Buku Yang Uncle Baca Recently

Share

Salam sejahtera semua.

Seperti yang semua sedia maklum, membaca jambatan ilmu. Tapi dengan zaman serba moden ni, kalau korang nak tukar jambatan tu ke highway, eskelator, elevator ke, terpulang pada korang, janji paham.

Uncle ni suka baca buku punya orang, uncle baca buku dalam komuter dalam perjalanan ke tempat kerja di kotaraya. Uncle ada impian satu hari nanti, bila ada rumah sendiri, nak ada satu bilik membaca yang penuh dengan pelbagai genre buku. 😀

Buku jenis apa uncle suka baca? Mostly jenis non-fiksyen, sebab uncle tak pandai layan emosi bila baca buku jenis fiksyen ni. Pernah try la buku genre fiksyen ni, tapi gagal di muka surat pertama.

lonely planet vietnam

Sekarang ni uncle layan buku Vietnam terbitan Lonely Planet. Buku ni genre dia macam yang korang dah bleh agak, travel.

Menarik content dia; ada guide mana tempat best nak jalan kat Vietnam, ada sejarah pasal negara Vietnam, makanan yang sedap boleh try kat Vietnam, macam mana nak survive kat Vietnam dan banyak lagi isi yang berguna tuk mereka yang nak travel kat Vietnam atau mengenali Vietnam yang tak jauh mana tu dengan lebih dekat.

 

Kenapa tetiba uncle baca buku pasal Vietnam? Heee sebab uncle merancang nak buat bro-trip dengan kawan uncle ke sana sementara masih bujang ni. Mungkin ke Ho Chi Minh (Saigon) atau mungkin juga ke Hanoi. Ada cadangan tak mana satu yang best? Ada nampak blogger Akma Omar pi Saigon baru baru ni  😀

 

nota kaki: Harga buku ni agak berbaloi dengan ketebalannya.
nota kaki-kaki: Klu korang rajin, bleh search kat blog Deq Noor pasal trip DN kat Vietnam sebab dia pun dah ke sana. 

Share
Comments
  1. Hafis
  2. titan
  3. Raihanah Ahmad
  4. Anuar
  5. zik
  6. Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge