COVID-19! Selamat Ke Nak Keluar Rumah?

Semakin hari semakin banyak kes COVID-19 yang telah dilaporkan. Jumlah yang dijangkiti virus Corona ni tak nampak berkurangan, malah angka kematian pun agak banyak. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, angka kes yang dilaporkan masih terkawal dan angka yang sembuh juga agak mengalakkan.

Tapi macam mana pun, menghindari lebih baik daripada merawat. Jadi timbul persoalan, selamat ke nak keluar rumah?

Kita tengok negara jiran kita begitu kiasu sehingga membuat panic buy barangan keperluan harian di pasaraya. Adakah kita perlu berbuat demikian?

Kementerian Kesihatan Malaysia ada kongsikan langkah-langkah melindungi diri korang dan orang lain daripada COVID-19 ni. Kalau korang terlepas baca di FB KKM, boleh la baca di bawah ni.

1- Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan iaitu hand sanitizer.

2- Semasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan.

3- Elakkan melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sebelihan haiwan atau sentuh sebarang jenis haiwan.

4- Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala.

5- Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah iaitu tidak dimasak dengan sempurna.

6- Segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit terutamanya kalau korang ada gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Akhir sekali, uncle harap semua yang baca artikel ini dijauhi dari wabak penyakit COVID-19 ni. Dan harap juga siapa yang dijangkiti sembuh dengan cepat dan tidak didatangi lagi penyakit yang memudaratkan.

 2,104 total views,  28 views today

Comments
  1. Wan Zawawi
  2. etuza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge