Di Mana Nak Dapatkan Waffle Dari Belgium

Share

Anda pengemar Waffle? Tertanya-tanya macam mana rasa waffle dengan cokelat Belgian? Inginkan makan waffle premium di kafe yang bertemakan modern dan selesa untuk berchit-chat atau berdating? Merupakan kafe pertama dan satu-satunya di Asia yang menyajikan waffles dari Belgium, Wafflemeister adalah jawapan kepada persoalan anda di atas.

Dapatkan Waffle Dari Belgium di Wafflemeister

Wafflemeister

Kafe Wafflemeister yang terletak di Bangsar. Merupakan kafe wafle pertama di dunia yang menjual wafle sepenuhnya dari Belgium.
Kredit foto: www.mawardiyunus.com.

Tertarik bila pertama kali masuk di sini yang mana menu di sini bukan sahaja ada waffle sebagai menu utama, ada juga crepes, shake, sundaes, brownies dan cakes. Niat utama nak try waffles dari Belgium terus hampir teralih dengan menu-menu yang ada di sini.

Wafflemeister

Antara seleksi topping waffle di Wafflemeister. Anda boleh dari 3 jenis cokelat Belgian iaitu milk, dark dan white yang akan dicairkan dan diletakkan di atas waffle yang dipesan.

Tapi bila tengok semula seleksi menu yang ada, dan harga yang tertera, uncle fikirkan yang tak rugi cuba lebih dari satu menu pada hari tersebut.

Wafflemeister (14)

Antara seleksi waffle yang dipesan pada hari tersebut, Strawberry Heaven, Dream Team, Marshmellow Surprise, Cream & Cookies dan Go Bananas.

Semuanya sedap-sedap. Nampak macam manis je kan? Tapi tak terlalu manis, just nice je. Uncle tak makan daripada tengah haritu, makan waffle pun dah kenyang okay haha.

Wafflemeister

Sekali cuba, dah jadi favorite uncle, Go Banana. Memang sedap. Campuran pisang, cokelat belgium (ikut pilihan cokelat milk, dark atau white) dengan campuran kekacang.

Uncle dimaklumkan yang adunan digunakan untuk wafel mereka adalah resipi rahsia buatan tangan keluarga di Belgium dan doh tersebut diimport terus ke Malaysia (Menjadikan Wafflemeister satu-satunya jenama yang mengimport secara langsung).

Wafflemeister

Keunikkan yang ada di Wafflemeister adalah doh yang digunakan berbeza dari mana-mana doh membuat waffles yang anda boleh dapatkan di mana-mana tempat yang menjual waffle. Doh yang gunakan mengandungi gula mutiara (pearl sugars) yang membentuk lapisan karamel apabila dibakar. Ini membuatkan ia rasa rangup di luar dan lembut di dalam.

Video Blogger Waffle Review

Waffle Wednesday

Berita baik kepada anda yang mana uncle pun baru tahu. Mereka memperkenalkan ‘Waffle Wednesday’ yang mana pada setiap hari Rabu, apa-apa waffle yang anda order, anda akan dapat 30% off! Haritu uncle pergi hari Jumaat, jadi terlepas la offer ‘Waffle Wednesday’ haha.

Info Wafflemeister

Alamat: 7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi: Ahad hinga Khamis (12 tengah hari – 12 tengah malam), Jumaat – Sabtu (12 tengah hari – 1 pagi).




438 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. RAIHANAH AHMAD
  2. Rawlins GLAM
  3. Seorang Syed
  4. mrhanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge