Are You Sure Budi Bahasa Budaya Kita?

Share

Budi Bahasa. Sejak bekerja di dalam bidang yang lari dari bidang sebenar den iaitu IT, den telah jumpa macam-macam ragam manusia di dalam Malaysia ini.

Ada manusia yang ramah mengalahkan Mak Jemah. Ada yang sombong tak kena tempat. Tak kurang juga, ada yang kerja nak marah marah tak tentu pasal. Yang tak reti minta maaf bila buat silap pun ada juga. Yang tak tepati janji dan masa juga tak kurang hebatnya bilangan mereka.

Telah di ingatkan kepada den pada sebelum menerima tawaran yang diberikan, yang kerja yang bakal den ambil bakal memberikan tekanan yang tinggi. Tapi den tidak endahkan peringatan tersebut kerana den bukan nak kerja. Den nak pengalaman dan, den nak kemahiran (selain dari gaji yang lumayan hehe).

Apabila berdepan dengan pelanggan yang banyak kerenah dan terlalu ‘customer is always right’, banyak kali tertanya-tanya, sudah hampir pupus manusia bersikap ramah? Sudah hampir pupus kah manusia yang menepati janji? Sudah hampir pupus kah manusia yang bersikap sabar?

Bekerja di dalam bidang yang mencabar seperti ini, den belajar untuk bersabar melawan sikap amarah, belajar untuk mendisiplinkan diri di dalam pekerjaan, belajar beretika dengan orang walaupun orang itu bersikap biadap dengan kita dan paling penting belajar untuk memahami kehendak orang lain.

Walau bagaimanapun banyak kali hati rasa kecewa, rasa putus asa.

Tetapi bila sampai waktu beribadah kepada NYA, hati den rasa tenang. Rasa seperti hati den yang celaru tadi sudah di’reset’ olehNYA. Alhamdulillah, den ada tempat beradu. Alhamdulillah, DIA mendengar keluhanku. Alhamdulillah, DIA tenangkan hatiku. Alhamdulillah, DIA kuatkanku.

Zuan

Share
Comments
  1. atiqah wadiah
  2. Bobiestory
  3. Kamil Salleh
  4. hazman aka species1980
  5. Amran
  6. atuk
  7. kakiblog
  8. ema
  9. hafizmd
  10. Lyn™
  11. hafizin jamil
  12. Fadhil
  13. Bahrain
  14. Irwan Alessa
  15. Puan Bardboo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge