Catatan Ringkas Trip ke Langkawi Pada Peak Season – Bahagian 1

Salam 1 dunia blogger. Dekat seminggu uncle tak mengarang apa-apa, jadi harini uncle nak share trip uncle dan buddy uncle ke Langkawi pada 1 May yang lepas.

Pada yang kaki jalan, peak season adalah waktu yang tak ‘cun’ untuk jalan sebab ramai orang, jadi trip kita susah nak ikut plan yang kita kehendaki. Kebanyakkan yang kaki jalan akan pilih untuk jejalan pada waktu yang tak ramai akan bercuti atau off peak season.

Uncle dan buddy uncle sebaliknya plan untuk trip pada peak season untuk merasai kesusahan yang bakal di alami ketika bercuti. Di sini uncle akan kongsikan pengalaman uncle dalam catatan ringkasan trip ke Langkawi pada peak season.

*Entry ni penuh dengan gambar yang menggunakan kamera GoPro Hero Silver dan iPhone 6*
**Pada yang ada follow instagram uncle iaitu @saiazuan pasti ada perasan #RamBroTrip yang uncle guna sepanjang trip ini**

makan malam di burger king sungai besi

Sebelum memulakan perjalanan, kitorang makan dulu di restoran Burger King Sungai Buloh. Agak funny gak la pengalaman makan kat sini. Nanti klu jumpa uncle, uncle cerita lebih lanjut apa pengalaman funny yang uncle dan buddy uncle alami kat sini hehe 😀

jem di highway plus menghala ladang bikam

Kitorang mulakan perjalanan pada 1 May, pukul 11 Malam. Seperti yang di jangka, jem pada peak season kat highway. Masalah yang sampai sekarang tak dapat di atasi pihak PLUS. Uncle stuck dalam jem lebih kurang 4 jam selepas Slim River menuju ke Ladang Bikam. Dekat je kan sebenarnya? Dalam 20KM jaraknya, tapi sebab jam, boleh drag sampai 4 jam. Mental uncle dan buddy dah mula di uji waktu ni. Agak kelakar waktu ni bila uncle keluarkan GoPro uncle untuk ambil gambar keadaan jem, pemandu dan penumpang kereta di sebelah dok senyum tunjuk tunjuk peace hahaha, what a moment 😀

Selepas exit Ladang Bikam, Alhamdulillah trafik kembali lancar. Kami pun stop di RnR Sungai Perak. Rehat sebenar bersama KitKat sambil minum kopi dan solat Isyak sebelum meneruskan perjalanan ke RnR seterusnya iaitu di RnR Gurun untuk solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke Jeti Kuala Perlis.

selamat pagi

Dalam pukul 8 kami tiba di Perlis. Total perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. Kitorang merancang untuk naik feri ke Langkawi di Kuala Perlis kerana pada rancangan asal, kami akan ke Langkawi untuk satu malam dan selepas balik dari Langkawi, nak singgah Padang Besar untuk shopping jersey bola dan lain-lain lagi. Sampai je di jeti, tiket paling awal masih available adalah pukul 11 pagi. Jadi untuk buying time, kitorang sarap pagi dan kemudian tidur tempat menuggu di jeti sementara tunggu feri pukul 11 tiba.

motor sewa cj

Kami tiba di Langkawi dalam pukul 12 tengah hari. Hujan lebat ketika tu. Kereta sewa tak ada. Yang ada cuma teksi. Tempat penginapan kawasan kuah tak de yang kosong. Nasib baik hujan tak lama sangat. Dalam beberapa minit dah reda. Disebabkan tak jauh sangat nak ke pekan Rabu dari Jeti, kitorang plan nak berjalan ke kawasan pekan rabu bagi dapatkan motor sewa sebab ada terbaca blog mengatakan boleh dapat motor sewa kat situ. Kebetulan salah seorang buddy kitorang ada contact sorang bro CJ ni, dan dapat deal motor sewa untuk harga RM40 sehari. Nak contact CJ untuk sewa motor boleh contact nombor ni 0195434553.

Untuk peak season, harga macam tu kira ok la. Yang bagus bila naik motor ni, jimat minyak.

Dah dapat motor, terus kitorang hit restoran Marry Brown yang terletak di pekan Rabu untuk makan lagi dan mendapatkan maklumat tentang tempat penginapan yang kosong. Kalau tak dapat juga masing masing memang fikir nak tidur kat masjid je.

 

bersambung di bahagian ke 2

Nota kaki: Apa itu #RamBroTrip? Ia adalah gabungan 3 perkataan, Rambo + Brotherhood + Trip.

525 total views, 1 views today

Comments
  1. mrhanafi
  2. zara
  3. titan
  4. huda
  5. zik
  6. adarain
  7. fayreenmizan
  8. Syazana zainn
  9. Jia Rizaira
  10. Noriza Rahman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge