Carousell – Jual Beli Barang Pre-Loved Dengan Mudah

Uncle banyak barang nak jual terutamanya koleksi-koleksi mainan yang uncle dah tak lagi kumpul. Uncle selalu juga letak barang uncle nak jual dekat Facebook Marketplace dan Mudah. Tapi recently uncle suka letak dekat Carousell.

Pada yang tak tahu, Carousell ni platform untuk pasarkan barang terpakai korang. Korang boleh jual kamera, baju, barangan elektronik, perabut, mainan dan banyak lagi. Janji barang tu masih lagi dalam keadaan baik, korang boleh jual

Kenapa uncle suka pakai Carousell?

Mudah Nak Letak Barang Kita Nak Jual

Siapa tak nak kerja senang kan? Snap gambar, isi maklumat mengenai barang kita nak jual, dan post barang tersebut. Dah post tunggu la orang yang berminat nak beli barang dari kita tu make offer dekat kita.

Boleh Tinggal Review

Uncle suka bila ada sistem jual beli yang boleh kita tinggalkan review. Dengan review korang boleh gunakan review tersebut sebagai rujukkan sama ada si penjual atau pembeli adalah mereka yang boleh dipercayai.

Percuma

Siapa tak suka benda free kan? Yes! Carousell ini free je. Tak kena bayar. Tapi kalau korang nak barang korang tu senang nak dijual, korang boleh juga gunakan coin yang mana dengan coin tersebut korang boleh bumps barang yang korang nak jual.

Uncle punya account Carousell, Hey Korang Store. Jemput datang usya-usya barang uncle jual

Okay la, ni sahaja perkongsian uncle mengenai platform Carousell yang uncle suka guna untuk jual beli barang terutamanya Funko Pop! Kalau korang ada apa-apa perkongsian tambahan korang nak tambah, boleh tinggalkan di ruangan komen.

77 total views, 5 views today

Comments
  1. Olaoli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge