google.com, pub-3114534806874060, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Cabaran Raja Tarik F&N 2015 - Uncle Zuan

Cabaran Raja Tarik F&N 2015

Share

Cuti, cuti, cuti. Bila uncle ambil cuti je, uncle tak tau nak buat apa. Nasib la waktu uncle ambil cuti pada 5 Ogos 2015 yang lepas, Bro Framestone ajak uncle untuk hadiri pertandingan unik yang telah di adakan selama lebih 1 dekat iaitu pertandingan Cabaran Raja Tarik F&N 2015. Pertandingan ni telah berlangsung di ruang legar Quill City Mall. Pertandingan ini anjurkan oleh F&N Dairies Malaysia dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 42,000 untuk kategori A (Pengusaha F&B) dan kategori B (Orang Ramai).

Suasana di sekitar Cabaran Raja Tarik F&N 2015 di Quill City Mall

Suasana di sekitar Cabaran Raja Tarik F&N 2015 di Quill City Mall. Pengacara pada petang itu adalah Fizo Omar. Sila abaikan jejaka macho yang memandang kamera tu.

“F&N teruja kerana dapat menyediakan satu platform untuk rakyat Malaysia mencapai satu kejayaan baru menerusi seni teh tarik. Latihan, kemahiran dan pengalaman selama bertahun-tahun diperluka untuk membuat Teh Tarik atau Teh Tarik Kawin berbuih yang sempurna dan berperisa dengan tambahan Susu Pekat Manis da Susu Sejat F&N untuk mencapai tahap keenakan lemak berkrim dan kemanisan yang cukup rasa.
Justeru, pertandingan ini juga merupakan cara kami mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka yang telah menghidupkan budaya teh tarik kita yang benar-benar boleh dianggap sebagai budaya Malaysia”
Ulas Ketua Kategori Susu Pekat, F&N Dairies Malaysia, Cik Eileen Chan.

Raja Tarik F&N, Norazlin Bin Mat Junus bersama Kiddo Crew menjamu penonton dengan pesembahan mereka

Raja Tarik F&N, Norazlin Bin Mat Junus bersama Kiddo Crew membuka tirai pada petang itu dengan menjamu penonton dengan pesembahan unik dari mereka sambil di iringi musik rancak. Sungguh selamba dan bertenaga persembahan mereka.

Pelbagai jenis koreografi pamerkan peserta untuk memikat juri.

Pelbagai jenis koreografi yang di pamerkan peserta untuk memikat hati juri.

Rangkaian Susu Pekat Manis F&N diperkaya dengan khasiat kebaikkan yang lemak berkrim. Manakala rangkaian Susu Sejat F&N diperkaya menawarkan pilihan yang lebih sihat dan lebih lazad. Kedua-duanya adalah bahan yang sesuai untuk masakan berperisa dan berempah, manisan atau minuman.

Sementara menunggu pemenang di umumkan, penonton di saji dengan persembahan lawak jenaka oleh Maharaja Lawak Nabil dan Angah.

Sementara menunggu pemenang di umumkan, penonton di saji dengan persembahan lawak jenaka oleh Maharaja Lawak Nabil dan Angah. Memang terbahak layan gelagat diorang ni secara live.
Kredit gambar Mr Jocko

Pemenang Cabaran Raja Tarik F&N 2015 ni di pilih berdasarkan prestasi dan penyediaan Teh Tarik Kawin, koreografi yang di persembahkan, kemahiran dan kreativiti. Cabaran telah di hakimi panel hakim jemputan yang terdiri daripada MasterChef Selebriti Malasyia Musim 1 Dato’ Fazley Yaakob, Mr. Andy Miller, Kedua Pegawai Ekskutif, Vizeum Media Services Malaysia dan En. Jauhar Munir , Pengurus Besar Pemasaran, F&N Dairies Malaysia.

Juara Cabaran Raja Tarik 2015, duo JB Selamba membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000

Juara Cabaran Raja Tarik 2015, duo JB Selamba membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000

Adakah uncle dan Bro Framestone akan bergandingan di pusingan akhir Raja Tarik F&N 2016 nanti?

Adakah uncle dan Bro Framestone akan bergandingan di pusingan akhir Raja Tarik F&N 2016 nanti?

Sebagai pembuka tirai kepada acara kemuncak Cabaran Raja Tarik F&N 2015, Fizo Omar telah bekerjasama dengan F&N Dairies untuk menerbitkan siri bertema Cita Rasa Teristimewa Thailand Bersama F&N yang ke udara setiap Isnin dan Rabu jam 7:55 malam di TV3 dan setiap Rabu dan Jumaat jam 8:05 di TV9.

Set di reminder smartphone korang sebab pusingan Cabaran Raja Tarik F&N 2015 di jadualkan ke udara di TV3 pada Ahad ini, 16 Ogos 2015 pada pukul 6:30 petang, dan di TV9 pada 19 Ogos 2015 pada 10 malam. Mana tau masuk muka uncle di kaca TV korang hehehe. 😀

Share
Comments
  1. Miera Nadhirah
    • Uncle Zuan
  2. Noriza Rahman
  3. titan
  4. abg jay
  5. zool
  6. aRz MoHa
  7. adarain
  8. Belang Tarung
  9. Jie Susanos
  10. Bro Framestone
  11. Alin Marlini
  12. JMR
  13. reezluv
  14. Ina Ainaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge