Buat Duit Affiliate – Ramai Yang Mencari Ilmu Ini

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog telah diadakan pada 13 Desember 2014 di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraft. Seminar buat duit affiliate menampilkan panel-panel affiliate dari pelbagai latar belakang, dari yang underground hingga ke mainstream. Seminar ini di anjurkan bersama oleh Denaihati Network dan Kumpulan Media Karangkraft.

Suasana di dalam Dewan Sultan Muhamad V

Suasana di dalam Dewan Sultan Muhamad V. Peserta begitu fokus dengan penyampaian ahli panel untuk seminar kali ini.

Seminar bermula jam 9 pagi dan berakhir kira kira 5 petang. Setiap slot panel di isi dengan baik oleh setiap ahli panel antaranya adalah CEO Kumpulan Media Karangkraft – Dato’ Hussamuddin, Pakar Affiliate dan Pakar Cendol – Mr Titan; Internet Marketer – Suhaimy (Shuth); pakar affiliate dari utara – Zeo Unic; pakar affiliate baru – Prof Hariz; dan pakar blog yang telah menceburi dunia blog lebih 10 tahun – Eizil. Setiap mereka mempunyai background yang berbeza-beza dan ada pelbagai cara tersendiri.

IMG_0559

Slot perkongsian CEO Kumpulan Media Karangkraft, Dato’ Hussamuddin. Salah satu quote dari beliau yang uncle take note adalah “Cita cita utama kita adalah untuk masuk syurga”. Memang powerful kata kata beliau pada pagi itu. Rasanya kalau di beri slot 2 jam pun beliau sanggup

image2

Denaihati Network melancarkan Jam Tawaf. Para peserta dapat membuat pre-order untuk jam ini pada harga runtuh!

Bro datang dan selesaikan masalah feed twitter den. Berkali kali tweet tak naik dalam trending. Puas hati naik walaupun sepanjang hari tu kena bahan je dengan Bro Framestone

Bro datang dan selesaikan masalah feed twitter den. Berkali kali tweet tak naik dalam trending. Puas hati naik walaupun sepanjang hari tu kena bahan je dengan Bro Framestone

image3

Sesi bergambar dengan CEO Kumpulan Media Karangkraft dan founder Denaihati Network

Sesi Q&A bersama Mr Titan yang nampak seperti tak cukup makan cendol

Sesi Q&A bersama Mr Titan yang nampak seperti tak cukup makan cendol. Pasni lepasni kitab Merah Jambu beliau melonjak sale ke 1000!

Hasil survey yang dilakukan MC of the day, ramai rupanya yang masih tak tahu tentang apa itu affiliate, macam mana affiliate itu berfungsi, macam mana nak jana income dari affiliate, di mana nak dapatkan produk yang ingin di kongsi, dan banyak lagi. Dan jangan terkejut, ramai juga yang masih tak punya blog. 😀

 

OK, lepasni kena konsisten update blog dan konsisten promote produk. Bak kata Eizil, “tau je tak take action takde guna juga” 😉

Zuan

Comments
  1. Mohd Norzali
  2. blogger lelaki
  3. zool
  4. miera
  5. Alongxp
  6. Abang Bear
  7. titan
  8. fyna
  9. deqnoor
  10. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge