Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season – Bahagian 2

Share

Sambungan bahagian 1 Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season

penginapan rumah pak hashim di Langkawi

Alhamdulillah, dipermudahkan, kami jumpa Penginapan Pak Hashim ada kekosongan setelah hasil google selama hampir satu jam kat Marry Brown. Penginapan terletak di Jalan Kuala Muda (landmark Alia Residence), tempat penginapan penginapan kitorang cuma lebih kurang 10 minit kalau nak ke Panorama Langkawi kalau nak naik jambatan gantung atau bergambar kat 3D Museum, 10 minit ke pantai Chenang kalau nak berbikini di tepi pantai, dan cuma 5 minit ke Airport untuk selfie dengan kapal terbang.

Penginapan ni basic je, cukup tuk tidur mandi dan do some basic stuff. Kitorang sewa satu malam RM80. Harga yang ok untuk peak season. Kalau nak booking kat Penginapan Pak Hashim boleh contact Pak Hashim di 0195176354.

gambar di dataran helang lang langkawi

Kalau ke Langkawi, tak sah kalau tak bergambar kat Dataran Lang. Ini kali ke 3 uncle ke Langkawi, still nak bergambar gak kat situ. Kenapa? Sebab tiga-tiga kali uncle pergi dengan bukan orang yang sama, so wajib la belanja satu dua gambar kan. Petang tu kami habiskan masa kat Dataran Lang, dan singgah ke Kuah untuk beli Ceklat (macam biasa).

lepak malam di pantai chenang

Habis shopping ceklat semua, malam tu kitorang melepak di pantai Chenang sampai mata mengantuk sambil menikmati burger. Macam-macam juga di borakkan ketika ni. Funny thing is, walaupun kitorang selalu jumpa, tak pernah kering dari idea untuk bersembang. Macam-macam di sembangkan dari kerjaya sehingga ke apa nak makan esok hari. Thats why we become buddies for more than 10 years.

pintu masuk 3d art museum langkawi

Keesokkan paginya, tanpa membuang masa, pagi-pagi lagi kami terus gerak ke Panorama Langkawi untuk naik Jambatan Gantung yang di katakan jambatan gantung tertinggi di dunia. Kami tiba seawal 9 pagi untuk naik. Malangnya, ramai yang lagi awal dari kami.

Sampai je dah beratur panjang bermeter-meter yang kami nampak mengambil masa sejam untuk beli tiket. Untuk tak membuang masa beratur, kitorang ke 3D Art Museum Langkawi terlebih dahulu untuk buying time sebelum kembali beratur untuk naik jambatan gantung.

3d interactive art museum langkawi

Untuk pengetahuan, 3D Art Museum ni baru je di buka awal tahun ni. Dilancarkan oleh PM kita yang ke 4. Ternyata sangat mengujakan sepanjang bergambar di dalam 3D Art Museum ini. Kami habiskan masa hampir 2 jam di dalam museum ini. Kat sini, uncle banyak experiment menggunakan kamera baru uncle.

helang 3d museum langkawi

Setelah penat bergambar, kitorang terus keluar untuk membeli tiket untuk naik Jambatan Gantung (SkyBridge). Malang tak berbau busuk, baru kitorang sedar yang sepanjang kitorang dalam 3D Art Museum tu, kat luar hujan lebat. Dan di sebabkan hujan, Jambatan Gantung di tutup. Dan sekali lagi, uncle hampa sebab tak dapat naik Jambatan Gantung.

Ini kali ke 3 uncle ke Langkawi dan tak dapat merasa naik Jambatan Gantung. Sobss bila la lagi nak pi Langkawi ni 🙁

petronas quay langkawi

Disebabkan masa pun tak berapa mengizinkan dan kitorang pun plan nak checkout pukul 2 sebab nak ke Padang Besar shopping jersey bola, kitorang terus beransur dari kawasan Panorama Langkawi dan checkpoint terakhir sebelum checkout rumah penginapan adalah Petronas Quay atau dikenali juga sebagai Telaga Harbor Park. Kat sini uncle dapatkan 1001 inspirasi dan motivasi supaya suatu hari dapat membeli satu bot peribadi untuk persaraan (macam dah menarut je hahaha).

 

Bersambung sekali lagi hehehe 😀

nota kaki: rasa macam nak pi kelas WordPress anjuran Denaihati la..

677 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. miera
  2. Mek ila Jual Vitamin
  3. mrhanafi
  4. Noriza Rahman
  5. titan
  6. Blogger Babyface

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge