#BloggerTalk Bertukar ke Carpool Karaoke!!!

Kalau anda biasa mengikuti perkembangan uncle di Facebook dan YouTube, pasti anda perasan yang uncle dah mula berjinak-jinak dalam bidang vlogging.

Tapi bukan bermakna uncle berhenti blogging, uncle cuma cuba menceburi bidang baru iaitu vlog. Uncle suka ceburi macam-macam bidang yang uncle nampak menarik dan mampu mencabar keupayaan uncle.

Baik apa itu Vlog? Vlog ni adalah video blog atau video log yang kemudiannya dipendekkan dengan vlog. Ia adalah salah satu medium untuk menyampaikan maklumat melalui video. Tak kisah la anda nak bebel dalam video tu ke, nak tunjuk je footage ke, janji ada content yang ingin disampaikan kepada mereka yang melihatnya.

Kalau kat Malaysia ni kan, tak ramai vlogger, vlogger ni lebih banyak kat luar negara. Dan kebanyakkan vlogger luar negara boleh survive dengan hanya vlogging. Hebat kan?

Tahun 2017 semakin mencabar. Oleh itu mula dari Desember lepas uncle dah mula ber-experiment dalam dunia vlog. Tapi macam uncle cakap tadi, uncle takkan berhenti blogging, uncle hanya mencuba meneroka satu ‘lubuk’ untuk menjana pendapatan.

Doakan uncle berjaya ya guys. 😉



#BloggerTalk

Baru baru ini uncle dijemput oleh team Magicalips untuk sesi #BloggerTalk mereka. Video uncle akan ke udara sepenuhnya pada episod 5 #BloggerTalk mereka.

Mai uncle belanja teaser yang uncle buat special untuk anda semua. 😉

Haha agak kecoh kan? Mulanya nak #BloggerTalk, tapi bertukar ke Carpool Karaoke pulak hahaha.

Baik, kalau nak tahu #BloggerTalk ni mengenai sesi berbual blogger bersama media influencer atau blogger atau sesiapa sahaja yang berpengaruh di social media.

Ada banyak topik yang dibualkan sepanjang perjalanan dalam kereta tersebut diantara wakil dari Magicalips dan influencer yang mereka featured pada episod tersebut.

Apa topik dia? Kena la tengok episod 5 #BloggerTalk kat Magicalips.

Jangan lupa subscribe YouTube Channel Uncle Zuan untuk tak terlepas video-video yang uncle akan buat di masa akan datang.

Uncle akan regular update mengenai vlog, travel dan video-video khas untuk anda semua. Jadi subscribe jangan tak subscribe! 😉

513 total views, 8 views today

Comments
  1. mrhanafi
  2. haffizuliskandar
  3. siti hazreen
  4. Hairul HIssam
  5. raihanah
  6. imnajmi
  7. Ezad Skytech
  8. Ira
  9. titan
  10. Muhammad Khairuddin Lim
  11. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge