Buat Pembelian Melalui ShopBack dan Dapat Rebate

Share

Sebelum uncle kerja di bank dulu, uncle tak berapa biasa dengan terma cashback ataupun rebate. Tak faham pun sebenarnya apa itu rebate. Lepas dah masuk bank dan kebetulan uncle dalam kempen jual kad kredit yang menawarkan rebate atau cashback kepada pelanggan yang menggunakannya, uncle semakin faham dan sukakan rebate setiap kali berbelanja.

Jangan keliru antara rebate dan diskaun ya sebab dua-dua ni benda yang berbeza. Rebate tak sama dengan diskaun. Dan rebate tu bukan juga mata ganjaran.

Rebate vs Diskaun

Uncle jelaskan dahulu mengenai diskaun. Diskaun ni adalah potongan yang mana anda dapat terus ketika anda membuat pembelian. Sebagai contoh anda beli barang harga RM100, anda dapat diskaun 50%. Jadi barang anda beli tu anda bayar cuma RM50 sahaja. Makna kata kalau pakai kad kredit sebagai contoh, RM50 akan di caj pada kad kredit anda dan lagi RM50 tu adalah potongan yang anda dapat.

Baik untuk rebate pula, kita ambil contoh tadi, anda dapat 50% diskaun, dan bayar RM50 pakai kad kredit. Makna kata anda dah ditolak RM50 kan kat kad kredit anda? Andaikan anda dapat rebate sebanyak 5% dari pembelian tersebut. Anda akan dapat semula 5% dari RM50 yang anda bayar nanti iaitu RM2.50. RM2.50 tu bukan anda akan terus dapat kat resit pembelian, ia akan dapat semula ke dalam akaun kad kredit anda nanti. Berapa lama anda akan dapat semula rebate tu? Bergantung kepada berapa lama pula rebate tu diproses.

Faham? Rebate ini adalah pulangan wang tunai daripada pembelian yang anda buat.

Buat Pembelian Dalam Talian Dengan ShopBack Dan Dapat Rebate

ShopBack adalah laman web #1 untuk rebate atau cashback di Malaysia yang memberikan rebate kepada anda setiap kali anda membuat pembelian dari peruncit dalam talian. Sehingga kini, ShopBack telah bekerjasama dengan lebih 500 online retailer, antaranya adalah ZALORA, Lazada, Booking.com, Qoo10, Foodpanda dan Uber. Wow!

sb-hiw-cashback-ph

Rajah aliran rebate yang anda dapat dengan membeli melalui ShopBack.

Macam mana nak dapat rebate dari ShopBack? Sebagai contoh, anda beli baju dari ZALORA melalui laman web ShopBack. Kebetulan waktu tu ZALORA ada bagi diskaun untuk pembelian anda, anda akan dapat diskaun terus dari ZALORA, dan dalam tempoh 48 jam jumlah rebate dari pembelian anda itu akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack anda yang telah anda daftarkan.

Rebate anda akan boleh ditebus sebaik sahaja pesanan disahkan oleh ZALORA. Ini akan mengambil 30-60 hari untuk memastikan bahawa tidak ada pembatalan atau pemulangan atau pertukaran pembelian tersebut.

Cukup sahaja jumlah rebate terkumpul iaitu minima RM10, anda boleh tebus rebate tersebut. Rebate tersebut akan terus dipindahkan ke akaun paypal atau akan bank anda.

Mudah kan?

Dengan ShopBack, anda bukan sahaja dapat best deal daripada merchant online, malah anda dapat lagi rebate. Jadi dengan ekonomi sekarang ni, jimat dengan pembelian yang memberikan rebate adalah salah satu solusi yang sangat relevant dan boleh digunapakai.

Boleh rujuk video ini untuk lebih pencerahan mengenai macam mana anda boleh dapat rebate dari ShopBack.

Apa lagi? Daftar ShopBack sekarang secara percuma, dan buat pembelia secara online melalui ShopBack sebanyak mana anda nak sebab lagi banyak anda beli, lagi banyak rebate anda akan dapat dari ShopBack.

Dan jangan lupa untuk download applikasi ShopBack di telefon anda untuk tawaran rebate terkini!

Shop Back Telah Berusia 2 Tahun

ShopBack bukanlah baru, 22 February yang lepas ia telah masuk usia 2 tahun.

Happy Birthday ShopBack!

shopback-press

ShopBack juga pernah featured dalam beberapa media dan press.

Dan selain dari Malaysia, ShopBack juga harini ada di Singapura, Filipina, Indonesia, India dan Taiwan.

Dah alang-alang ada ShopBack dan lebih kurang 2 bulan lagi adalah birthday uncle yang ke-29, uncle ada 5 birthday present wish yang uncle harap sangat dapat. Tak dapat semua, dapat sekurang-kurangnya 1 daripada 5 pun ok la kan? Walaupun orang kata tak baik, tamak, tapi sekali sekala apa salahnya kan? Hehe.

Untuk wishlist uncle ni simple je dan tak mahal sangat. Harap dapat la ye.

My Birthday Wishlist

#1. Tissot Men’s Everytime Big Quartz Leather Watch

Aksesori yang penting bagi lelaki adalah jam. Yes!

tissot leather watch

Tissot T109.610.16.037.00 Men’s Everytime Big Quartz Leather Watch

Walaupun pemakaian jam seperti kurang relevant harini kerana sudah boleh tengok masa dekat phone, tapi jam adalah satu simbol kelelakian. Dan brand yang mampu memberi satu aura yang hebat kepada si pemakainya adalah Tissot model Big Quartz Leather. Dengan reka bentuk minimalis kemasan kulit pada talinya mampu memberikan si pemakai lebih sexy dan satu langkah ke hadapan berbanding lelaki yang lain.

#2. Trip ke Cambodia

Cambodia adalah destinasi travel yang ada dalam bucket list uncle sejak 2 tahun yang lepas. Dah banyak kali delay nak ke sana. Dan tahun ini uncle nak pastikan, misi travel 2017 uncle iaitu sunset hunting di Angkor Wat tercapai!

Malu Khmer Villa siem reap

Pakej penerbangan ke Siem Reap dan penginapan di Malu Khmer Villa selama 4 hari 3 malam.

Expedia adalah salah satu laman web yang uncle akan selalu pakai kalau uncle nak travel. Yang bestnya pasal Expedia ni, anda boleh terus book hotel dan flight pada satu masa yang sama. Maknanya kan, date tu pun dah senang sebab terus sync dalam sistem. Tak ada la nak pening book flight, lepastu baru nak book hotel.

Buat booking di Expedia melalui ShopBack, mampu membantu bukan sahaja dari segi penjimatan wang ringgit, malah mampu jimat banyak masa dalam perancangan percutian anda. Dan untuk pakej percutian ke Cambodia, uncle memilih untuk menginap di Malu Khmer Villa selama 4 hari 3 malam.

#3. Topman – Beige Faux Suede Chelsea Boots

Selain dari Jam yang hebat, kasut adalah salah satu ‘peralatan’ yang penting untuk menunjukkan simbol kelelakian. Sejak dua menjak ni, uncle semakin jaga penampilan dari segi pemakaian. Bukan untuk mendapatkan perhatian, tapi dengan menjaga penampilan dari segi pemakaian kita, secara automatik daya keyakinan diri pun akan meningkat. Orang akan tengok, kita konfiden, jadi nak deal apa-apa pun senang.

topman-chelsea-boots

Topman – Beige Faux Suede Chelsea Boots

Uncle bukan peminat pemakai kasut yang kena ikat talinya. Jadi Chelsea Boots adalah boots yang paling sesuai untuk orang yang pemalas macam uncle haha. Haritu waktu jalan-jalan kat Mid Valley uncle ada nampak Chelsea Boots ni kat Topman. Memang jatuh cinta la. Lepastu terus usya kat Zalora dan harganya jauh lebih murah berbanding beli di butik.

Topman Beige Faux Suede Chelsea Boots adalah wishlist uncle yang ke-3.

#4. 3-Axis Handheld Gimbal Brushless Action Camera Gyro Stabilizer

Sebagi seorang yang rajin merakam video, masalaalah yang kerap dihadapai adalah ‘shaky’ atau video bergoyang. Bila dah bergoyang tu, nak edit dan publish pun jadi malas, sebab kualiti dia sure out punya.

stablizer

3-Axis Handheld Gimbal Brushless Action Camera Gyro Stabilizer

Dan 3-Axis Handheld Gimbal Brushless Action Camera Gyro Stabilizer adalah jawapan kepada masaalah tersebut. Dah lama uncle idamkan sebuah stabilizer untuk kamera uncle. Nak beli satu memang tak cukup mampu beb! Harap ada la yang sudi sponsor satu stabilizer sebagai hadiah bday uncle nanti.

5. Healthy Back Bag Textured Nylon-M Backpacks

Dan wishlist ke-5 adalah sebuah backpack jenis sling bag. Pernah jumpa sekali kat FB page apa tah tapi dah habis stock warna yang uncle nak.

Healthy-Back-Bag-Neo-Dimensional-Backpack

Healthy Back Bag: Neo-Dimensional Backpack

Healthy Back Bag ni terbaik wei. Ia design minimalist yang mana material dia adalah microfiber yang mana nipis tapi tahan lasak. Dengan saiz yang medium, bag ni sangat sesuai untuk uncle bawa travel yang mana ada banyak compartment yang boleh memuatkan dokumen penting, duit dan kamera.

Itu la semua 5 wishlist uncle untuk birthday tahun ini. Tahun lepas uncle tak dapat apa-apa hadiah pun untuk birthday. Mungkin sebab dah tua agaknya. Sobs. Jadi tahun ni, uncle senaraikan top 5 wishlist yang uncle nak sangat. Tak dapat semua, dapat satu pun jadi la. ShopBack boleh belanja satu?




3,687 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Jia rizaira
  2. zik
  3. Wan Zawawi
  4. lokmanamirul
  5. Noriza Abdul Rahman
  6. Hanz
  7. Wan Syahida
  8. RAIHANAH AHMAD
  9. Sharon Lee
  10. Bahrain
  11. Jari Manis
  12. dedauncomel.com
  13. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge