor swasta dan kerajaan di sekitar Wilayah persekutuan termasuk Putrajaya bagi membendung gejala ini.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 (1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang diberi kuasa untuk mengutip dan mengumpulkan zakat dari orang-orang Islam atau kumulan orang-orang Islam atau syarikat-syarikat Islam YANG WAJIB MEMBAYAR ZAKAT KEPADA 8 ASNAF YANG WAJIB DI Wilayah Persekutuan.

Dengan persetujuan Yang Di Pertuan Agong, MAIWP diberi kuasa dan melantik Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) sebagai amil untuk mengutip zakat. Ini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 10 Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-undang Islam (Fitrah dan Zakat) 1952 sebagaimana diubahsuai oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974. Manakala bagi agihan zakat diuruskan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melalui Bahagian Baitulmal.

pusat pungutan zakat ppz

Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559)

Individu yang tidak dilantik oleh pihak MAIWP tidak boleh mengutip zakat di kawasan Wilayah Persekutuan. Dan kalau buat juga, adalah perbuatan yang akan disabitkan kesalahan di bawah SEKSYEN 33 AKTA 559 yang mana, ‘Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau diberikankuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala mereka yang membayar zakat kepada individu yang tidak dilantik MAIWP juga boleh didakwa dibawah SEKSYEN 34 AKTA 559 yang menyebut , ‘Mana-mana orang yang membayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberikan kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Adalah sebaiknya membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran zakat di tempat pembayaran zakat yang ada. Dan sekiranya anda berasa was-was boleh terus hubungi pihak PPZ di talian 1 300 88 5757.

pusat-pungutan-zakat-wilayah-persekutuan

Harapan Pihak PPZ

Diharap dengan pelbagai jenis kemudahan pembayaran zakat yang disediakan pihak PPZ-MAIWP memberi banyak pilihan disamping memudahkan anda untuk melunaskan tanggungjawab kepada Allah S.W.T. Sebagai badan yang diberi amanah oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak PPZ menyeru kepada masyarakat untuk menunaikan  zakat.

Sebelum membuat sebarang pembayaran, anda boleh buat kiraan terlebih dahulu, mana tahu anda mungkin dikecualikan dari bayaran zakat, malah adalah insan yang patut menerima Zakat. Boleh buat kiraan di sini > zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-pendapatan.

Selain itu, dengan zakat yang anda bayar mampu memberi kelangsungan hidup kepada golongan asnaf yang kini bergantung harap kepada baitulmal untuk menampung kehidupan seharian mereka. Tunaikan zakat anda di institusi yang dilantik agar duit zakat tersebut dapat disalurkan kepada asnaf.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertanyaan Zakat, boleh layari www.zakat.com.my, atau di Facebook/myzakat atau di hotline 1 300 88 5757.




1,065 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. Hairul HIssam
  2. Hazmin Hamudin
  3. nikkhazami
  4. zik
  5. titan
  6. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge