Burgerbyte – Dibakar Dengan Jiwa

Share

Howdy peeps, rasanya ‘kepanasanburger bakar sudah menjadi ‘suam-suam kuku‘. Bagaimanapun, pada ‘hantu burger‘ seperti aku ni, tak kira la musim panas atau sejuk, aku tetap looking for burger, tak kesah la burger bakar atau burger ramly aku ngap je~

Setiap burger akan ada kelainan rasanya mengikut ‘air tangan‘ si pembuat. Pada pendapat aku, burger yang ‘boleh dilayan‘ adalah burger yang ada patty yang solid dan lembut untuk dikunyah, roti yang ada bijan di atasnya dan salad yang segar. Senang kan cara aku nilai? Sos cili, sos tomato, mayonnaise, cheese, gula, planta, etc semua up to si pembuat untuk menambah ‘meter menjilat jari‘ aku. Kalau ‘meter menjilat jari‘ ok, ada kemungkinan aku akan menjadi ‘hantu‘ di kedai itu.

3 minggu lepas, kira-kira minggu pertama aku ‘tanam anggur‘, aku dapat tweet dari kawan aku yang lebih kurang bunyinya: “Ada kedai burger bakar baru buka di kawasan Taman Guru Jom layan.

Kemudian di hari yang dijanjikan, kitorang ke tempat yang di mentioned. Respon pertama aku; “Hmm nampak macam style je tempat ni.” Ia berkonsepkan kafe di sebuah rumah kedai yang dikelilingi rumah ber-kos sederhana dan mewah.

Disebabkan terliur selepas melihat menariknya gambar Beef Burger di banner Burgerbyte Senawang, kitorang masuk juga ke dalam. Kafe berkonsepkan self-service. Susunan meja agak kemas, dan berkonsepkan santai. (Sila rujuk location di FB page mereka)

Terdapat lebih kurang 9 jenis burger yang disediakan pada ketika itu (boleh rujuk di fb page mereka). Servis layanan ke atas customer sangat sempoi, hati senang melayan telatah pelayan yang mengambil order di counter. Pilihan aku pada malam itu adalah Nachos with Chilli Meat dengan Black Coffee.

Grilled With Soul~

burger byte Nachos with Chilli Meat

Hehe terliur bukan? Kafe Burgerbyte yang baru dibuka pada bulan 5 yang lepas di Taman Guru Melayu Senawang. Senawang adalah cawangan ke 2.

Pada pendapat aku, ia adalah kafe burger yang unik dan menarik di Senawang. Ia berkonsepkan santai, dan berjaya menawarkan pelbagai jenis burger, dan masakkan western food kepada pelanggan. Walaupun harganya tak berapa murah sangat pada pendapat aku, tapi berbaloi-baloi sebab burger yang dibuat memang sedap, memang puas, dan yang penting, menjilat jari (Untuk pengetahuan korang, ada sos istimewa diletakkan di dalam burger diorang! Yang akan membuatkan korang comot~).

Diharap competition burger-bakar di Senawang dan Seremban  bertambah menarik di masa hadapan. Thumbs up Burgerbyte, I am your new ‘hantu’  😉

Pada yang stay dekat area Senawang, Seremban sila-sila la datang kasi byte ini kafe hehe..

Till then..

Zuan

3,744 total views, 17 views today

Share
Comments
  1. Ezad Skytech
    • Zuan
  2. Melastik Bintang
  3. papa mifz
  4. fyna
  5. Anuar
  6. Denaihati
  7. azman
  8. Sop
    • Zuan
  9. Hafizul
    • Zuan
  10. Datin Tyka
  11. kakiblog
  12. Mashitah Rosli's
    • Zuan
  13. titan
    • Zuan
  14. aisya lieza
  15. encikarman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge