Eksplorasi Kepulauan Mersing Bersama Oh Jalan
Dah lama uncle tak snorkeling kat pulau. Kali terakhir uncle snorkeling adalah waktu uncle travel ke Boracay pada awal tahun ini.
Nota: Sebenarnya uncle jarang ke pulau untuk snoprkeling sebab takut kesan sementara kulit uncle jadi gelap. Uncle akan nampak lebih maskulin bila kulit uncle gelap. Jadi untuk stay low profile, uncle sebolehnya tak nak nampak gelap.
Pada 22-24 July yang lepas, uncle bersama sembilan (9) orang travel blogger telah dibawa oleh Oh Jalan (telah bertukar nama ke RAINI Travel) untuk menjayakan menjayakan program ‘Eksplorasi Kepulauan Mersing‘. Program ini adalah untuk kami terokai enam (6) pulau yang sangat cantik dan unik yang ada di Mersing, Johor.
Kami mula berkumpul pada malam Jumaat di TBS sebelum bertolak ke Mersing pada jam 12.30 tengah malam.
Cari kereta sewa? KLEZCAR ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa untuk kawasan KL dan seluruh Malaysia pada kadar sewaan yang berbaloi dengan pelbagi pilihan kereta.
Terima kasih kepada penaja pengangkutan kami, KLEZCAR, merasa juga la uncle naik Hyundai Starex. Selama ni dapat tengok je dari jauh. Hehe.
Thanks KLEZCAR!
Perjalanan dari KL ke Mersing mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Atas faktor kepenatan sebab baru balik kerja, uncle tidur sepanjang perjalanan ke Mersing.
Sedar-sedar je dah sampai Masjid Jamek Bandar Mersing. Cantik timing, sampai je baru nak masuk waktu subuh.
Selepas selesai solat subuh, kami makan sarapan pagi, dan kemudian terus bersiap untuk mulakan program ‘Eksplorasi Kepulauan Mersing’.
Sampai sahaja di Jeti Penumpang Mersing, boat dah siap menunggu ketibaan kami. Segala barang keperluan seperti kamera dikeluarkan dari beg utama sebelum dimasukkan ke dalam Dry Beg. Beg utama ditinggalkan di dalam Starex yang besar tu.
Kami tak terus check in hotel sebab takut katil menggoda kami untuk tidur… 😛
Nota: Beberapa maklumat peribadi seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan perlu diberikan kepada pihak jeti. Ini adalah prosedur dan untuk rekod, jadi bagi sahaja maklmat tersebut. Kot-kot ada masaalah atau kecemasan atau kemalangan nanti, ada la rujukkan yang anda ke kepulauan Mersing.
Lebih kurang jam 9 pagi kami berangkat dari jeti. Tak jauh pun jarak dari jeti ke pulau pertama yang akan kami singgah. Hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Misi Eksplorasi Kepulauan Mersing
Pulau pertama yang kami singgah adalah Pulau Harimau.
Mesti pernah dengar pasal Pulau Harimau kan? Dari jauh uncle dah ‘jaw-dropping’ bila nampak pulau ni. Dari dekat apatah lagi hehe.
Pulau Harimau adalah private island. Jadi tak dibenarkan untuk masuk ke pulau ini melaikan mendapatkan kebenaran.
Dengan redha, uncle dan yang lain-lain hanya mengambil gambar dari atas bot.
Selepas selesai bergambar kami teruskan perjalanan ke Pulau Mensirip.
Pulau Mensirip juga adalah sebuah private island yang tidak dibenarkan untuk masuk tanpa kebenaran. Pulau ni ada pasir putih yang cantik dan dipenuhi dengan pokok-pokok dan berbatu.
Kemudian ke Pulau Gual.
Pulau Gual sangat cantik. Ada pintu gua dihadapan yang menembusi hingga ke belakang. Malangnya pulau ini juga adalah private island yang tak boleh dimasuki tanpa kebenaran.
Walaupun ketika-tiga pulau pertama adalah private island yang hanya boleh disinggah dengan kebenaran, dapat bergambar dan melihat dari atas bot pun dah cukup memuaskan hati. Satu hari kalau ada rezeki, mungkin akan dapat jejak kaki ke ketiga-tiga pulau tersebut.
Pulau ke-4 yang kami terjah dan akhirnya dapat singgah adalah Pulau Hujung. Yeay!!!
Pulau ni agak lama kami singgah. Siap snorkeling, makan, dan……… bergambar la, apa lagi… hehe
Pasir putih, air laut yang jernih menjadikan pulau Hujung tempat yang sesuai untuk bersantai, bergambar dan snorkeling.
Air laut di Pulau Hujung sangat jernih, dan pasirnya sangat halus sehinggakan boleh memantulkan cahaya matahari dari atas.
Maaf, gambar ni terlalu ohsem!!!
Selesai makan tengah hari, dan recharge tenaga di Pulau Hujung, kami meneruskan eksporasi ke Pulau Tengah pula.
Kelebihan yang ada pada pulau tengah adalah ada batu yang berbentuk seakan-akan jambatan yang menghubungkan pulau di antaranya.
Memang tempat yang cun untuk photoshoot.
Dan pulau terakhir yang kami singgah adalah Pulau Besar.
Antara tiga-tiga pulau, Pulau Besar adalah tempat snorkeling paling best pada uncle.
Coral dia cantik-cantik, dan ikan pun banyak
Selepas selesai aktiviti snorkeling, kami pun singgah ke Pulau Besar untuk tukar baju dan pulang ke Jeti.
Terima kasih kepada penaja pakaian, Print D Tee Studio
Pulau besar ada banyak resort dan satu-satunya pulau diantara 6 kepulauan Mersing ini yang diduduki penduduk yang mana ada perkampungan kecil di dalamnya.
Pulau ini amat terjaga kebersihannya, dan menarik untuk di terokai kawasan perkampungan yang ada didalamnya.
Dah puas tengok gambar pulau-pulau yang kami explore? Layan video aktiviti uncle dan lain-lain ‘Snorkeling di Kepulauan Mersing’.
Seharian meneroka pulau-pulau yang ada di sekitar Kepulauan Mersing. Sangat memenatkan! Tiba masa untuk berehat.
Kami berangkat pulang dari Pulau Besar hingga je Jeti di Mersing.
Kami tiba di jeti pada lebih kurang jam 5 petang.
Dari jeti kami terus ke hotel untuk berehat.
Untuk penginapan, kami ditaja oleh Hotel Bluewater Mersing. Hotel Bluewater menawarkan harga penginapan yang berbaloi-baloi bagi mereka yang inginkan penginapan yang selesa dan dekat dengan kemudahan asas seperti tempat makan, kedai runcit, dobi, dan bank.
Pada sebelah malamnya pula, perut pun berbunyi. Kami ke Restoran Tepian Bendang, Air Papan untuk makan malam.
Nak cerita sikit, Restoran Tepian Bendang, Air Papan ini menghidangkan Mee Bandung yang sagat sedap. Lapar boleh hilang dengan bau Mee Bandung je, tu belum makan lagi hehe
Dah habis makan semua, kami pun balik ke hotel untuk berehat.
Esoknya kami checkout pulang ke KL.
Dengan itu, berakhirkan misi Eksplorasi Kepulauan Mersing bersama Oh Jalan (telah bertukar nama ke RAINI Travel).
Satu pengalaman menarik yang mana kalau diberi peluang untuk pergi ke Kepulauan Mersing, akan uncle terima sekali lagi.
Pakej Eksplorasi Kepulauan Mersing oleh Oh Jalan (telah bertukar nama ke RAINI Travel)
Baik, teruja untuk bercuti ke Kepulauan Mersing selepas baca entri ini?
Oh Jalan menyediakan 2 pakej istimewa untuk anda yang berminat untuk eksplore Kepulauan Mersing.
Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke pulau Harimau, pulau Gual & pulau Mensirip dan snorkeling di pulau Hujung, pulau Tengah dan pulau Besar)
- Bot ‘chartered’ khas
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)Pakej termasuk:
- Travel coordinator dari Oh Jalan
- 1 hari trip ‘island-hopping’ ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke pulau Harimau, pulau Gual & pulau Mensirip dan snorkeling di pulau Hujung, pulau Tengah, dan pulau Besar)
- Bot ‘chartered’ khas
- 1 sarapan pagi
- 1 makan tengahari
- Set snorkeling
- 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing
PERHATIAN!
Anda dicadangkan untuk sertai Oh Jalan (telah bertukar nama ke RAINI Travel) pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.
ATAU
Tarikh pilihan anda sendiri jika ‘group’ anda bersaiz antara 8-11 orang.
Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ada, boleh hubungi;
Team Oh Jalan RAINI Travel
Tel: 016-772 4594 018 777 4594
Emel : sales@ohjalan.com admin@rainitravel.com / rainitravel@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/ohjalan www.facebook.com/rainitravel
Web: www.rainitravel.com
Penaja-penaja untuk Eksplorasi Kepulauan Mersing:
KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040
Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar/
Web: http://www.klezcar.com
Emel: fuad@klezcar.com
HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my
RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi – 11 malam
PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 014-514 1022
Facebook: https://www.facebook.com/PrintDteeStudio/
Emel: printdtee@gmail.com
Waktu operasi: 9 pagi – 6 petang (Ahad-Khamis)
26,932 total views, 4 views today
pehh..
memang rajin hang berjalan-jalan ehh..
titan recently posted…Pokemon Go – Endless and Addicted Games
Cantik sungguh kepulauan mersing ni….mesti pergi satu hari nanti….
pergi jangan tak pergi. nak ke kepulauan mersing, jangan lupa gunakan perkhidmatan Oh Jalan 😉
Uncle Zuan recently posted…Sanggup Ke IOI City Mall Putrajaya Demi Street Churros
Sangat cantik…boleh bawa anak juga tu yg best…
Noriza Rahman recently posted…5 Sebab Kenapa Surirumah Perlukan Iron Philips
yes, bawa la anak anak sekali nanti, selamat 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
best….seindah pulau Maldives.
betul tu, sekarang ni semua orang nak ke Maldives, kalau bajet rendah, tak perlu ke Maldives, ke Mersing pun sudah cukup 😉
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
fuh menarik.. pakej yang disediakan pun menarik…
lama tak snorkeling
aRz MoHa recently posted…Jenis-Jenis Durian Terdapat Di Malaysia
uncle tengok pakej Oh Jalan memang affordable untuk semua 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Rindunya nak ke sana lagi.! Tak dinafikan Kepulauan Mersing ni punya pulau-pulau yang cantik, air yang jernih, pasir yang halus dan paling best dapat tenangkan fikirkan dan snorkeling puas-puas kat sana.
betul tu, sangat tenang bila ke sana. memang kena la timing pergi waktu weekend. hilang habis tension whole weekdays bekerja 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
orang lelaki kulit gelap takpe. orang kata tall, dark and hensem gitew
Raihanah recently posted…Ostematrix Bukan Sekadar Kalsium
haha tapi saya ni short…
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Wahhh nnt nak pg sana boleh bkk blog uncle ni balikk heheh
Shiqin Sunshine recently posted…#RoadToGraduation- Environmental Health & Safety UiTM Puncak Alam
hehe bookmark entri ni supaya boleh buat rujukkan bila nak ke kepulauan maldives nanti, eh mersing 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Menarik bro… lama dah tak jenjalan ke mersing ni… seronok, air pun jernih.. 🙂
Khir Khalid recently posted…Premier Screening Filem KABALI Versi Bahasa Melayu
pertama kali sampai, memang menarik. ternyata Negeri Johor adalah salah sebuah negeri menarik untuk diterokai 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
tak sangka air kat kepulauan mersing jernih sampai mcm tu sekali
nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Suicide Squad
uncle pun pada mula tengok kat gambar memang tak percaya juga, sekali dah tengok depan mata, “ok this is the real deal” haha.
kepulauan mersing memang best! nak pergi lagi 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
tidak dinafikan pulau di mersing memang cantik..rasa teringin la nak pergi ke sana.
Hero Borneo recently posted…Fokus Kepada Keluarga Untuk Berjaya
belum pernah lagi pi pulau di mersing
Raihanah recently posted…Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil dan Menyusu
ada peluang ke Mersing, pergi la, berbaloi baloi 🙂
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Bestnya… baru tahu dekat Mersing ada 6 pulau menarik.. sebelum ni kalau pergi Mersing biasanya kami sunggah di air papan jer..
anuar recently posted…Pendedahan Rahsia Like Method oleh Sifu-sifu Pemasaran Internet
cantik pulau pulau dia. macam kat kepulauan Maldives 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Seriously tak puas bergambar kt Kepulauan Mersing. Sangat cantik & bersih.
jom ke kepulauan mersing lagi. kalini try ke pulau pulau yang lain pula 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Wargh!! Rindunya Kepulauan Mersing! Kena tulis entri cepat-cepat jugak ni. XD
ada rezeki jom kita ke kepulauan mersing lagi 😀
Uncle Zuan recently posted…Tips Penginapan, Makanan Halal dan Tempat Menarik di Colombo
Okayy! 🙂