Dah Capai Azam Tahun Ini?

Pejam celik pejam celik dah nak bye bye tahun 2014. Cepat kan masa berlalu?

Mungkin kita terlalu sibuk dengan tugasan sampai tak perasan yang masa semakin jauh tinggalkan kita kan?

 

Dah capai azam tahun ini?

 

Ada yang mungkin sudah, ada yang masih belum..

Kalau tanya den, den belum lagi. Masih banyak yang tak tercapai.

Den masih lagi bukan bekerja secara tetap, maksudnya masih under contract renew.

Den masih lagi belum ada rumah untuk pelaburan. Dah lama berhajat nak ada aset rumah sebagai pelaburan jangkamasa panjang, tapi masih belum dapat lagi rumahnya. Susah nak dapat rumah yang ikut budget kita ni.

 

Salah satu azam tahun ni yang den dapat capai adalah memiliki sebuah iPhone. Dah lama idamkan telefon pintar seperti ini. Dan alhamdulillah dapat juga.

Selain tu den berjaya memenuhkan rak buku den hasil borongan di dua event jualan buku Big Bad Wolf.

Hmmm apa lagi ek? Oh ya, den juga dah berjaya membuat pembayaran ansuran untuk loan PTPTN. Nasib sempat buat Ujrah dan mulakan pembayaran. kalau tak nama akan di CCRIS. 😀

 

Hmm rasanya sampai sini dulu coretan den untuk entry kali ini. Agak gatal tangan nak update, tapi atas beberapa komitment lain, terpaksa kurangkan update untuk masa terdekat ini.

Akhir sekali, dah capai azam anda tahun ini? Atau masih nak bawa ke tahun depan? 🙂

Comments
  1. Mohd Norzali
  2. Alongxp
  3. adarain
  4. blogger lelaki
  5. miera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge