Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
Yes! I survived #caracamp!
12 & 13 November yang lepas, uncle telah telibat dalam program Caravan & Camping in the City of Kuala Lumpur.
Program ini telah berlangsung di Lanai, Malaysia Tourism Centre (MaTiC) bermula dari seawal 8 pagi pada 12 November hingga keesokkan harinya iaitu 13 November, hari Ahad.
Sampai Pada Malam Hari
Memandangkan uncle tak datang dari awal pagi program ini berlangsung, banyak aktiviti yang telah berlangsung pada siang hari tu uncle terlepas. Kalau ikut pada aturcara majlis, uncle terlepas sesi demonstrasi daripada persatuan Malaysia Caravan, C.A.M dan Luxury Coach.
Selain itu, terlepas juga majlis pelancaran, dan aktiviti lain seperti zumba, poco poco, sukan rakyat, dan tidak lupa aktiviti selfie di camping dan caravan yang ada.
Memang tak dapat nak buat apa, siang hari tu uncle kena hadiri beberapa program penting. Jadi terpaksa la skip aktiviti siang hari di tapak berlangsungnya event caravan dan camping ini.
Uncle sampai je, tengah berlangsung persembahan dari artis tempatan.
Macam disambut pulak ketibaan tu hehe
Pengunjung yang hadir tak lepaskan peluang untuk interview individu yang terlibat dengan Malaysia Caravan
Dah penat pusing pusing tapak berlangsungnya event ini, perut pun lapar. Makan time. Terima kasih kepada ‘Slumber Yee Mee’ untuk makan malam yang sedap ni. Kenyang okay.
Tak sah kalau hadiri suatu event tanpa meluaskan jaringan network. Ramai juga kenalan baru terutamanya dari niche Travel Blogger yang uncle sempat berkenalan pada malam itu
Tenang je malam tu bertemankan bulan, bintang dan dua menara teringgi di Malaysia iaitu KL Tower dan KLCC
Malam tu lewat juga uncle tidur. Walaupun penat siang tu tak habis, seronok dapat jumpa traveler, dan travel blogger. Seronok mendengar kisah kisah travel mereka, buat uncle lupa akan penat itu.
Pagi tu sebelum beransur pulang ke Seremban, uncle pekena dulu Nasi Lemak kat Pelita yang terletak bersebelahan dengan tapak event.
Camping & Caravan Di Kota Raya KL
Overall, memang happening event caravan & camping kat kota raya KL ni. Pertama kali uncle join event macam ni. Rasa rugi pulak tak join dari awal pagi. Harap ada lagi la event macam ni di masa akan datang.
Dan harap ada juga buat kat Seremban. Uncle tengok Seremban kurang meriah dengan aktiviti.
Tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan event yang menarik ini. Dan terima kasih juga kerana sudi menerima kunjungan uncle pada malam hari hehe.
11,009 total views, 3 views today
macam baguih jer tak lama lagi jadi macam new zealand, orang sewa caravan tak duk hotel lagi jimat dah.
jangan lupa bagi-bagi ya bang infonya, aku sangat tertarik dan pengen ikut even2 kyk gitu. trims.
ya akan sentiasa bagi info yang baik untuk dikongsikan kepada pembaca blog uncle zuan 😉
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat Dengan TouristGuide.com.my
wah syoknyaa
hehe sangat syok, rugi tak join Camping
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat Dengan TouristGuide.com.my
zuan, cam je plak k lily tengok gambo ko ni ek.
haha rugi akak tak join camping
Uncle Zuan recently posted…Travel Lebih Jimat Dengan TouristGuide.com.my
Wahhh… Tidur dalam khemah ditengah-tengah kota. Menarik sangat. Nasi lemak tu nampak sedap lah ☺☺
Fiza Rahman recently posted…Hilang Dalam Rumah???
hehe nasi lemak dan sarapan pagi sukar dipisahkan
Uncle Zuan recently posted…SpongeBob’s Christmas Lagoon – Istimewa Sunway Lagoon
nasi lemak tuh yang AAA ..
zik recently posted…Jadual penuh perlawanan piala aff suzuki 2016.
hehe kan, nasi lemak tu harus ambil waktu sarapan pagi
Uncle Zuan recently posted…Fiesta Magica Carnival Di IJM Land Yang Mempesonakan
Best kan uncle tinggal dalam khemah je.
best. pengalaman yang unik
Wahhh.. bukan senang nak tidur dalam khemah kat tengah2 kl nie.. mesti syok kan
Amin Hakim recently posted…Sinopsis Hanyut 2016
tu la, rezeki betul dapat join sekali bercamping di tengah tengah kota raya ni
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
Bestnya dapat tidur dalam khemah…
Dah lama betul tak pergi berkhemah… Kali terakhir pergi berkhemah semasa bawa student kelab kayak pada tahun 2008…. Lepas tu dah tak ada dah….
Anuar recently posted…Cara Daftar Jadi Pemandu UBER
lama sangat tu tak camping.
tu la, rasa beruntung dapat join aktiviti ni tempoh hari
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
dari kecik sampai besar teringin nak camp tp tk kesampaian. hahahahaha… nampak best kan
lisa recently posted…Lazada Online Revolution Diskaun Gila Gila !
laaa yeke? awat tak cakap awal-awal, kalau tau boleh ajak camping sekali
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
banyak pilihan..kontena pun ada..caravan tu yg best..
yup, macam macam ada. sayangnya tak dapat peluang tidur dalam caravan malam tu
Uncle Zuan recently posted…5 YouTube Travel Vlogger Yang Best
Bestnya..I should have participated as well but was so busy that weekend. 🙁
oh i see, no wonder you were not there. Hope nextime they held this camping event, you can participate 😉
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
memang betul ada caravan ke? sorry tak nampak which one dlm gambar
raihanah recently posted…30 Tahun Diabetes Akhirnya Ibu Kembali Sihat
memang ada caravan kak, tapi saya tak upload gambar caravan, sebab blur sangat. tak boleh nak edit dah 🙁
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya
bestnye tido dalam khemah.. lame x buat tido cmtu..
jom nanti camping kat tepi pantai pulak 😀
Uncle Zuan recently posted…Caravan & Camping Di Tengah Kota Raya