Cu Chi Tunnel Tarikkan Popular di Vietnam

Cu Chi Tunnel Tarikkan Popular Vietnam | Selain daripada Mekong Delta, Cu Chi Tunnel adalah tempat lawatan yang popular dan menaik untuk di lawati kalau anda ke Ho Chi Minh City Vietnam.

Ikut bacaan uncle, Cu Chi Tunnel ataupun Terowong Cu Chi ini adalah sebuah  rangkaian yang besar menghubungkan terowong bawah tanah yang terletak 40km utara di pusat bandar Ho Chi Minh. Ia telah di bina waktu era perang Vietnam (sekitar tahun 1968) oleh pasukan komunis Vietnam (Vietcong). Fungsi Cu Chi Tunnel ini adalah untuk perlindungan dan untuk menyelamatkan diri dari serangan musuh iaitu Ametika Syarikat.

Nama Cu Chi ini sebenarnya di ambil dari nama pokok Cu Chi yang tumbuh di sekitar kawasan ini. Pokok ini jenis pokok beracun yang mana getahnya di gunakan tentera Vietcong sebagai racun untuk jerangkap samar.

peta cu chi tunnel

Cu Chi Tunnel terletak di dalam Cu Chi Tunnel Complex adalah seluas 121 km. Tengok daripada peta kat belakang dua orang travel buddies uncle tu, anda boleh bayangkan keluasannya.

Selain Cu Chi Tunnel, ada Ben Duoc Tunne, Ben Dinh Tunnel, Ben Duoc Temple, dan pelbagai lagi tarikkan menarik di Cu Chi Tunnel Complex. Jadi kalau ada budget lebih dan banyak masa, ambil pakej yang boleh cover kawasan-kawasan lain yang ada di Cu Chi Tunnel Complex ini.

Kami hanya ambil pakej yang cover Cu Chi Tunnel sahaja. Jadi mungkin ada rezeki untuk ke sini lagi lain kali, boleh ke tempat lain pula.

cu chi tunnel complex saigon

Sampainya di kawasan Cu Chi Tunnel, kami di terangkan secara ringkas oleh tour guide kami mengenai sejarah Cu Chi Tunnel, dan di ceritakan kesusahakan dan kepayahan rakyat Vietnam yang terperangkap dengan peperangan dengan Amerika pada ketika itu.

perangkap cu chi tunnel untuk musuh

Kemudian kami dibawa untuk melihat demonstrasi jerangkap samar (booby trap) yang telah di bina tentera Vietcong di sekitar kawasan Cu Chi Tunnel bagi memerangkap musuh.Sangat deadly okay~

cu chi tunnel trap demonstation

Nampak tajam tajam tu? Ada di letakkan racun di situ. Kalau musuh terkena dengan perangkap ini, memang maut menanti.

cu chi tunnel jerangkap samar

Kami di bawa melihat jerangkap samar lain yang telah di cipta Vietcong. Satu persatu di demo oleh tour guide kami.

Melihat kepada kepelbagaian perangkap yang ada, membuktikan yang tentera Vietcong adalah sangat bijak dan licik untuk menumpaskan musuh yang mereka hadapi pada waktu tu.

cu chi tunnel tarikkan pelancong

Lubang kecil Ini adalah tempat di mana tentera Vietcong dan rakyat Vietnam yang tinggal di dalam terowong Cu Chi menyorok dan untuk menyerang hendap musuh.

dalam terowong cu chi tunnel

Tengok saiz mat saleh ini, membuktikan kecilnya lubang ini. Lubang ini bukan sahaja sebagai tempat bersembunyi, ia juga adalah antara laluan masuk ke centre Cu Chi Tunnel.

Menurut tour guide kami, tentera amerika telah melatih askar muda seusia 16-18 tahun (sebab saiz badan mereka masih kecil) untuk masuk ke dalam terowong ini bagi memusnahkan bunker Vietchong. Askar ini di panggil tunnel rats.

Tarikkan Terowong Cu Chi Vietnam

Gambar di atas adalah replika kegiatan orang yang tinggal di dalam Cu Chi Tunnel pada ketika itu. Mereka mengguakan apa bahan yang ada bagi teruskan kehidupan di dalam terowong ini.

Dalam Cu Chi tunnel ni ada banyak bahagian. Ada bahagian memasak, tempat simpan makanan, tempat mesyuarat, simpanan senjata, tempat buang najis, dan banyak lagi. Semuanya ada 3 lapisan.

Pintu Masuk Terowong Cu Chi Tunnel

Kami di beri peluang untuk masuk ke dalam terowong Cu Chi. Terowong ini panjangnya 100 meter. Setiap 20 meter ada laluan keluar. Jadi kalau tak larat untuk teruskan sampai penamat, ada laluan keluar disediakan.

Terowong ini di besarkan sedikit untuk memudahkan pelancong merangkak di dalamnya. Di fahamkan, yang terowong asal adalah jauh lebih kecil dengan ketinggian cuma 1 meter.

Malangnya, terowong ini hanya di buka pada lapisan pertama sahaja. Atas faktor keselamatan, lapisan ke-2 dan ke-3 di tutup daripada pelancong.

 

Video Pendek dalam Cu Chi Tunnel

Nak tengok macam mana keadaan di dalam Cu Chi Tunnel? Tonton video Cu Chi Tunnel yang uncle telah upload di YouTube Channel – Uncle Zuan.

Amacam? Ada keberanian untuk masuk merangkak dalam terowongCu Chi?

 

Cu Chi Tunnel Makan Ubi Keledek

Selepas penat merangkak ke dalam terowong Cu Chi, kami di beri maka Sweet Potatoes ‘berlaukkan’ gula dan kacang tanah. Sedap wei… Hilang penat dan lapar. Ini adalah makanan utama Vietcong ketika di dalam Cu Chi Tunnel.

Makan Ubi

Lawatan ke Cu Chi Tunnel hanya untuk beberapa jam sahaja. Boleh kata ia adalah half day tour.  Lebih kurang pukul 1 tengah hari, kami di hantar pulang semula ke Hotel.

 

1,276 total views, 1 views today

Comments
  1. suterakasihyann
  2. Shivani
    • Uncle Zuan
  3. Jane
    • Uncle Zuan
  4. ReiAyunan
    • Uncle Zuan
  5. Raihanah Ahmad
    • Uncle Zuan
  6. Aliza Sara
    • Uncle Zuan
  7. Jacqueline Khoo
    • Uncle Zuan
  8. zool
  9. Ivy Kam
    • Uncle Zuan
  10. Isaac Tan
    • Uncle Zuan
  11. Carol Lam
  12. Geozo Wong Fui Cheng
    • Uncle Zuan
  13. Miera Nadhirah
  14. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  15. titan
  16. ena
  17. Hero Borneo
    • Uncle Zuan
  18. bukharimalek
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge