Contest Pertama Untuk Pembaca Blog Uncle Zuan

Share

Salam Jumaat, Alhamdulillah berkemampuan lagi untuk menulis entry.. ๐Ÿ˜€

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.”- (Surah Al-Baqarah: 183) (sumber wikipedia)

Alhamdulillah, kita bakal bertemu semula dengan bulan Ramadhan beberapa hari lagi. Ingat niat puasa bulan Ramadhan? Masih ingat lagi niat berbuka puasa? Ingat lagi? Alhamdulillah ๐Ÿ˜‰

CONTEST TIME!

Alhamdulillah, sempena nak menyambut Ramadhan ni, aku nak buat simple contest kepada pembaca Blog Uncle Zuan (BUZ). Ia terbuka kepada semua pembaca tak kira ada blog atau tidak ada blog. Pada awalnya nak buat giveaway, tapi disebabkan tak cukup budget (dan tak adaย sponsor hehe), jadi ditukar menjadi simple contest. Nak join? Senang je..

Jom cerita pasal hadiah dulu:

2(dua) peserta yang menjawab dengan paling tepat dan yang terpantas akan memenangi buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah tulisan Dr. Mohammad Ali Toha. Apa yang best pasal buku ni? Ia mendedahkan teknik dan panduan teknik holistik daripada tokoh terhebat sepanjang zaman, Rasulullah S.A.W.. Ia juga memberi panduan memilih makanan yang baik bagi menjamin kesihatan minda, rohani, emosi dan social. Buku ini juga terkandung bagaimana Rasulullah S.A.W. mengatur pola makan seharian dan teknik memilih ubat dan cara pengubatan yang terbaik.

Menarik bukan? Tak sabar nak baca? Macam mana nak menang contest ni? Ikut 2 langkah mudah di bawah:

#Step 1: Like page Saiazuan Blog. InshaAllah segala macam update blog akan di post di page ini.

#Step 2: Jawab soalan mudah di FB page Saiazuan Blog yang korang dah like tadi: “Siapakahย penerbit buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah?” Format jawapan anda mestilah seperti berikut “Jawapan Contest Pertama #BlogUncleZuan: <jawapan anda>“.

*Untuk makluman, saya tidak akan membalas komen di page bagi menyatakan jawapan anda tepat atau sebaliknya.
**Tips Jawapan – Buku ini terdapat dalam 2 versi cetakkan, salah satu di bawah terbitan Noura Books dan hanya dijual di Indonesia. Yang saya inginkan adalah nama penerbit yang menerbitkan buku ini di Malaysia.

Mudah? 2 Peserta yang memberi jawapan paling tepat dan yang terpantas sahaja (dan semestinya menjawab mengikut format dan step yang diberikan) akan dipilih untuk memenangi contest ini.

Tarikh contest bermula dari tarikh dan masa entry ini di publish sehingga hari ahad, tepat pukul 12 tengah malam. Nama dan screenshot pemenang akan di update di entry ini juga. Just make sure anda gunakan ID Facebook yang aktif supaya mudah untuk saya request alamat dan nama bagi memudahkan proses penghantaran hadiah.

Best of luck everyone.. ๐Ÿ™‚

 

_________________UPDATE PEMENANG_________________

 

Berikut adalah senarai pemenang Contest Pertama #BUZ! 2 pemenang terpantas yang berjaya menjawab dengan tepat mendapat bukuย 365 Tips Sihat Gaya Rasulullahย tulisanย Dr. Mohammad Ali Toha, dan saguhati berupa sebuah buku nota diberikan kepada 2 lagi peserta yang menurut serta, tetapi telah berjaya menjawab soalan dengan tepat. Tahniah ๐Ÿ™‚

 

c1w copy

Tahniah kepada pemenang Contest Pertama #BUZ! Insha Allah hadah akan di hantar pada hari isnin (8 July 2013). Pada yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Ada rezeki, insha Allah akan lagi contest menarik di blog ini pada masa akan datang. ๐Ÿ˜‰

ย –Zuan

4,122 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. Izwan
  2. Shida Radzuan
  3. Mashitah Rosli's
    • Zuan
  4. Zuan
  5. Asyrof - Blogger Tanah Arab
  6. Halim Brothers
  7. Datin Tyka
  8. sutera
  9. hasrulhassan
  10. Denaihati
  11. titan
  12. fyna
    • Zuan
  13. waiman takwa
  14. kakiblog
  15. Joe
  16. ProfHariz
  17. Cikgu Hairul
  18. sutera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge