Burgerbyte – Dibakar Dengan Jiwa
Howdy peeps, rasanya ‘kepanasan‘ burger bakar sudah menjadi ‘suam-suam kuku‘. Bagaimanapun, pada ‘hantu burger‘ seperti aku ni, tak kira la musim panas atau sejuk, aku tetap looking for burger, tak kesah la burger bakar atau burger ramly aku ngap je~
Setiap burger akan ada kelainan rasanya mengikut ‘air tangan‘ si pembuat. Pada pendapat aku, burger yang ‘boleh dilayan‘ adalah burger yang ada patty yang solid dan lembut untuk dikunyah, roti yang ada bijan di atasnya dan salad yang segar. Senang kan cara aku nilai? Sos cili, sos tomato, mayonnaise, cheese, gula, planta, etc semua up to si pembuat untuk menambah ‘meter menjilat jari‘ aku. Kalau ‘meter menjilat jari‘ ok, ada kemungkinan aku akan menjadi ‘hantu‘ di kedai itu.
3 minggu lepas, kira-kira minggu pertama aku ‘tanam anggur‘, aku dapat tweet dari kawan aku yang lebih kurang bunyinya: “Ada kedai burger bakar baru buka di kawasan Taman Guru Jom layan.“
Kemudian di hari yang dijanjikan, kitorang ke tempat yang di mentioned. Respon pertama aku; “Hmm nampak macam style je tempat ni.” Ia berkonsepkan kafe di sebuah rumah kedai yang dikelilingi rumah ber-kos sederhana dan mewah.
Disebabkan terliur selepas melihat menariknya gambar Beef Burger di banner Burgerbyte Senawang, kitorang masuk juga ke dalam. Kafe berkonsepkan self-service. Susunan meja agak kemas, dan berkonsepkan santai. (Sila rujuk location di FB page mereka)
Terdapat lebih kurang 9 jenis burger yang disediakan pada ketika itu (boleh rujuk di fb page mereka). Servis layanan ke atas customer sangat sempoi, hati senang melayan telatah pelayan yang mengambil order di counter. Pilihan aku pada malam itu adalah Nachos with Chilli Meat dengan Black Coffee.
Grilled With Soul~
Hehe terliur bukan? Kafe Burgerbyte yang baru dibuka pada bulan 5 yang lepas di Taman Guru Melayu Senawang. Senawang adalah cawangan ke 2.
Pada pendapat aku, ia adalah kafe burger yang unik dan menarik di Senawang. Ia berkonsepkan santai, dan berjaya menawarkan pelbagai jenis burger, dan masakkan western food kepada pelanggan. Walaupun harganya tak berapa murah sangat pada pendapat aku, tapi berbaloi-baloi sebab burger yang dibuat memang sedap, memang puas, dan yang penting, menjilat jari (Untuk pengetahuan korang, ada sos istimewa diletakkan di dalam burger diorang! Yang akan membuatkan korang comot~).
Diharap competition burger-bakar di Senawang dan Seremban bertambah menarik di masa hadapan. Thumbs up Burgerbyte, I am your new ‘hantu’ 😉
Pada yang stay dekat area Senawang, Seremban sila-sila la datang kasi byte ini kafe hehe..
Till then..
–Zuan–
9,110 total views, 3 views today
nampak macam sedap je bro…nanti bila2 kalau aq turun Senawang…boleh ajak2 pergi Burgerbyte ni..
Ezad Skytech recently posted…Citarasa Ramadan : Pizza Sari Lautan Kini Di Pizza Hut Malaysia
hehe mai mai.. ada rezeki, ak blanja insha Allah ^^
hehe… zaman kegemilangan burger bakar dan sewaktu dengannya…
yang pasti masing-masing ada kelebihan…
Melastik Bintang recently posted…Kerjasama Antara Mereka
Hehe dulu durian crepe.. lepas ni apa la pulak ek.. cendol banting rasanya
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
Sokong. Tapi serius cakap, burger tepi jalan tu jugak yang paling laris. Burger macam ni cukup sekadar sekali rasa sahaja, kemudian orang tak berapa makan dah, sebab harga pun boleh tahan 🙂
Afiq recently posted…By: Exam PTD 2014: Rujukan Lengkap Calon Peperiksaan Ogos 2014
den sampai skrg tak merasa lagi burger bakar , kesian kan…huhu
papa mifz recently posted…Cermin Mata Murah
Aiseh.. bro turun la Senawang, boleh lepak dinner sekali 😀
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
tengok gambar tue dah mengancam!!
fyna recently posted…Review Blog Bersama : Khairul Zamri
Hehe tu baru gambar 😀
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
Wah… Bestnya Berger Bakar ni… Lyan selalu boleh naik lemak dekat badan ni… hehehe.. 😉
Anuar recently posted…Sekitar Majlis Konvokesyen ke 8 Politeknik Sultan Idris Shah
hehe kena balance la dengan banyakkan beriadah 😉
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
buat terliur. burger bakar buat kenyang 1hari…hee
Denaihati recently posted…DiGi WWWOW Awards 2013
Hehe betul tu bro, selalu sebelum makan, sy slalu make sure perut masih kosong
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
Tgk gambar jer dah pun sedap…
azman recently posted…Vendetta Anonymous Was Here!
Hehe apa lagi bro, terjah la 😉
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
baru try burger bakar abang burn ampang
Sop recently posted…Apa jenis tayar kereta anda?
Prnah try abang burn di seremban, agak kurang umph.. Ramai kata yang original kat ampang juga yang best..
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
Emm tak pernah lagi makan burger bakar..kat jerteh ada jual tapi malas nak tunggu..nak order takut lepas tu dia bagi yang lama punya..haha..ha ah sekarang dah tak hot burger bakar ni..haha
Hafizul recently posted…Wordless Wednesday #58 – Oittt Menguap Tutup Mulut Laaa
Hehe kan, dah suam suam kuku.. Alhamdulillah so far, masa yang paling lama nak tunggu burger sampai di cafe burgerbyte ini adalah lebih kurang 15 minit
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
gua tak boleh pandang semua ni dah… target turun berat badan hingga hujung tahun ni
Datin Tyka recently posted…Bulan Yang Sibuk
hehehe semangat datin!
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
tengah mencari burger yang paling sedap sekali..
kakiblog recently posted…Masa Paling Sesuai Untuk Blogger Menulis
dah try burgerbyte bro?
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
try dari jauh sahaja..tunggu dah sampai ke Sarawak
kakiblog recently posted…Jawatan Kosong Sebagai Blogger
bro dok sarawak ya. nanti datang semenanjung, singah singah la senawang 🙂
Zuan recently posted…Hidup Tanpa Limitasi – Niki Menawan Broga
sume burger mmg sdp..try la rawang burger bkr..terbaik tu !
rawang burger ya, nampak fanz fb dah melebih 60k.. InshaAllah boleh try nanti 😀
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
haha..ada macam-macam berger dah sekarang ekk..
titan recently posted…Komisen tahunan dari Adf.ly
haha gua fikir nak bukak kafe burger gak, tapi kena unikkan branding dlu la ni
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
ahhahha… besar la.. makan roti dulu baru dgg,,, wakkakakak :p
hehe jangan risau, buka mulut luas-luas, ngap je..hehe
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa
huh.. burger. aku tgk skrg nih macam2 burger kat pasaran. baguslah usahawan Msia.
Semakin innovatif 🙂
Zuan recently posted…Dibakar Dengan Jiwa