Dataran Centrio Tumpuan Anak Muda & Keluaga Di Malam Hujung Minggu

Share

Dataran Centrio Tumpuan Anak Muda & Keluaga Di Malam Hujung Minggu. Suatu ketika dulu, malam hujung minggu bandar Seremban ‘havoc’ dengan bunyi ekzos peminat motor dan ekzos peminat kereta sampai pihak berkuasa pun tak tau nak buat macam mana untuk menangani fenomena ini.

Selain dari itu, kebannyakkan juga menghabiskan masa di pusat membeli belah, menonton wayang, mengeteh, ataupun beriadah di komplex sukan.

Uncle pun tak terkecuali, banyak habiskan masa dengan menonton wayang dan melepak di kedai mamak sahaja pada hujung minggu.

Harini uncle lihat anak anak muda dan keluarga mula beralih tumpuan kepada aktiviti lebih santai dan berpeluh di Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Antara aktiviti riadah yang di lakukan adalah bermain roller blade, berbasikal, berzumba, dan bermacam macam lagi.

dataran sentrio s2 sewa roller blade

Kalau korang tak ada roller blade ataupun basikal, tak perlu risau. Ada di sediakan perkhidmatan sewa roller blade, basikal, wheel balance, dan macam-macam lagi pada harga yang sangat berpatutan.

Korang hanya perlu bawak diri, duit dan pakai pakaian yang sesuai sahaja.

dataran centrio s2

Seronok tengok budak kecik ni bawa kereta, tapi mohon jangan percaya la, sebenarnya kereta ini di control oleh bapanya.

Kalau korang nak sewa basikal tayar besar pun ada.

zumba dataran centrio seremban 2

Suka berzumba? Juga ada aktiviti zumba di sini.

dataran sentrio seremban 2 ijm land

Tarikkan untuk anak anak yang masih kecil pun ada di sediakan.

dataran centrio makan seremban 2

Lapar? Jangan risau, banyak tempat makan ada di kawasan Dataran Centrio. Macam-macam jenis makanan yang korang boleh cuba di sini.

balance wheel dataran sentrio

Menarik perhatian uncle adalah menyewa Smart Balance Wheel. Murah je, RM 20 untuk 30 minit.

Diorang siap sediakan perkhidmatan belajar nak control lagi. Agak susah sebenarnya, tapi diorang tak lokek untuk mengajar korang sampai korang boleh control sendiri.

smart wheel balance seremban 2 datarn sentrio

Uncle tak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri benda alah ni. Memang best! Berbaloi dengan harga. Pengalaman yang tidak ternilai harganya. 😀

Ni uncle nak tunjuk sikit skill uncle main Smart Balance Wheel. Hehe tak terer pun, consider noob, baru 1st time cuba hehe.

Baik, pada yang lalu Seremban 2, boleh la singgah Dataran Centrio. Kawasan ni masih baru, masih fresh dan menjadi tumpuan penduduk tempatan mahupun dari luar. Gerao-gerai di buka seawal 8 malam sehingga lewat malam.

Macam mana nak ke Dataran Centrio? Mudah sahaja, hanya 5 minit dari exit tol Seremban. Keluar sahaja dari tol, terus ke arah Seremban 2. Dataran Centrio terletak bersebelahan dengan Mydin Mall, Seremban 2.

 

Nota kaki: Nak survey sikit, bagi senarai tempat menarik yang ada di dalam Negeri Sembilan yang korang pernah pergi.

2,060 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Ikin
  2. Marissa
  3. Ashfar
  4. ade sutisna
  5. suri
  6. DLSL
  7. Noriza Rahman
  8. BUNDA
  9. Raihanah Ahmad
  10. Nurul
  11. zik
  12. Miera Nadhirah
  13. Mek ila Jual Vitamin
  14. mrhanafi
  15. bukharimalek
  16. anuar
    • Uncle Zuan
      • Muahammad Nazhiim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge