Bila Hantu Burger Bertemu Dengan Founder Burger Bakar

banner_0000458_bisnesburger_300x250

Bila pi kedai makan je, menu pertama uncle cari adalah burger. Kalau takde burger, baru uncle cari makanan lain yang nampak sedap di makan. Uncle tak pakar nak komen kesedapan makanan lain selain burger. Memang dilahirkan untuk makan burger agaknya sampai begedil pun uncle sebat.

Ini tajuk awal entri ni sebelum uncle tulis entri ni. Title uncle dah tulis awal awal sebab excitednya nak share pengalaman bertemu dengan founder Kaw Kaw Burger Bakar dengan korang. Tajuk macam best je kan? Tapi semua tu tak berlaku. Ikut dari plan asal, memang sepatutnya ada meet up dengan founder Kaw Kaw Burger Bakar di salah satu branch mereka iaitu di restoran Kaw D, Ampang Waterfront khamis lepas. Tapi atas beberapa masalah yang tak dijangkakan, tak dapat berjumpa dengan kedua-dua founder burger bakar terkenal sebagai founder original burger bakar malaysia.

Tapi kekecewaan uncle tak lama, ia terubat 100% bila burger yang uncle order sampai. Uncle order burger Lamb. Uncle memang suka makan kambing, so bila nampak je ada menu burger lamb terus order.

Burger Lamb sedap hingga menjilat tisu

Burger Lamb sedap hingga menjilat tisu. Harus di akui, uncle hanya kenyang 80% selepas makan burger ni.

makan malam di restoran kawd burger bakar

Disebabkan di ugut kena crossline kalau tak bagi pegang kamera, uncle bagi la dia pegang kamera uncle

makan burger bakar gunakan tangan

Tak main la makan burger pakai pisau dan garfu. Pada uncle, rasa burger tu rosak kalau kita makan burger pakai pisau & garfu. So enjoy it dengan menggunakan kedua-dua belah tangan

 

Alhamdulillah, dah lama hajat uncle nak cuba burger kat Kaw Kaw Burger ni. Korang tau tak, lepas cuba je makan kat sini, terus uncle pasang impian nak buka franchise Kaw Kaw Burger dekat Senawang.

Nota kaki: counting down untuk #SBBYeos2015! Super excited!!! 😀

Comments
  1. Ikhwan
  2. Hazman Fadzil
  3. Khir Khalid
  4. MDHAFiZ.NET
  5. Anyss
  6. JMR
  7. zik
  8. ~uncle gedek!
  9. Azam Mohamad
  10. mrhanafi
  11. Fai
  12. Yeen
  13. farisya
  14. musadun
  15. Noriza Rahman
  16. shiqin sunshine
  17. Murni Mohd Yusof
  18. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge