Buat Duit Sambil Melancong, Sebab #YouCanDuit!

Share

Hari ini tak semestinya kena ada kedai baru boleh berniaga. Tak semestinya kena tunggu ada tawaran kerja baru boleh kerja, baru boleh ada duit. Tak semestinya kena ada modal besar baru boleh buat duit. Tak semestinya kena buat blog baru ada pendapatan tambahan.

This is 2018! Come one, you can do it (#YOUCANDUIT )! Macam pernah dengar kan? Semuanya tak mustahil dengan adanya online digital.

Ambil contoh mudah. Anda minat ambil gambar, pandai ambil gambar dan ada banyak follower di instagram? Jadi la penjual produk di instagram. Anda pandai buat ayat ayat manis yang boleh mencairkan pembaca atau pendengar? Jadi la penjual produk sedia ada.

Ok la, bunyi macam senang je kan? Tapi masih tak konfiden? Masih perlukan bimbingan?

Jangan risau,

buat duit online

MDEC Pemacu Ekonomi Digital Malaysia Fenomena Yang Mampu Mengangkat Taraf Kehidupan Rakyat

Tahukah anda yang sepanjang tahun 2016 dan 2017, MDEC telah memperkenalkan kempen #YOUCANDUIT yang mana mewujudkan dan memperkenalkan peluang menjana pendapatan secara online menerusi insentif eRezeki dan eUsahawan.

Tak tahu kan? Uncle pun tertinggal bus juga sebenarnya haha. Ekonomi digital adalah satu fenomena global yang mana bukan sahaja pelajar dan peniaga mula menceburinya, para social media influencer dan artis pun tak ketinggalan.

Kecoh baru-baru ni di laman sosial tntg video yg @capriceofficial post .. Bg sy, betul apa yg caprice kata dlm video dia tu.. Di era yg serba moden sekarang ni, bnyk benda yg kita boleh buat utk jana pendapatan drpd duduk diam menunggu.. . Sy personally bnyk belajar & tahu benda baru bila kerap kali terlibat dgn program MDEC.. Siapa sangka dgn media sosial je kita dpt buat duit. Sy rasa pihak MDEC dah mewujudkan satu inisiatif yg sngt bagus dlm membantu org ramai menjana pendapatan lebih.. Program #youcanduit melalui e-usahawan & e-rezeki ternyata telah membuat ramai orang berjaya mengembangkan perniagaan mereka lebih meluas.. . Adik2 diluar sana.. Keep on moving! Explore new things. Kita kena cipta peluang utk majukan diri kita.. InshaAllah akan berjaya! #youcanduit

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Fizo Omar pun ada share video di instagram miliknya mengenai fenomena menjana pendapatan digital ini. Yang mana harini banyak syarikat mula mengurangkan pekerja dan end up ramai graduan yang ada degree ada diploma, masih sukar untuk cari kerja.

Bukan orang yang tak bekerja je yang patut pening kepala nak cari pendapatan tambahan, uncle pun pening kepala nak bayar bill telefon, bill internet dan nak renew domain blog uncle ni.




Apa itu eUsahawan?

Minat menceburi perniagaan digital? eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk anda usahawan mikro dan para pelajar kolej vokasional. Jika anda join, anda akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Pada tahun 2017, lebih 102 ribu orang peserta dan lebih 25 ribu daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan dibawah latihan MDEC. Jumlah jualan yang telah dijana pula adalah lebih RM175 juta.

Apa pula eRezeki?

Jika anda dalam linkungan individu berpendapatan rendah dan mahu menari peluang menjana pendapatan lebih lagi, eRezeki mungkin adalah saluran terbaik untuk anda yang ingin meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Peserta yang mendaftar akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Sejak pelancaran program eRezeki pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta!

youcanduit

Roadshow ke 14 buah negeri diadakan oleh pihak MDEC sepanjang tahun 2016 dan 2017 bagi mempromosikan #YOUCANDUIT. Wow! Havoc havoc kan?

Jadi siapa kata ia mustahil untuk buat duit sambil kita melancong? Siapa kata ia mustahil untuk jana income sambil kita tengok drama siri kegemaran kita? Uncle percaya yang kalau kita buat betul-betul dalam menjana pendapatan digital ni, tak musatahil anda boleh jalani gaya hidup anda tanpa masalah kekangan masa.

Ada platform, gunakan. Program eUsahawan dan eRezeki ni disediakan secara PERCUMA sahaja.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berdaftar dengan eUsahawan dan eRezeki?

Mudah sahaja, untuk maklumat lanjut layari www.eusahawan.mdec.my atau www.erezeki.my atau www.youcanduit.mdec.my. Anda juga boleh berdaftar secara online.

1,515 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. titan
  2. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge