Cuti Cuti Ke Negara Jepun Dengan Private Tour Yang Awesome

Share

Uncle pernah sekali ke Tokyo, Jepun. Tak dinafikan memang boleh jadi senang, boleh jadi susah juga nak cuti cuti di sana. Silap naik train, dah makan masa nak patah balik, silap turun station dan makan masa untuk naik semula, silap jalan dan ambil masa untuk cari jalan semula. Memang leceh juga untuk kali pertama mahupun berapa kali ke Jepun.

Untuk memudahkan travel uncle di Tokyo, uncle telah mendapatkan perkhidmatan private tour guide, Cuti2 Jepun.

Private Tour Guide Cuti Cuti Jepun

Siapa mereka ni? Mereka adalah kumpulan social entrepreneur yang mana dikelola sepenuhnya oleh pelajar dari Malaysia yang belajar di Jepun. Demi menampung kos perbelanjaan belajar dan sara hidup disana mereka menawarkan servis private tour kepada mereka yang ingin menjelajah bumi sakura.

Private tour mereka adalah flexible yang mana anda boleh bagitau anda nak ke mana dan macam mana pengalaman jepun yang anda mahukan, dan mereka boleh plan ikut kesesuaian dan kehendak anda.

amnahome_tokyo_cuti-cuti_jepun_2017 (1)

Bersama Qayyum, tour guide kami ke di Mount Fuji. Trip ke Mount Fuji bersama Cuti Cuti Jepun adalah trip yang tak boleh anda lepaskan sebab banyak tarikkan best-best yang ada kat sini yang mereka boleh bawa.

Bukan sahaja boleh bawa pusing Tokyo, mereka juga pakar sekitar kawasan Jepun, jadi nak ke Kyoto, Osaka ataupun Hokaido, tak ada masaalah.

Sepanjang pengalaman menggunakan servis cuti2 Jepun, uncle dan travel partner uncle tiada masaalah untuk mencari tempat makan, tempat solat, tempat shopping yang terbaik, pengangkutan ke tarikkan yang ada, dan yang penting uncle dapat merasa ke Gunung Fuji yang mana kalau ke Tokyo, tak sah kalau tak ke sana. Tour guide kami, Qayyum yang begitu ramah dan tahu serba serbi mengenai Tokyo membuatkan kami sangat selesa dan tidak kekok sepanjang cuti cuti kami di Jepun.

Jom Booking Private Tour Cuti2 Jepun

Macam mana nak booking? Boleh hubungi Qayyum, rakyat Malaysia, seorang tour guide private yang tinggal di Jepun yang sedia membawa anda mengelilingi bumi sakura. Boleh WhatsApp Qayyum di talian +81 80-4055-5949 atau hubungi admin cuti2 Jepun.com untuk tempahan atau maklumat lajut.

Tak kisah la anda nak travel solo ke, nak travel couple ke, nak travel company ke, satu keluarga ke, pihak Cuti Cuti Jepun boleh membantu anda menjelajah bumi sakura.

1,431 total views, 18 views today

Share
Comments
  1. Gja
  2. casa nayafana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge