Buka Restaurant Dalam 8 Minggu

Share

Sementara masih dalam mengejar impian besar dan menjauhi impian kondom, den dalam perancangan juga untuk keluarga den. Den tahu abah den akan bersara nanti. Dia pun dah kobar yang dia tak kerja sampai umo 60. Walaupun banyak tahun lagi (dan mungkin abah den dah bergelar atuk nanti bila dia dah bersara) den sudah ada sesuatu den nak buek tuk abah den.

Abah den ni jenis tak suka dok diam. Ado je benda dia nak buat. Kejap bertukang. Kejap mengemas rumah. Kejap bela burung. Kejap buat dekorasi kat laman depan. Kejap buat air terjun kat depan rumah. Macam macam la.

Tapi satu benda den tau hebat bab abah den ni, dia ni pandai memasak. Dan den tau nak bagi apa bila abah den dah bersara nanti – Sebuah RESTORAN.

Den tau, perniagaan restoran atau makanan harini agak slow walaupun margin keuntungan agak bagus, tapi ikut skill abah den, den rasa tu yang molek tuk dia.

Den rancang nak beli sebuah kodai, buat restoran atau cafe tuk abah den. Mungkin bukak restoran masakan thai atau jawa, atau mungkin cafe konsep kedai kopi free wifi untuk lepak lepak sembang teh tarik.

How to Open Your Restaurant in 8 Weeks

Tapi nak bukak restoran bukan perkara mudah. Walaupun ada modal dan idea, mana boleh main gedah je. Kena ada teknik, skill manage, pengetahuan dan tak lupa pengalaman. Financial plan pun kena betul. Kalau semua ni tak ada. Sia-sia den beli restoran bagi abah den.

Bab management, den pun tak fikir lagi nak bagi 100% control kek abah den, ataupun den manage dan just suruh abah den dok masak kat belakang je hehe..

Den godek godek dan jumpa ebook macam mana nak bukak restoran. Tengok TOC dia, nampak berbaloi untuk di miliki dan sure ilmu yang di kongsi di dalamnya berketepatan dengan harga yang dikenakan. Moga-moga hasrat den tercapai dengan persiapan awal ni.

Zuan

Comments
  1. wan
  2. Index Apk
  3. Anak Askar Pencen
  4. Klinik Cinta
  5. Irwan Alessa
  6. titan
  7. JMR
  8. Mak Lagenda
  9. Hafizul
  10. encikarman
  11. Khairul Zamri
  12. TehR
  13. the malay male
  14. Eridy
  15. suri
  16. Ainaa Roseberry
  17. Scha Nazri
  18. Aku PEnghibur
  19. hafizmd
    • Zuan
  20. papa mifz
  21. Denaihati
  22. blogger lelaki
    • Zuan
  23. Akuro San

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Masih dalam mood Maal Hijrah. :D Tahun lepas, perubahan apa...