DEMC Specialist Hospital Memperkenalkan MRI Jalur Lebar Digital Pertama

Share

Baru-baru ini uncle telah menghadiri GP Talk (General Practitioners Talk) yang telah berlangsung di Holidah Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. GP Talk telah dibawakan oleh DEMC Specialist Hospital hasil kerjasama dengan Philips Healthcare.

Sesi selama 2 jam ini dipenuhi dengan penjelasan mengenai teknologi terbaru MRI daripada 2 speaker iaitu; Dr Stephane Breil  yang memegang PhD in NMR Spectroscopy dari Paul Sabater University, France dan pihak DEMC telah diwakili oleh Wan Mohd Fuad selaku speaker yang menjawat jawatan sebagai Senior Manager Cardiac Angiographer, Diagonstic Imaging Department di DEMC.

Sesi GP Talk dibawa dengan misi memperjelaskan mengenai Magnetic Resonance Imaging kepada hadirin yang hadir. DEMC selaku penganjur utama memperkenalkan mesin terbaru MRI yang menggunakan sepenuhnya sistem jalur lebar digital. Ini sekaligus membuktikan pihak DEMC mampu memberikan perubatan pengimejan bertaraf dunia.

mri demc shah alam

MRI jalur lebar digital pertama di Malaysia ada di DEMC Specialist Hospital.

eazy izzuddin demc shah alam mri

Rakan blog, Eazy Izzuddin merasa pengalaman MRI scanning seluruh badan. Katanya siap boleh layan movie lagi. Berikut adalah testimoni daripadanya selepas menjalani MRI scanning baru-baru ini; “Cepat dan selesa. Pada mulanya gementar tu ada, tapi dapat bertenang bila dah mula scan dengan layan movie yang disediakan. Nurse dan radiographer yang sangat friendly membuatkan anda tidak nervous. Dengan teknologi baru ini, result bila lihat image lebih jelas berbanding MRI yang lama.”

Daripada beberapa testimoni, dengan MRI terbaru ini, terbukti gambar lebih jelas, dan pesakit boleh merasai pengalaman MRI yang luar biasa dan sungguh selesa. Menurut DEMC masa scanning pun lebih pantas dan keputusan dapat dikeluarkan lebih cepat.

Hospital Pakar DEMC

Hospital Pakar DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) yang terletak di Shah Alam merupakan hospital pakar eksklusif yang tidak asing di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

Menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program saringan,  Hospital Pakar DEMC yang dimiliki oleh DEMC Management Sdn Bhd telah berkembang secara pesat sejak penubuhan awal dari tahun 1997.

demc shah alam

Hospital Pakar DEMC yang terletak di Sekeyn 14, Shah Alam. 
Gambar ikhsan: eazyizzuddin.com

Pada asalnya DEMC dikenali sebagai PMMC iaitu Primary Maternity and Medical Centre yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Perubatan Darul Ehsan yang hari ini mendapat singkatan kepada DEMC.

Hospital Pakar DEMC menawarkan pelbagai bidang dalam kepakaran perubatan, pembedahan professional dan turut menyediakan sesi rawatan dan kaunseling.

demc-shah-alam-services (1)

ExtraCorporeal Shock Wave Lithotripsy – Untuk membuang batu dekat buah pinggang.

demc-shah-alam-services (2)

Ultrasound

demc-shah-alam-services

X-Ray

Tengok dari kemudahan yang ada, memang membuatkan uncle yakin dan tak mustahil satu hari nanti uncle akan ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan dari DEMC.

Maklumat lanjut boleh dapati di demc.com.my atau email di careline@demc.com.my atau boleh hubungi di talian (603) 5515 1888.

677 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Suriya Majid
  2. Ikhwan
  3. sabree hussin
  4. raihanah
  5. sapsibubapa
  6. musadun
  7. Noriza Rahman
  8. nikkhazami
  9. mrhanafi
  10. titan
  11. Mama Hakim
  12. Khir Khalid
  13. Ibu Zaid
  14. Mazni Azmi
  15. Dedaun Comel
  16. semaksaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge