Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season – Bahagian Akhir
Entri ini adalah bahagian terakhir untuk Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season.
Seperti yang kami deal dengan CJ, kami akan pulangkan motor pada pukul 2. Selepas siap pulangkan motor semua, kami terus beli tiket di jeti. Alangkah terkejutnya kami apabila tiket yang tinggal hanya pukul 8.30 malam. Agak buntu masing-masing ketika tu. Bayangkan apa nak buat dengan baki 6 jam setengah sementara menuggu feri sampai???
Kebetulan perut lapar pada waktu tu, kami pun terus pergi makan McD di Mall yang berdekatan. For the record, sepanjang percutian, kami hanya makan fast food iaitu Burger King, Marry Brown, McD dan KFC. Masa 6 jam yang tinggal tu kami cuba isi dengan jalan jalan di dalam mall yang di katakan terbesar di Langkawi tu, dan Karok.
Jam 8 kitorang kami ke jeti untuk tunggu feri tiba. Alangkah terkejutnya bila dapat makluman dari salah seorang penumpang feri pukul 8 malam yang feri jam 7 masih belum tiba-tiba. Maknanya feri dah delay lebih 1 jam. Dan kemudian dapat makluman tahu yang ada 4 feri rosak pada masa tu.
Dengan kepanasan disebabkan ramai orang kat jeti ditambah pula dengan mengantuk sebab tak cukup rehat, sekali lagi mental kami teruji. Untuk buying time, sekali lagi kitorang pi makan di KFC yang terletak tak jauh dari jeti. Makan ni salah satu cara tuk redakan stress. Trust me.
Tunggu punya tunggu, feri tiba pukul 10.30 malam. Itu la feri terakhir untuk ke Kuala Perlis. Kastam pun dah tutup. Semua penumpang berpusu-pusu naik feri. Nombor seat dah tak memainkan peranan ketika ini.
Cuaca waktu ni, hujan lebat. Ya Allah, sangat sejuk suhu waktu tu. Sepanjang perjalanan mengigil kesejukkan. Sampai jeti Kuala Perlis dah dekat pukul 12 tengah malam. Semua plan kitorang nak ke Padang Besar dan Pulau Pinang terpaksa di batalkan disebabkan sudah lari dari waktu plan asal.
Disebabkan masing masing dah homesick. kitorang decide untuk terus shoot balik ke Seremban. Dalam perjalanan kitorang berhenti di RnR Gurun untuk refreshing dalam 30 minit dan lepastu teruskan perjalanan dan sampai tiba di Cyberjaya pada pukul 7 pagi.
Lesson dari rambo trip kitorang ni:
* Perjalanan tanpa perancangan yang teliti boleh menjadi sangat mencabar, tapi pada masa yang sama, lebih seronok kerana apa yang tak pernah di rancang akan menjadi lebih menarik. Sebagai contoh, kami tak pernah merancang untuk masuk 3D Art Museum, tapi bila dah masuk je, seronok tak terhingga bergambar dalam tu.
* Internet boleh jadi penyelamat yang tak disangka. Kadang kita dok syok nak jalan-jalan sampai tak perasan kepentingan internet. Dengan bantuan internet, dan blog, kami berjaya mendapat tempat penginapan yang yang basic pada harga yang berpatutan untuk peak season.
* Brotherhood never dies. Bila kita dah kawan dengan seseorang tu lama sangat. Kita dah tau macam mana dia. Ketika ni, persahabatan kitorang teruji juga. Mana tak nye, dengan feri buat hal, penginapan susah nak dapat, hujan lebat, dan tanpa plan A-Z. Tapi kami survive gak hasil kesepakatan. Thanks for being loyal to me buddy 🙂
Nota kaki: Lepasni uncle dan buddy uncle akan ke Saigon Vietnam. Tak sabar pula. Kalini kami akan buat perancangan lebih teliti supaya masalah yang sama tak berulang
6,484 total views, 6 views today
mahu ke sana masa cuti sekolah, masaklah anak2.. ramai orang sangat.. kak suka bercuti mdalam keadaan tenang dan x tak ramai sangat orang….almaklumlah anak2 kecil lagi..
Kak yatiadam recently posted…[BAHAYA GEMUK]
kenapa orang lain punya trip ke Langkawi selalu nampak lebih menarik dari trip kita sendiri… huhuh
miera recently posted…Rantings on a hotel stay in Langkawi
Unplanned trip ni memang bagus untuk geng bujang ja, kalau dengan family memang mengharukan!
Noriza Rahman recently posted…Sistem Imun Anak Lebih Kebal TANPA Ubat.
betul tu. nasib la sy masih bujang. sebab tu nak enjoy this life sementara masih bujang. klu dah kawin, kena sentiasa organized 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelas WordPress Essential – Santai & Penuh Input
cuti sekolah ni , kami ke sana pula….tq entry menaafaat
have fun semasa dalam trip anda 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
pergh!, makan fast food je. tak merasa makanan warong ke kat sana. hehe
adarain recently posted…Mad Max Fury Road Sebuah Movie Aksi Paling Dahsyat!
kat langkawi mana ada makanan warong yang best best. dalam kepala kitorang pun time tu fastfood je haha
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
akhirnya saya puas menjamah artikel uncle terbaik la..cuba kesan emosi takut nak pergi langkawi kalau keadaan yang sesak-sesak macam tu..
saya suka yang santai-santai je..ho..ho..
mrhanafi recently posted…Telefon Meragam Hati Tak Tenteram
depend on macam mana bro nak la. macam sy kongsi pada entry pertama, niat nak merasa kesesakkan 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
aduuhh terbaik bro ulasan…apepun kalau bujang lagi senang sikit nak jalan2.. dah berkeluarga.. erghh kena pantau anak2 nih.. huhu
zik recently posted…Ulasan kelantan vs pahang semi final 16/5/2015
tak ada sebarang ulasan pun di buat, hanya perkongsian 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
perjalanan tanpa perancangan bagus untuk yang bujang bujang..yg dah ada famili, ada anak kecil eloklah dirancang dulu supaya segalanya berjalan lancar. kita maybe ok, tapi anak kecil cepat rasa tak selesa.
mohd hiruan recently posted…self-reward
ya betul tu, time bujang la nak rasa pengalaman macam ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
Ramainya orang menunggu feri.. setakat ni belum pernah lagi merasa naik feri ke langkawi.. 2 kali pergi langkawi, kedua-duanya naik flight jer… bila baca entri ini, baru dpt gambaran macamana keadaan feri di sana… terima kasih di atas perkongsian info..
anuar recently posted…Miliki pakej laman web, copywriting, sistem autoresponder, dan content email marketing pada harga RM10 sahaja. Memang Murah!
sy pula dah 3 kali ke langkawi, tapi tak pernah merasa naik flight 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
Sungguh mencabar. Yg paling best kalau dpt kawan yg memahami. So dalam keadaan yang tak dijangka macam tu, sifat sabar dan cool mmg diperlukan sgt2. Tp hari tu den nak pi Langkawi gak tanpa perancangan awal. TP terpaksa membatalkan hasrat disebabkan dah fhm sifat dan perangai tak sabar dan cool member2. Nanti boleh buat gaduh besar.
Jia Rizaira recently posted…Baju Melayu Hipster Rekaan Zery Zamry
bukan senang nak dapat kawan macam ni, kalau ada, jaga baik baik sebab diorang la aset kita 🙂
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
time makan..jangan layan handset. nanti bini marah.
haha..
titan recently posted…Komisen ke 51-52 dari Klikjer
haha kenapa tu?
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja
alamak….macam mana pulak dengan shopping time peak season? coklat tak mahal ke? selain coklat, awk tak shopping lain ke? maybe saya pergi time merdeka day sambung hari raya haji. bawak mak & 2 org adik. saya tak tahu ngam ke dgn 2 adik lelaki yg ikut kepala sendiri. we will see. semoga allah permudahkan.