Bila Gaji, Beli Emas

Share

Selalu bila dah gaji orang dok gunakan dengan beli baju la, beli perfume baru la, beli seluar baru la, makan kat Nandos la, dan macam-macam lagi la. Uncle pun macam tu juga. Ye la, nafsu orang muda hehe. Tapi sejak kebelakangan ni, uncle dah ubah sikit cara spending uncle. Bila gaji je uncle beli emas. Hehe mentang mentang la dah gaji, dok cerita pasal beli emas pulak kan 😀

Alhamdulillah, dah beberapa bulan uncle practice dengan membeli emas dari dealer Public Gold,iaitu Pokli. Haaaa macam familiar je kan dengan nama Pokli? Pada yang tak kenal, Pokli adalah mentor dan speaker rasmi untuk Public Gold. Uncle mula dengan membeli 1 keping dinar dengan Pokli, dan sekarang membeli dalam bentuk gram pula.

Kenapa uncle beli kat Public Gold? Sebab nilai spread atau susut dia adalah rendah iaitu antara 6% ke 8% je. Selain daripada tu, beli emas dari Public Gold tak dikenakan GST dan ada LMBA.

Dinar dan 1gram pertama yang uncle beli

Dinar dan 1gram pertama yang uncle beli.

Ketahui langkah-langkah untuk membeli emas

Antara tips yang Pokli ada pesan kat uncle waktu uncle jumpa dia untuk pertama kali adalah;

Emas yang kita dah beli tu, jangan jual. Kumpul bagi banyak. Jadikan emas tu sebagai emergency fund atau simpanan. Nanti kalau tak ada duit, gadai emas tu kat Ar-Rahnu. Jadi tak payah nak buat loan lagi kat bank atau along yang mana interest tinggi-tinggi. Pokli bagitau uncle yang bila kita dah pajak emas, kita akan ada disiplin untuk dapatkan semula emas yang kita pajak tu.

Bagus kan tips dari Pokli? Dah la orang kuat Public Gold, siap bagi free tips lagi kat uncle. Dah 3 kali uncle jumpa dengan Pokli, ternyata beliau seorang yang sangat ramah dan tak lokek ilmu.

Update harga emas 30 Jun 2015:  1 g = rm 153

Pokli juga ada pesan kat uncle untuk baca buku-buku keluaran Azizi Ali. Kebetulan uncle memang pernah baca buku Jutawan Dari Planet Jupiter tulisan Azizi Ali. Jadi Pokli cadangkan dengan baca pulak buku Masa Untuk Emas. Boleh la korang usya-usya buku ni kat kedai MPH berdekatan. Pada uncle, sangat berbaloi untuk beli buku tu sebab banyak info yang bagus untuk mereka yang nak melabur dalam emas.

Kalau malas baca physical book, try baca baca eBook Rahsia Jutawan Emas oleh Sabri Ahmad (Emaskini) & Aqif Azizan. Sabri Ahmad adalah usahawan emas yang berpengalaman lebih 4 tahun dalam perniagaan emas, dan Aqif Azizan adalah penulis blog Aqif Azizan [dot] com. eBook ini mendedahkan macam mana penulis menjual emas secara part time tanpa kedai dan tanpa pekerja. Macam menarik kan? Boleh beli kat sini.

1 gram edisi raya. Tak main la bagi duit raya hehehe :D

1 gram edisi raya. Tak main la bagi duit raya hehehe 😀

Akhir sekali, aim uncle bukan untuk melabur dan kaya dengan pelaburan emas. Aim uncle adalah untuk simpan emas sebanyak mungkin supaya satu hari nanti boleh beli rumah dengan emas. Moga di permudahkan 😉

 

Nota kaki: Sepanjang bulan ramadhan ni, uncle tak makan pun lagi burger 🙁

Share
Comments
  1. Amir
  2. Nurul
  3. rahimah
  4. Riza Afzan Asri
  5. emalin mohd
  6. Jesnita
  7. reezluv
  8. Nor Hafizah
  9. fahmi
  10. ida
  11. zik
  12. Ikhwan
  13. Hani
  14. Mak Jemah Jual Vitamin
  15. Noriza Rahman
  16. Kewangan Graduan
  17. Alin Marlini
  18. Sani
  19. titan
  20. Jie Susanos
  21. farzli
  22. Anuar
  23. noorshafila
  24. Khir Khalid
    • Uncle Zuan
  25. zool
  26. Lenny Boniface
  27. hafiz
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge