Buffet Ramadhan di Kelantan Delights Citta Mall
Bila masuk je bulan Ramadhan, ramai menari cari tempat mana yang menarik untuk berbuka. Ada yang mencari buffet, ada yang menari nasi arab, ada yang mencari western, ada yang mencari steamboat, ada yang mencari street foot, dan macam macam lagi la yang diorang cari. Waktu ni la macam-macam juadah baru juga di perkenalkan para usahawan makanan tempatan. Uncle suka waktu berbuka di bulan ramadhan sebab waktu waktu macam ni la boleh makan bersama sama dengan keluarga, saudara mara dan para sahabat handai.
Alhamdulillah, uncle di beri kesempatan untuk berbuka di Kelantan Delights (KD) yang terletak di Citta Mall, Ara Damansara. Sudah hampir setahun cawangan Kelantan Delights di Citta Mall beroperasi. Ada lebih 80 juadah makanan yang di sediakan kepada pengujung untuk set Buffet Ramadhan. Uncle sampai tak tau nak mula dengan mana satu, last-last uncle decide untuk mulakan berbuka puasa mengikut sunnah iaitu berbuka dengan sebiji kurma. 😀
Sambal Sotong, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam dan Sayur Campur antara juadah yang menarik perhatian uncle
Antara kuih muih yang di hidangkan yang sempat uncle rasa adalah kuih Akok, Jala Mas dan Pulut Manga. Ini kali pertama uncle mencuba Jala Mas, memang unik dan sedap rasa kuih ni. Semua kuih muih dalam portion yang kecil, jadi boleh layan semua kuih muih yang ada.
Ini la hasilnya bila orang yang makanan rujinya adalah burger cuba untuk makan nasi Briyani. Okay lepasni uncle kena banyak makan local food sebab memang sedap nasi briyani ni okay. Ditambah dengan ayam masak merah, sayuran, lemak labu pucuk manis dan daging masak hitam, memang orang kata nak lagi la.
Nasi Dagang dan Nasi Kerabu dalam satu pinggan! Memang tak cukup makan banyak ni. Ni dah round ke 2 uncle makan sebenarnya hehe
Pilih je air apa korang nak minum. Ada air tebu, soya cincau, longan, jus limau, sirap bandung, dan ice lemon tea. Uncle suka bila air di hidangkan macam ni sebab boleh ambil je ikut suka hati. Tapi jangan minum air banyak sangat kalau korang makan buffet sebab takut nanti korang lagi banyak minum air dari makan juadah yang di sediakan.
Apa yang sangat menarik dengan buffet ramadhan Kelantan Delights adalah 3 set berbeza yang di hidangkan pada hari-hari berlainan. Waktu uncle ke sana, uncle di hidangkan dengan menu set M2. Setiap set menu di bezakan dengan Hot Mains. Kalau di ikutkan uncle, tiga-tiga set uncle nak cuba sebab set M2 yang di hidangkan, memang layannn~ 😀
Amacam? Terangkat kan dengan senarai menu yang ada? Banyak sangat sampai uncle rasa uncle nak kena datang lagi 2 kali untuk rasa semua menu yang di hidangkan hehe 😀
Terima kasih kepada Kelantan Delights dan kepada rakan blogger Miera Nadhirah dan Nicole atas jemputan untuk mencuba menu istimewa buffet ramadhan yang di sediakan. Bagi yang teringin nak mencuba berbuka di Kelantan Delights boleh rujuk alamat dan contact number yang di sediakan di bawah. Adalah amat di galakkan untuk korang buat tempahan terlebih dahulu sebelum datang berbuka di Kelantan Delights kerana tempat adalah terhad.
Kelantan Delights Citta Mall
Harga Buffet Ramadhan:
Dewasa: RM77
Kanak-kanak: RM38
Alamat:
G 27, Ground Floor ,Citta Mall ,PJU 1A ,Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia
Jom like FB page Kelantan Delights Citta Mall untuk promosi terkini.
Nota kaki: Tak ada sesiapa nak iftar sesama dengan uncle ke? Hehe belanja la sekali 😀
Fuhhh.. terliurrrrr
Yeen recently posted…Tips berjaga malam mengejar Lailatul Qadar di 10 hari terakhir Ramadan
Bagi penggemar masakan pantai timur dan kelantan sememangnya inilah buffet ramadhan yang dicari-cari…. betul tak ?
Hazman Fadzil recently posted…Anda dapat minum FREE FLOW apabila makan di Restoran Me’nate Steak Hub Starparc Point
ya betul. dengan set menu yang memang menggoda memang berbaloi di cuba
Uncle Zuan recently posted…Restoran Nasi Arab Al-Ulfah Senawang
ehhh… nampak nama kita… hehehe…. but thanks for joining that event… hopefully lain kali kita di event sama k…..
Miera Nadhirah recently posted…My amazing hair makeover with Andy Ho
yeah, hope one day we will meet up dalam same event 😀
Uncle Zuan recently posted…Restoran Nasi Arab Al-Ulfah Senawang
sedapnya tengok nasi kerabu. baru makan semalam. Nasi beriani pun sedap. Untunglah dpt jemputan berbuka. semoga murah rezeki selalu.
Ros recently posted…Resepi Nasi Beriani Untuk Keluarga Kecil- Cepat Dan Senang
alhamdulillah, rezeki dapat jemputan berbuka. moga anda juga dapat suatu hari nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Awal-awal Ramadhan hari tu saya ada cari jugak tempat-tempat yang sediakan pakej Buffet macam ni.
Sekarang ni terpaksa fikir balik… bila dah beberapa hari puasa ni, automatik makan pun dah tak banyak sangat dah. Makan nasi sepinggan dah kenyang
sabree hussin recently posted…Bagaimana Youtube boleh bantu mengembangkan perniagaan anda?
saya makan je bro mana mana, janji dapat isi perut yang lapar 😀
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
aduhhh.. jala mas dgn pulut mangga memang favorite tu… 🙂
DRAMATIC UNIQ recently posted…JERAWAT….!! Tolong Bantu Saya Mengatasinya
pas kena pulut manga terus jadi fav uncle juga hehe
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
wowow.. nampak menarik tu
boni kacak recently posted…FESYEN-FESYEN BAJU RAYA MODEN 2015
try sekali bro, mana tau lagi menarik hehe
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Nasi kerabu idaman kalbu..nasi dagang pemikat selera..semuanya nampak sedap belaka…hihi..pantun sekerat yang tak jadi…
Noriza Rahman recently posted…Kekal Cergas Bertenaga Walaupun Berpuasa
jauh lari tu. tapi akak nye pasal, saya bagi 4 bintang hehe
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Nasib bek baca dah lopeh berbuka. Kalau tgk petang td mmg meleleh air liur….
Jia Rizaira recently posted…Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
haha nasib. kalau tak tak tau la kan 😀
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Fuhh sedap2 tengok hidangan2 tu.. memang berbaloi nampaknya berbuka kat Kelantan Delights ni. Mmg kena singgah juga ke sana nanti ni. Thanks sharing bro.. eh.. Thanks sharing Uncle Zuan.. 🙂 🙂
Khir Khalid recently posted…Motivasi Keusahawanan Sebagai Iktibar Semangat
hehe sesama bro. nanti dah pi, bleh share kat insta 😀
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
lama jugak aku tak makan nasi kerabu rasanya nih..
titan recently posted…Dulu Akaun Bank Hanya 2 Angka, SEKARANG 6 Angka!
aku pun dah lama tak makan sebenarnya.
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas
Perggghhh! Tempting! Belanja ena pliss. Hahahaha
Ina Ainaa recently posted…SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015
hehe boleh, nanti belanja uncle makan burger 😀
Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli Emas