Chilli Beef @ Big Mouth Cafe

Sapa pernah makan burger kat Big Mouth Cafe? The Big Mouth Cafe sebelum ni dikenali sebagai Big Mouth Burger (MBM). Sebelum ini pernah share Hawaiian Chicken Burger.

Ops sebelum den share lagi burger apa best di ‘lantak’ kat entri kalini, ada pernah bertanyakan sama ada halal atau tidak makan kat BMB Cafe ni? Siap naik lagi keyword ‘big mouth burger seremban 2 halal atau tidak‘ kat blog ini. Untuk pengetahuan burgerlover sekalian, currently BMB Cafe masih dalam proses untuk mendapat pensijilan halal dari pihak Jakim. Tapi tak perlu risau, mereka mendapat bekal daging lembu dari pembekal yang disahkan oleh Jakim.

Sedikit pengenalan untuk BMB Cafe, ia ditubuhkan pada 2013. Ditubuhkan tujuan untuk menyediakan burger terbaik dengan perkhidmatan yang mesra dan pantas dengan harga yang berpatutan. Tagline yang mengerakkan BMB Cafe adalah “The Place for Real Burgers“, amacam? Mau get real burger? Come and bite some 😉

Alright, burger yang den nak share entri kalini adalah Chilli Beef.
chilli beef big mouth burger

Kenapa rekomen burger ni?

Patty daging lembu burger ini dibakar dengan baik sehingga rasanya sungguh lembut dan mudah di kunyah. Patty yang dibakar tadi dicampur pula dengan chilli concarne, salad, cheese, dan bawang.

Biasanya pakai roti burger biasa atau roti yang diletakkan charcoal powder, tapi ni pakai home-made donut. Donut dan roti rasanya berbeza, jadi uniknya idea menggunakan donut ni menjadikan rasa burger ini pun lain sebab ada rasa donut.

Sangat dicadangkan makan burger ni pakai tangan dan tak digalakkan menggunakan garfu dan pisau kerana feel gigitan burger tu akan hilang sama sekali.

My Burger Loving Rating:

Meter Kenyang: 3/5
Meter Lazat: 4/5

 

Untuk maklumat lokasi, menu, dan waktu perniagaan boleh layari http://bigmouth.com.my/ 😉

Comments
  1. syazana zainn
  2. Zali
  3. Raihanah Ahmad
  4. encikarman
  5. puteri kasih
  6. Scha Nazri
  7. Raudzah
  8. hafidzramli
  9. reezluv
  10. Mai Has
  11. akubiomed
  12. ema
  13. Hafizul
  14. myliferia
  15. Ismail N
  16. Ezad Skytech
  17. titan
  18. Bahrain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary dah lama den miliki, tapi...