Cerita Lepas Raya…

Share

Type entry sambil pekena Old Town White Coffee…

 

Carita pasal kerja…

Lepas minggu pertama raya je, den dah busy giler bila masuk office. Ye la, seminggu punya kerja mau kejar woo.. Banyak customer nak kena handle. Fokus 100% buat kerja. Tup tup dah waktu balik.

Alhamdulillah, boss pun dah offer renew contract kat den. Sedikit kurang gembira, sebab tak ditawarkan permanent. Tapi takpe la, janji ada income tetap tiap-tiap bulan. Kumpul kumpul kumpul, dah boleh beli rumah  dan kawin (opss!!! hehehe). Hati pun gembira 😀

 

Cerita pasal burger…

Den perasan juga, minggu ni keyword Ramly Burger agak hit!

keyword ramly burger dan lagu raya

Terkejut den tengok trafik lancar walaupun tak update blog. Den suspek juga keyword ni naik sebab boykot tu boykot ni. Alhamdulillah, support local product. Patut dah lama kita buat macam tu. Ini tidak, dok bangga produk dari luar, dan dok kondem produk tempatan.

Untuk makluman juga, den ada add page burger lovers. Special page den add untuk senangkan korang access entry ‘burger best’ yang pernah den share.

 

Cerita pasal diet…

Ramai juga dok kata, raya ni makan banyak. Berat pun naik balik. Den tengok tak ada perubahan pada den, makan banyak pun maintain slim. hehehe. Apa rahsia? Banyakkan makan sayur dan buahan, dan yang penting, harini kena ada supplement dalam diet kita. Supplement ni boleh cegah kita dari penyakit kalau diambil dengan betul.

 

Cerita pasal Contest Cabaran Duit Raya…

Contest ni den sempat join kategori komen je. Lain, no komen. Tak menyempat juga nak kejar mengejar komen dengan blogger lain. Dapat cash untuk minggu pertama je, lain lain minggu terus drop haha.

 

Cerita pasal pelaburan…

Secara jujur, den berminat nak melabur dalam hartanah. Dah lebih setahun ada niat nak invest. Tapi macam hangat hangat tahi ayam jew sebab capital pun takde lagi. Baru baru ni rasa nak stick pada unit trust je. Sekarang ni den melabur separuh dari saving dalam equity sebab dividen equity boleh bagi pulangan lebih tinggi dari ASB. Untuk save side, lagi separuh saving den ‘parking’ dalam ASB.

Pada yang nak invest untuk jangka masa panjang, terutama untuk yang cetek ilmu macam den ni banyakkan ke seminar, baca buku, layari laman web yang bagi info dan knowledge pasal investment, dan keep up to date dengan trend market.

 

Cerita pasal Handphone…

Tak habis habis cerita pasal telepon. Yela kan, haritu nak beli Mi3 tak jadi sebab kekangan budget. Tapi tu la kan, makin kita delay tukar baru, makin dia buat hal. Macam dah tak sayang tuan dia. Adoi, kang den tukar balik pakai Nokia 3310. Sapa tau bila Xiaomi Mi4 masuk pasaran Malaysia?

 

Cerita trip ke Utara…

Den dan homies den ada cadang lepas raya nak hit negeri utara untuk jejalan. Lokasi kitorang nak jajah termasuk Langkawi, Perlis, dan Penang. Mula cadang 4 hari 3 malam. Tapi disebabkan komitment masing-masing, terpaksa ditunda sehingga hujung tahun ni.

 

Hmm tu je kot update den selepas seminggu raya. Harap korang tak rindu den sangat.. Hahaha

Ok, dah habis cerita..

Zuan

Comments
  1. myliferia
  2. suri
  3. akubiomed
  4. sobri yaacob
    • Zuan
  5. sobri yaacob
  6. Anak Askar Pencen
  7. Hazmin Hamudin
  8. ema
    • Zuan
  9. onlajer
  10. Hairul Azni
    • Zuan
  11. Rokiah
  12. Bahrain
  13. Hafizul
  14. puteri kasih
    • Zuan
  15. reezluv
  16. Denaihati
    • Zuan
  17. Lemonping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Agak lama den tak makan burger kat Burger King. Asyik makan...