Buaya Otai Berusia Lebih 160 Tahun Menetap Di Taman Buaya Teluk Sengat

Datang tengok buaya tidur je la ni… ” Itu la yang ada dalam kepala uncle sebelum tiba di Teluk Sengat Crocodile Farm.

Sekali dah masuk, “omak ai!!! Sekali ngap je dia ayam tu!!!

Memang best melawat Crocodile Farm (Taman Buaya) yang terletak kat Teluk Sengat Johor ni.

Sejak dibuka pada tahun 1979, Teluk Sengat Crocodile Farm telah menjadi salah satu tarikkan pelancong dari dalam mahupun dari luar negara dan telah mendapat rating 4 bintang di TripAdvisor!

Di sini anda boleh tengok lebih 1,000 ekor buaya tembaga (bukan buaya darat ya) menetap di sini dan ada diantara buaya yang tinggal disini sudah berstatus otai yang berusia lebih 160 tahun!!!




desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm (1)

Taman Buaya Teluk Sengat hanya 30 minit memandu dari Tiara Desaru Residence

Dengan keluasan 10 hektar, Taman Buaya Teluk Sengat adalah Taman Buaya terbesar di semenanjung Malaysia, yang mempunyai 8 buah kolam untuk buaya membiak, dan 81 buah kolam konrit untuk menempatkan lebih 1,000 ekor buaya di sini.

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm (1)

Kat sini ada banyak buaya yang ditempatkan di dalam kolam yang korang boleh tengok.

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

kalau kena timing anda sampai, mungkin akan ada peluang nak tengok buaya ni di beri makan.
Memang moment bagi makan buaya ini sungguh mendebarkan

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

Buaya dewasa diberi makan ayam, kalau yang anak anak diberi makan udang je

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Di kolam besar ini adalah tempat dimana buaya buaya ini ditempatkan untuk membiak

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

Kat bawah ini la ditempatkan otai buaya yang ada kat sini. Umur dah lebih 160 tahun!
Tengok saiz, memang besar gilerrrrrr!!!

desaru teluk sengat ladang buaya crocodile farm

Pada yang nak try Sup Herba Buaya, ada dijual di sini
Jangan tanya uncle macam mana rasa dia sebab uncle tak boleh minum sup herba Buaya ni.

Dah tengok video yang uncle upload kat Instagram uncle?

hahaha best kan?

So kalau ada peluang ke Desaru, bawa la diri dan keluarga ke Taman Buaya Teluk Sengat. Sure tak menyesal punya.

Fee kemasukkan untuk dewasa RM8, dan untuk kanak-kanak hanya RM4.

Alamat: Jalan Sembilang, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor, Malaysia

2,770 total views, 2 views today

Comments
  1. Jual Coffee
  2. haffizuliskandar
    • Uncle Zuan
  3. Hawa Hassan
  4. sabree hussin
  5. Almond
  6. Hasif Hamsyari
  7. raihanah
  8. Mie
  9. mrhanafi
  10. Mera
  11. Muhammad Khairuddin Lim
  12. LISA
  13. aswaleyla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
KL Tower Internatioanl Jump 2016 kembali lagi! Hoyeah!!! Ia adalah acara...