Dengan Bermodalkan Wang Saku RM500, Kediaman Dato’ Aliff Syukri Kini Milik Nur Sajat
Terkejut uncle bila ternampak update dari Instagram Dato’ Aliff Syukri yang rumah bungalow mewahnya telah dijual kepada pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.
Wow! Siapa pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd ni? Kaya sangat ke dia ni sampai boleh beli rumah bungalow Dato’ Aliff Syukri tu?
Uncle memang tak berapa ambil tahu sangat mengenai perkembangan semasa tanah air. Hehe biasa la, asyik sibuk research pasal tempat nak travel je.
Terus uncle google untuk cari info mengenai pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd ni.
Siapa Pemilik Syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd
Google punya google, uncle dapati yang syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, syarikat produk kecantikkan dan kosmetik dimiliki oleh Nur Sajat Fariz (atau lebih selesa dengan Nur Sajat sahaja).
Ada kisah disebalik kejayaan beliau yang uncle nak kongsikan;
Kehidupan Nur Sajat ini tidak bermula dengan emas permata seperti sesetengah orang. Beliau membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di pasar malam. Dengan kepayahan kehidupan keluarganya, beliau bertekad ingin mengubah nasib keluarganya kepada yang lebih baik.
Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa dikalangan orang sekeliling, namun atas dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk gadis ini terus bertahan dan mencapai impiannya.
Menerusi laman Instagram @nursajat02, beliau banyak berkongsi kisah suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan dari netizen sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, beliau mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.
Dengan langkah pertama mula berkecimpung dalam industri perniagaan pada tahun 2015, beliau mengeluarkan jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan beliau harini ini antara JUTAWAN MUDA di Malaysia.
Strategi pemasaran viral beliau yang berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.
Tak Lokek Ilmu, Nur Sajat Mengumumkan Seminar Bicara Usahawan Bersama Nur Sajat
Uncle ada terbaca yang Nur Sajat telah mengumumkan untuk menganjurkan SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara. Seminar ini akan bermula pada Mac 2017.
Seminar yang akan dianjurkan ini murah je yuran dia, cuma RM50. Seminar ini dibuat khas untuk membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.
Berminat?
Cepat daftar sebab seminar ni terhad kepada 50 peserta terawal sahaja.
Jadi kalau berminat tu hanya perlu buat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.
Untuk makluma lanjut atau untuk follow latest update, follow Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut dan untuk perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.
13,053 total views, 7 views today
kenikmatan jadi kaya sukar untuk digambarkan ..apatah lagi dengan memiliki rumah rumah mewah
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Bilalah agaknya nak dapat rumah besar macam tu.
semua jutawan kebiasaannya orang biasa je dulu tapi usaha mereka yang luar biasa yang buatkan siapa mereka sekarang ni kan.
Ira recently posted…Realiti Kehidupan Yang Perlu Kita Fahami
Modal RM500 pun boleh buat bisnes, apa lagi alasan orang lain nak bermula…
Ikhwan recently posted…Penguasa Kastam Gred WK41
a.. kakak memang ade follow sajat nih.. sedikit kagum dengan cara dia bekerja.. hee~
atiehilmi dot com recently posted…RESEPI SAMBAL HITAM PEDAS BERDENGUNG
kagum la, dengan modal rm500 leh jadi gitu.
bab modal ada, tp bakat dan usaha tu kene gilap
makin femes dah nur sajat ni…
nikkhazami recently posted…Kerja dari Rumah dengan iLancee
uncle sebelum ni tak kenal pun siapa Nur Sajat ni, kiranya baru je tau pasal beliau
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo
Nursajat ni 1 sekolah dgn sy dulu.. Tp time tu dia pakai baju sekolah lelaki lagi, hehe~
wow, satu sekolah ek. mesti dulu-dulu kat sekolah lagi dia dah pandai berniaga
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo
Rasa dia nak beli rumah lg besar 2..huhu
satu hari nanti tak mustahil kan.
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo
hasil usaha bertahun2x gak tu nak dapatlan umah sebesar itu.
betul! dengan bukti kejayaan Nur Sajat, tak mustahil kita pun boleh miliki rumah sebesar tu
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo
Kagum dengan kejayaan usahawan muda bernama Nur sajat.. dari RM500 sedikit demi sedikit mendaki tangga kejayaan sehingga menjadi jutawan..
anuar recently posted…Contest SEO : Belajar Buat Blog
betul tu, modal yang besar bukan penentu kejayaan sebenar. Modal kecik pun boleh jana income berjuta-juta
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Travel Secara Solo