Cara Beli Tiket Wayang Menggunakan Apps Di Telefon Pintar

Share

Agak terkejut uncle bila tau yang ramai kawan uncle tak reti atau tak pernah beli tiket wayang secara online apatah lagi dengan menggunakan apps. Untuk entri kali ni, uncle nak share sikit cara nak beli tike secara online dengan menggunakan GSC Apps. Cara ini adalah lebih kurang sahaja kalau beli tiket menggunakan apps untuk cinema-cinema lain.

Untuk pengetahuan, uncle lebih gemar beli tiket secara online atau dengan menggunakan apps sebab menjimatkan masa kerana tak perlu beratur untuk beli tiket. Selain dari tu, biasanya kalau beli tiket secara online, harga tiket wayang adalah lebih murah.

Panduan membeli tiket wayang menggunakan GSC Apps:

cara beli tiket wayang gsc gunakan apps

Ok mula sekali kena install dulu apps di dalam smartphone korang. Dalam gambar pertama (kiri), ini adalah main menu untuk applikasi GSC. Tekan button movies dan korang akan ke gambar kedua (tengah). Pilih movie yang korang nak tengok, kemudian tekan ‘BUY’ untuk proceed ke tempahan tiket. Di gambar ketiga (kanan), korang boleh pilih hari tayangan, lokasi tayangan, waktu tayangan dan kaedah pembayaran tiket.

cara bayar tiket wayang secara online gunakan apps

Untuk kaedah pembayaran tiket (rujuk gambar ke 4 (kiri)) ada 5 kaedah pembayaran tiket wayang. Korang boleh pilih samaada melalui m2u mobile, PayPal, RHBNow, E-Voucher dan Credit Card. Kemudian dan pilih kaedah pembayaran, tekan ‘NEXT’ dan korang kena isi maklumat peribadi korang seperti di gambar kelima (tengah). Isi semua dengan tepat, E-Mail amat penting sebab QR Code juga akan di send di email korang. Dah isi semua maklumat peribadi, tekan ‘NEXT’. Kemudian di gambar keenam (kanan) korang boleh pilih bilangan seat yang korang nak beli, dan pilih set kombo yang korang boleh redeem di special counter nanti.

gsc apps ticket buying guide

Dah siap semua, tiba masa untuk pilih seat. Seperti di gambar ketujuh (kiri) yang warna biru dan ada nombor seat tu menandakan seat masih kosong, yang ada icon orang tu dah di beli, dan yang warna hijau logo star tu adalah seat pilihan uncle. Korang boleh pilih seat ikut seat yang available pada waktu tu. Uncle rekomen korang beli tiket wayang sekurang kurangnya sehari awal supaya boleh pilih seat seat yang best! Langkah seterusnya adalah langkah yang penting sekali, korang rujuk gambar kelapan (tengah).

Ketahui rahsia bersedekah

Sebelum buat pembayaran, harus periksa semula semua maklumat. Periksa dengan teliti lokasi tayangan yang dipilih, tajuk movie yang di pilih, hari dan waktu tayangan, dan bilangan seat serta kombo kalau ada. Kemudian dah puas hati dengan pilihan, boleh proceed dengan pembayaran. Selepas selesai pembayaran korang akan dapat QR Code macam yang tertera di gambar ke sembilan (kanan). QR code ini adalah tiket korang. Tak perlu print pun QR ni sebab korang akan dapat access semula QR ni di main menu apps, di bahagian History.

 

Mudahkan? Tak payah buang masa dengan beratur lagi. Seat pun dah confirm confirm dapat pilih yang terbaik kalau beli tiket awal 😀

Jadi sapa nak belanja uncle tengok movie Terminator Genisys?

Share
Comments
  1. farah
  2. Isyaa
  3. Ain
  4. Liena
  5. Zack
    • Uncle Zuan
      • Cristina
  6. Falah nasyihin
  7. diyana
    • Uncle Zuan
      • Sahirasulwana
        • Uncle Zuan
          • Ceo
  8. ihsan
  9. fyna
  10. sabree hussin
  11. nikkhazami
  12. Mama Nadia
    • Uncle Zuan
    • Sahirasulwana
  13. musadun
    • Uncle Zuan
      • Eyra
  14. anies
  15. titan
  16. adarain
  17. Anuar
  18. Hafiz Rahim
  19. Noriza Rahman
  20. reezluv
  21. Khir Khalid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge