Dashing Sport Khas Untuk Lelaki Yang Aktif

Share

Tak semua jenis produk deodorant dan wangian adalah sesuai untuk lelaki yang aktif. Ada produk wangian dan deodorant yang sesuai untuk ke pejabat, ada yang sesuai untuk santai, dan ada yang sesuai untuk bersukan. Dan ada kalanya, produk wangian tu tak tahan lama pun, kejap je dah berbau sampai terpaksa bawa botol wangian ke mana-mana sahaja untuk kekal wangi sepanjang masa.

Lagi-lagi dengan cuaca panas di Malaysia ni, peluh tidak boleh dipisahkan sampai asyik nak cari aircond je kerjanya. Dashing Malaysia sentiasa peka dengan keperluan lelaki, dan mereka telah mengeluarkan set rangkaian khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.

Dashing Sport

DASHING Malaysia Sport

Rangkain produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.

Dikeluarkan pada 2 vasiasi iaitu Hitman dan Golden Boot yang setiap satunya terdiri daripada deodorant semburan dan Eau De Toilette. Semburan Deodoran DASHING SPORT  memberi perlindungan 24 jam dan berkesan dalam mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari. Bagus kan?

Antara kedua-dua variasi ni, uncle paling suka Golden Boot. Bauan daripada variasi Golden Boot mempunyai haruman yang lebih Musky dan mengoda. Diambil daripada aroma daun Rhubarb dan Pimento menaikkan lagi aroma maskulin kepada si pemakai. Memang wife uncle pun suka uncle pakai Golden Boot ini.

Tapi bukan nak kata Hitman tak best ya? Lain orang lain cita rasanya. DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

Kedua-dua produk ini sudah ada di pasaran dan boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. Keluaran Dashing SPORT ini adalah edisi terhad, jadi kalau dah suka tu, beli lebih sikit.

Siapa pakai Dashing? High Five sikit hehe.

1,269 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge