Buang Lebihan Lemak Tanpa Operate Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

Share

Buang Lebihan Lemak Tanpa Operate Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro | Lelaki yang mempunyai perut buncit adalah salah satu tanda kebahagian kepada lelaki yang sudah berumah tangga. Tapi ia jadi sesuatu yang tak kena pula bila lelaki bujang mempunyai perut yang buncit seperti lelaki yang sudah berkahwin.

Pada uncle yang memang perut dah semakin membuncitkan ini, rasa agak sedikit rimas ada perut yang buncit sebab nak jalan pun dah rasa berat dan baju saiz S pun dah banyak tak muat.

Uncle ada shout di FB beberapa kali mengenai masaalah kebuncitan yang uncle dah mula alami sejak beberapa bulan ni. Dan ada kawan uncle PM uncle dan rekomen uncle untuk dapatkan treatment Cryo-lipolysis menggunaan teknologi Zimmer.

Uncle pun agak puzzle apa la Zimmer tu dan apa la Cryo-lipolysis tu kan. Medical term yang uncle amek masa tuk fahami. Yang uncle tahu nak pecahkan dan nak buang lemak secara efektif, kena la pakai lazer tak pun buat la intense workout yang pasti few weeks konfirm dah give up nak buat.

Few days pas buat some reading bout it’s review, dan tanya few friends, uncle buat appointment dengan Esadsa House yang terletak di Mid Valley City KL.




Revolusi Baru Dalam Pengetatan Kulit dan Pengkonturan Badan

Dengan rawatan revolusi terkini menggunakan 2 teknologi daripada Zimmer iaitu Zimmer Z Lipo dan Z WavePro dengan gabungan Cryo-lipolysis, tiada lagi masaalah untuk pengetatan kulit dan pengkonturan badan.

Menariknya rawatan mengunakan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro ni;

  1. Tak perlu operate mana-mana bahagian badan tuk buang lemak,
  2. Tak sakit pun, rasa macam cubitan semut sahaja,
  3. dan yang penting tiada kesan sampingan seperti kesan parut atau tiada selera makan selepas rawatan dijalankan.
zimmer-z-lipo-z-wave

Zimmer Z Lipo Sistem (kiri) dan Z WavePro Sistem (kanan).

Dengan teknologi Zimmer Z Lipo, ia mensasarkan ke bahagian lemak yang anda ingin buang. Kalau uncle, mesti la nak bahagian tepi perut supaya senang nak buat six-pax nanti. Kalau anda nak buang lemak bahagian lain pun boleh seperti lemak di tangan dan kaki.

Keunikkan Zimmer Z Lipo ini adalah ia mengurangkan lemak, dan kawal lemak-lemak yang terkumpul jangka masa yang panjang. Proses ini akan menyejukkan bahagian lemak dan secara perlahan memecahkan sel-sel lemak yang ada dalam tubuh badan kita. Sel lemak mati akan hilang secara semulajadi melalui lymphatic system dalam jangka masa selama 10 hingga 12 minggu. Bak kata doctor Kwong yang merawat uncle tempoh hari, ‘majlis perbandaran’ akan datang dan bawa lemak-lemak terkumpul tu keluar dari badan kita.

zimmer_kl-esadsa-house (7)

Bersama Dr. Kwong Sze Yeow, Medical Aesthetic Consultant Esadsa House.

Sebelum treatment dijalankan, anda akan terlebih dahulu diberi taklimat ringkas mengenai rawatan yang akan dijalankan. Dan akan juga di cadangkan bahagian mana yang sesuai tuk dijalankan rawatan pembuangan lemak.

zimmer_kl-esadsa-house (9)

Peringkat awal Zimmer Z Lipo dijalankan

Treatment Zimmer Z Lipo mengambil masa 60 minit.

Jadi untuk elakkan bosan menunggu proses treatment tu, bawa la buku untuk dibaca.

zimmer_kl-esadsa-house (14)

Ikut dari saranan Dr Kwong, untuk kes uncle, applicator adalah lebih baik diletakkan di sisi perut. So nanti kalau uncle buat sit up lepas ni, lebih cepat kesan six-pax akan nampak.

Awal-awal waktu applicator diletakkan di sisi perut, rasa kurang selesa sebab ia seperti menyedut bahagian lemak. Tapi selepas 5 minit, dah mula rasa selesa sampai nak tidur pula.

Dalam proses tersebut, bahagian sel lemak di bahagian treatment akan memberi reaksi dengan pantas kepada proses cooling yang dijalankan.

Selepas treatment Zimmer Z Lipo dijalankan, uncle rasa penat badan ni. Mungkin sebab tak makan apa-apa sebelum rawatan. My bad.

Nota untuk anda, sebelum jalankan rawatan ni, makan la dulu, dapatkan tenaga. Tiada pantang larangan untuk tak makan sebelum treatment dijalankan. Kalau baru 5 minit makan, dan terus buat treatment pun tak ada masaalah.

Untuk mencepatkan kesan, dinasihatkan untuk amalkan pemakanan sihat, dan haruslah bersenam sebab segala apa macam treatment yang anda buat di dunia ni, kalau tak bersenam dan tak jaga pemakanan, sia sia je invest beribu-ribu ringgit duit.

Video Zimmer Z Lipo Treatment

Kemudian uncle diberi rawatan Z WavePro pula.

zimmer_kl-esadsa-house (8)

Kesan merah tu sementara je hasil dari proses Zimmer Z Lipo yang dijalankan.

Untuk kesan yang lebih mujarab dan pantas perlu mengambil sekali rawatan Z WavePro ni. Ia adalah rawatan seperti hand massage cuma ia menggunakan teknologi shockwave yang memberi kesan rawatan yang lebih pantas sehingga 44%.

Rawatan Z WavePro tak ambil masa yang lama seperti Zimmer Z Lipo, hanya 10 minit sahaja.

Walaupun kedua-dua mesin teknologi ni masih baru di duna medikal, ia telah menjalani penyelidikan pada tahun 2013 yang mana dengan pengambilan treatment ni seminggu sekali selama 4 minggu berturut-turut mempu memberikan kesan 2 kali lebih pantas dan lebih baik.

Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan ini, bleh dapatkan info di zimmer-aesthetics.com.my.

zimmer_kl-esadsa-house (12)

Dr Wong sewaktu sesi taklimat mengenai rawatan menggunakan teknologi Zimmer Z Lipo dan Z WavePro.

Untuk mendapatkan rawatan Zimmer Z Lipo dan Z Wave Pro bleh hubungi Esada House seperi maklumat dibawah;

Esadsa House Sdn Bhd
Alamat: Lot 51, 7th Floor, Signature Offices, The Boulevard, Mid Valley City, KL
Contact: 603 2287 8569
Email: esadsahse@gmail.com

Juga boleh layari zimmer-aesthetics.com.my untuk maklumat lanjut.




1,945 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. nila anggraini
  2. Suria Amanda
  3. Emily
  4. Wan Zawawi
  5. Seorang Syed
  6. Khir Khalid
  7. Anuar
  8. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge