Kita & Roda Tikus

Beberapa kali den cuba menaip. Meluahkan idea di dalam bentuk tulisan dengan harapan pembaca membaca dan menghayatinya. Tapi sejak beberapa minggu yang lepas, den seperti sudah tiada sebuah blog.

Seperti hanya sebuah robot yang bangun tidur, gosok gigi dan ke tempat kerja. Berada di dalam roda yang tiada penamat. Otak seperti ditutup suatu lapisan ozon yang tiada capaiannya melalui tangan. Beberapa kali hati ingin berhenti sahaja. Daripada menjadikan mereka kaya, mengapa tidak jadikan diri den sendiri kaya?

Kita ada pilihan, kenapa perlu terikut dengan ‘terpaksa’. Adakah kita redha dengan ‘terpaksa’ itu? Kerja, memang semua orang perlu kerja. Ia suatu keperluan bagi menampung kehidupan. Tapi kenapa kita tak jadikan kerja itu suatu hobi? Kita buat kerja kita suka. Dan situ, kita gembira. Tiada kita hanya menanti slip gaji dan BR1M sahaja.

Tapi bagaimana mahu gembira dalam apa kita buat? Rasanya semua sudah tahu, tapi mungkin terlupa atau tidak praktiskan sahaja.

Jadikan ia satu minat. Positifkan diri dalam apa jua keadaan. Kita mungkin robot harini, tapi esok, kita mungkin adalah seorang pengawal robot. Setiap perkara yang kita rasa adalah negative, kita mesti tukarkannya ke yang positif.

Antara langkah awal yang den boleh rekomen adalah, janganlah berprasangka buruk. Semua yang kita nampak, kenalah berprasangka baik walaupun kita rasa ia benda tak baik. Buat apa la dok sibuk fikir yang negatif yan mana boleh efek minda dan secara tak langsung kesihatan kita. Kan kunci utama kesihatan yang baik adalah, dengan hidup bahagia.

 

Entry kalini mungkin berat, mungkin ringan. Bergantung pada macam mana anda hadam isi nya. Ini baru korang baca entry den, belum dok sembang kopi o’ dengan den. Rasanya satu malam tak cukup kalau nak sembang.

InshaAllah, ada masa, ada rezeki, den kongsi lagi idea mengenai kehidupan. Kadangkala yang logik dek mata, bukanlah sebenarnya logik kerana kita di dalam satu roda yang sama… roda tikus.

Zuan

Comments
  1. Farah Alina
  2. profhariz
  3. Bahrain
  4. mrhanafi
  5. khairul asrol
  6. titan
  7. sobri
  8. Aku Penghibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge