Bus v Komuter: Seremban KL Seremban

Share

Tajuk dah aca-aca Batman v Superman pulak kan. Travel ke tempat kerja dari Seremban ke KL kadang kala menjadi rungutan, ini adalah kerna pelbagai pengalaman dapat dirasai dalam meniti usia ke ‘three series’ ini hehe.

Ramai yang biasanya kerja dan tinggal di KL akan persoalkan;

“Tak penat ke ulang alik Seremban KL?”

“Mesti takde life kan ulang alik ulang alik macam ni?”

“Tak nak sewa je kat KL ke?”

“Anak mak betul ko ni, hari-hari nak balik ke rumah”

Semua ni bukan masalah besar pada uncle. Malahan dah lebih 3 tahun sebenarnya ulang alik dari Seremban ke KL demi mencari seteguk air Starbucks.

Siapa yang pernah baca kisah “Kenapa Ulang Alik? Kenapa Tak Sewa Kat KL Je?” mesti dah tau yang uncle adalah traveler tegar yang bekerja di KL berulang dari Seremban setiap hari.

Sehingga harini uncle bukan bertepuk sebelah tangan. Ramai wei yang ulang alik ke tempat kerja dari Seremban, Senawang, Nilai, mahupun Port Dickson. Dan ramai juga yang PM uncle timing naik bus atau train, tambang dan sebagainya.

Pada uncle, travel Seremban KL bukanlah satu perkara yang sukar. Macam makan snack Lays sambil layan Game of Thrones je.

Baiklah, tujuan uncle tulis entri ni bukanlah nak meroyan cerita pasal travel Seremban KL. Sebenarnya nak kongsikan pengalaman baru travel ke KL menaiki Bus!




Yups, semua dah sedia maklum kan yang uncle sebelum ni travel naik Komuter? Dan rasanya ada juga yang dah sedia maklum yang sekarang ni uncle ‘merajuk’ dengan KTM Komuter dan sudah lebih 6 bulan sebenarnya tak menggunakan servis KTM Komuter secara tetap.

seremban kl komuter

Baiklah, uncle kongsikan sebab uncle ‘merajuk’ dan ‘tinggalkan’ KTM Komuter dan beralih kepada menaiki bus dari Seremban ke Terminal 1.

  1. Kenaikkan Harga Tambang – Pasti ramai yang alert, KTM Komuter telah naikkan harga tambang sejak 2 December yang lepas. Sebenarnya uncle dah lama rasakan yang Komuter akan naikkan tambang sebab dah berdekat rasanya tambang tak pernah naik. Sejak bulan October 2015 lagi uncle dah mula naik bus sebab nak elakkan dari ‘terkejut beruk’ dengan kenaikkan harga tambang yang sudah pasti melarikan bajet bulanan uncle ke tahap menyukarkan uncle untuk travel.
  2. Jarang tepati jadual perjalanan dan kerap kali tukar jadual perjalanan juga antara faktor utama uncle tak gunakan lagi Komuter. Faktor yang penting dalam travel ke tempat kerja dari rumah adalah MASA. Kalau timing yang kita set lari di sebabkan public transport, memang tak boleh nak salahkan siapa siapa. Uncle selalu gunakan ‘rules 30 minit early’ untuk elakkan lewat sampai ke tempat kerja atau apa-apa event yang memerlukan uncle sampai awal. Makna kata, kalau masuk kerja pukul 9.30, uncle akan naik yang jadualnya sampai pada pukul 9 atau lebih awal dari itu. Sebab apa? Expect the unexpected seperti jem, kerosakkan, kelewatan dan sebagainya.
  3. Komuter tidak lagi direct dari Senawang ke KL Sentral. Perkara ni membuatkan uncle sangat baran dengan KTM Komuter. Mana taknya, penukaran jadual tak dimaklumkan awal, dan pernah menyebabkan uncle lewat ke tempat kerja sehingga hampir satu jam. Agak menyukarkan mereka yang dari Senawang hendak ke KL sebab perlu tukar train di stesen Seremban (yang biasanya memakan masa menunggu 10-15 minit). Kalau anda pernah naik komuter dari stesen Senawang, anda akan tau yang ramainya orang menaiki komuter dari Senawang daripada Seremban.

3 (tiga) point di atas adalah point paling solid kenapa uncle beralih kepada menaiki bus ke tempat kerja. Banyak lagi point point kecil yang boleh dihuraikan, tapi cukup la sekadar 3 point ni ek. Nanti banyak sangat point, tak pasal-pasal jadi viral plak kesah uncle dengan KTM Komuter.

bus seremban kl (3)

3 syarikat bus yang menyediakan perkhidmatan dari Terminal 1 Seremban ke Pasar seni adalah Suasana Edaran, A-Class dan SKS.

Baiklah, uncle huraikan pula sebab uncle beralih ke Bus yang mana uncle telah gunakan lebih kurang 6 bulan.

  1. Harga yang jauh lebih murah dari naik KTM Komuter. Tambang perjalanan sehala bus dari Seremban ke KL cumalah RM6. Dan ada pass bulanan yang disediakan syarikat bus yang menawarkan penjimatan yang hebat.
  2. Tempat duduk lebih selesa dan sure dapat duduk punya. Berbanding Menaiki komuter, kalau ada rezeki dapat la duduk, kalau tak berdiri la sampai cram.
  3. Perkhidmatan bus yang setiasa ada. Bus ni kelebihannya, kalau jalan tak jem, setiasa ada menuggu penumpang naik dan jalan. Untuk pengetahuan, ada 3 syarikat bus yang menyediakan perkhidmatan dari Seremban ke KL, dan KL ke Seremban, iaitu Suasana Edaran, SKS, dan A-Class. Kalau dari Seremban, boleh naik di Terminal 1, dan kalau dari KL boleh naik dari Pasar Seni.
  4. Travel time yang boleh jadi lebih singkat dan lebih lama. Ada pros dan cons dari point ini. Perjalanan jadi singkat sebab jalan clear dan tak jem. Pernah terjadi kan, uncle sampai KL tak sampai sejam. Memang awal sangat la uncle masuk kerja hari tu. Siap boleh sambung tidur dalam office lagi hehe. TAPI perjalanan boleh jadi lebih lama kalau jalan jem. Macam-mana pun, kalau anda apply ‘rules 30 minit early’ yang uncle apply, jem tu bukan satu masaalah.. 😉
bus seremban kl (1)

Perkhidmatan Bus di sediakan dari KL Seremban di Pasar Seni. Berdekatan dengan LRT Pasar Seni

Uncle kongsi semua ni bukan untuk suruh anda boikot KTM Komuter atau untuk mengaibkan pihak tertentu, tapi untuk bagitau yang banyak sebenarnya option diluar sana yang kita perlu tahu dan terokai.

Kalau plan A gagal di laksanakan, masih ada plan B hingga Z yang menanti kita. Jadi mengapa stick to plan A yang belum pasti menjanjikan kejayaan dan kepuasan kepada kita? Sudah-sudah la merungut dengan keadaan ekonomi yang tak stabil ni.

Lupakan gaya hidup yang sukar untuk di capai sebaliknya cipta satu gaya hidup baru yang mungkin akan jadi inspirasi orang lain untuk ikut kita.

3,894 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. izz
  2. Mohd
  3. Shafiq
  4. Muhammad Syazwan
  5. Azitah
    • Uncle Zuan
      • MakcikBaruBelajar
  6. Zol
    • Uncle Zuan
  7. Muni
    • Uncle Zuan
      • Farah_Liyana
        • Uncle Zuan
        • Azwan Muhamad
      • Azwan Muhamad
        • Shafiq
  8. Diyana Al Bakri
    • Uncle Zuan
  9. Nura
    • Uncle Zuan
  10. Wen
    • Uncle Zuan
      • Wen
      • ana
        • Uncle Zuan
          • mira
  11. Syuhadah
    • Uncle Zuan
  12. Illa
  13. Macik hitam
  14. surya
  15. Anna
  16. Amirul
    • Uncle Zuan
  17. Tizsya
  18. Khairina
    • Uncle Zuan
  19. Hafizan
  20. siti hazreen
  21. Shiqin Sunshine
  22. titan
  23. oh pt3
  24. Noriza Rahman
  25. Ezad Skytech
    • Uncle Zuan
  26. Dzu Amri
  27. mawardiyunus
  28. Ibrahim SQ Ali
  29. Azhan
  30. JMR
  31. Raihanah Ahmad
    • Uncle Zuan
  32. ruggedmom
  33. Hanafi
  34. Nurul Shahira
    • Uncle Zuan
  35. bukharimalek
  36. Ros
  37. Asukavi Travel
  38. zool
  39. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge