Destinasi Percutian Romantik Impian

Share

Sejak dah  berkahwin ni, uncle dan isteri agak kurang kurang travel (walaupun sebenarnya banyak juga hehehe, boleh stalk instagram @syashatravel kami). Kami lebih fokus kepada menjana pendapatan dan kemudiannya bercuti ke destinasi impian kami. Yup, kami ada destinasi percutian romantik idaman yang kami nak pergi dan masih dalam perancangan supaya lancar perjalanan.

Berbanding ketika waktu belum berkahwin, biasanya uncle kalau travel, main langgar je, tak ada plan sangat. Tapi bila dah ada wife ni, kena la plan betul-betul nak travel.

Uncle nak share beberapa destinasi percutian rumantik impian uncle dan sudah tentu tempat penginapan ideal yang kami impikan.

Bali, Indonesia

Bali adalah salah satu destinasi percutian romantik menarik pada uncle. Kenapa? Tengok sahaja gambar-gambar percutian pasangan yang bercuti di Bali, semuanya cantik belaka dan nampak lebih privacy dan romantik dengan setting tempat dan tarikkan yang ada.

Bulan 8 nanti kami memang rancang nak ke Bali, tapi masih belum ada lagi hotel pilihan. Jadi setakat ini InterContinental Bali Resort adalah di dalam senarai pilihan uncle.

Hi-tea di petang hari sambil berborak mengenai topik kegemaran kami di @intercontinentalbaliresort. Memang tak ternilai saat romantik bersama wife kalau dapat peluang ke sini.

Paris, Perancis

Siapa yang tak inginkan percutian romantik di kota Paris kan? Melihat Menara Eiffel sambil menikmati tea. Berjalan jalan meneroka budaya tempatan dan makanan tempatan pastinya suatu pengalaman yang tidak mahu dilepaskan. Akan uncle bisik di telinga isteri uncle Je t’aime ketika kami selfie di Eiffel Tower.

Not your usual tea-time ✨ #fsparis

A post shared by Four Seasons George V Paris (@fsparis) on

Jatuh cinta bila tengok gambar-gambar di Four Seasons George V Paris. Sebuah boutique hotel yang punyai pemandangan Paris yang cantik. Kami masih belum punya budget yang besar untuk ke Europe bagi masa yang terdekat. Tapi uncle sangat jatuh hati dengan Four Seasons George V Paris dan akan pastikan ia adalah tempat penginapan kami kalau kami ke Paris satu hari nanti.

Venice, Italy

Europe ada banyak tempat romantik yang menarik, dan Venice adalah salah satu daripadanya. Dengan lebih 350 jambatan yang menghubungkan setiap bangunan dan jalan, anda pasti akan tergamam melihat pantulan bangunan yang ada pada terusan air.

Hotel Gabrielli

Hotel pilihan adalah Hotel Gabrielli yang hanya 10 minit berjalan kaki dari Saint Mark’s Square dan the Biennale Gardens. Hotel elegant ini mempunyai sentuhan klasik yang telah menarik perhatian uncle ketika mencari hotel di Booking.com. Cari je, belum booking lagi, tapi dah ada dalam senarai hehe.

Baik, ini antara 3 destinasi impian uncle yang uncle nak kongsikan setakat ini. Ada lagi sebenarnya, uncle akan kongsikan pada entri akan datang. 🙂

1,473 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. nikkhazami
  2. nurul fatin adiana
  3. Ikhwan
  4. Khir Khalid
  5. nila anggraini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge