Curi Buku Musik

Siapa di sini pernah mencuri?

Haaaa!!! kau! Ngaku pun! Potong Tangan!

Cakap pasal mencuri ni, den sendiri ada pengalaman yang akan den ingat pengajarannya sampai bila-bila.

Ia terjadi waktu den darjah 3 dahulu. Den bersekolah di Seklah Kebangsaan Senawang di Negeri Sembilan sejak den darjah 3 hingga darjah 6. Sebelum ni di Sekolah Kebangsaan Mahang, kat Kedah. Den seorang anak pegawai polis, ia adalah normal apabila anak polis tukar-tukar sekolah kerana mengikut bapanya yang sering bertukar tempat berkidmat.

Ceritanya bermula apabila den pada suatu hari terlupa bawa buku musik yang telah diminta bawa ke kelas pada waktu kelas musik. Den bersekolah pada sesi petang pada ketika itu. Cikgu mengarahkan semua murid untuk membawa buku musik atau akan dirotan apabila gagal berbuat demikian. Seingat den, ia adalah sesi kelas ke-2. Buku pun masih baru da ada yang masih kosong tak bertulis.

Akibat terlupa nak bawa buku tersebut, den tak dapat fokus pada semua sesi kelas pada petang itu. Tiba waktu rehat, den tak rehat. Tiba-tiba di dalam kepala muncul idea jahat!

Den terfikir untuk mencuri buku budak kelas den.

mencuri

Cepat cepat den naik ke kelas den. Kebetulan waktu tu tiada pengawas yang menjaga kelas. Den dengan pantas membuka beg budak perempuan yang kedudukkannya jauh dari tempat den. Den duduk di belah tingkap belah kiri kelas. Budak perempuan yang menjadi mangsa den duduk di sebelah kiri kelas.

Bukan main strategik kepala hotak ketika itu, kononnya, kalau curi dalam area yang jauh dari tempat kita, kita akan kurang jadi suspek sasaran.

Den belek belek buku mangsa den. Masih kosong tak tulis apa apa. Tapi malangnya di atas  buku tersebut nama budak perempuan tersebut ditulis dengan pen. Ketika tu den tak ada liquid putih untuk padam tulisan tu. lagipun kalau pakai liquid, mesti orang suspek. Den dapatkan pemadam pen (yang warna biru tu). Padam punya padam, tak hilang hilang kesan pen.

Akibat mati akal, den gunakan pensel, kasi conteng nama budak perempuan tu (seriously, antara perkara paling bodoh pernah den buat!) dan tulis nama den di atas buku.

Dengan yakin tak kantoi, den letakkan buku di dalam beg den.

Waktu rehat pun tamat. Kelas musik bermula lepas waktu rehat. Hati den masih tak tenang. Dok fikir apa nasib kalau kantoi. Orang kata, kalau kita buat jahat, memang hati takkan tenang. Betul rupanya.

Cikgu musik pun masuk kelas dengan membawa rotan. Beliau suruh murid-murid keluarkan buku musik yang dimintanya. Semua keluarkan kecuali den dan budak perempuan yang den rembat bukunya tadi. Den macam takut takut nak keluarkan. Tapi den keluarkan juga buku tersebut. Tanpa bagi nampak ke-kantoi-an di situ, cepat cepat den buka buku halaman pertama.

Terdengar dari belah perempuan tu sedikit kecoh. Budak perempuan tu dakwa bukunya hilang. Den nampak dia nangis. Cikgu nampak percaya dengan dakwaan budak perempuan tu yang bukunya hilang dan mungkin di curi orang lain.

Siasatan pun mula di buat.

Cikgu suruh semua murid berdiri. Untuk mudahkan tugas, beliau meminta ‘si pencuri’ mengaku sebelum terkantoi, dan dengan balasan, hukuman rotan akan di kurangkan.

Anda rasa den mengaku tak?

Memang takkan mengaku la kan. Gila apa nak ngaku buat salah. Budak darjah 3, mana la ada kesedaran sivik ketika tu.

Cikgu membelek buku setiap murid bermula di sebelah kanan. Tiada suspek. Budak paling nakal dalam kelas pun lepas.

Hati den makin cuak. “Memang kena la aku ni” bisik dalam hati.

Sampai turn den.Cikgu tanya, “kenapa ada conteng conteng dengan pensel atas tempat letak nama ni?

Den dok diam je tak balas solan cikgu tu. Cikgu kemudian ambil pemadam, dan memadam contengan tersebut. Nama budak perembuan kelihatan.

Astagfirullah, apa awak buat ni Syazwan?” Marah cikgu kepada den.

Den terdiam, muka merah padam ketika tu, semua murid pandang ke arah den. Den dirotan beberapa kali oleh cikgu musik. Den bernasib baik kerana cikgu taknak membesarkan hal seperti ini sehingga ke pengetahuan ibu bapa. Den meminta maaf kepada budak perempuan tersebut dan berjanji takkan mencuri lagi.

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

Sejurus lepas tu, den di pandang rendah oleh rakan sekelas. Ada yang tak menegur den lagi. Pernah suatu ketika, buku komik budak kelas den hilang. Den di jadikan suspek utama. Tapi seperti yang dijanjikan kepada budak perempuan tu, den tak curi komik tersebut. Rupanya, buku komik budak tu tertinggal di tandas.

Tu orang cakap, sekali kita buat jahat, orang akan ingat je. Kalau ada berlaku benda tak elok, kita yang awal jadi suspek.

Sejak tu, den jadi budak baik. Den takut buat jahat. Sebelum buat perkara tak elok, den akan fikir akibat kalau buat benda tu.Pengalaman mencuri buku musik budak perempuan, menjadi pengalaman berharga buat den. Den belajar yang kawan juga akan tinggalkan kita kalau kita buat benda tak elok.

Ada di sini pernah mencuri waktu kecik kecik dulu?

Zuan

Comments
  1. Ezad Skytech
  2. Miera Nadhirah
  3. Bahrain
  4. Jia Rizaira
    • Zuan
  5. titan
  6. Hairul Azni
  7. Raihanah Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge