Beri Laluan Lah..

Share

Tolak depan tolak kiri tolak kanan. Seboleh-boleh nak menyempit supaya boleh masuk dalam train terlebih dahulu sebelum sempat penumpang yang berada di dalam train nak keluar. Keadaan seperti ini banyak kali berlaku semasa kita nak naik train komuter, LRT atau pun Monorel. Bukan tu sahaja, naik bus pun nak berebut rebut naik dahulu. Entah ke mana mereka nak terkejar-kejar.

Berebut-rebut sebab nak dapat tempat duduk sahaja? Yang tua tu bagaimana? Yang ibu mengandung? Yang kurang upaya? Biar mereka berdiri??

naik komuter beratur

Situasi di negara kita tak la seperti yang digambarkan pada gambar di atas.. kredit gambar

Mana sikap prihatin kita ni? Kadang kadang kesian mereka yang di dalam train, nak keluar pun susah, ada yang termasuk ke dalam balik. Ada kalangan yang dah penat balik kerja, mengharapkan perjalanan menggunakan public transport lebih selesa dari memandu, tapi makin penat jadinya dengan gelagat masyarakat kita.

Nak cerita sikit, 7 & 8 December yang lepas, Uncle dan bros uncle menjejakkan kaki ke Kota Singa. Dah lama merancang nak ke sana. Bukan je nak berjalan jalan, tapi nak besarkan minda dengan melihat culture negara lain. Hari pertama kami ke USS. Memang fun. Berbaloi dengan harga tiket. Hari ke 2 kami membuat keputusan nak berjalan jalan di bandar Kota Singa. Kami membuat keputusan menggunakan MRT kerana kedengaran public transport di sana sangat reliable dan efficient. Dan memang seperti yang di ceritakan. Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Kami juga sangat kagum dengan sikap pengguna pengguna public transport di sana. Memberi laluan kepada penumpang yang turun sebelum menaiki train.

Jadi ikut pengalaman uncle di negara jiran, den tertanya tanya, kenapa kita tak boleh praktikkan apa yang jiran kita praktikkan? Kan dari kecil kita dah di ajar. Tak ingat? Bukan ke kita berkali kali di ingatkan berbuat demikian?

Beri laluan dengan beratur. Sejak dari kecil kita diajar untuk beratur. Ketika di sekolah kita diajar beratur di tempat perhimpunan sebelum masuk ke kelas. Kita juga diajar beratur ketika menunggu giliran.

Dari kecil dah diajar nilai nilai murni. Beratur, bertolak ansur, bersikap prihatin. Bukan KENA BAYAR pun buat baik dengan orang lain..

Jadi apa tunggu lagi? Beri laluan lah… 😉

Share
Comments
  1. azwan
  2. Ezad Skytech
  3. hazman aka species1980
  4. Denaihati
  5. akubiomed
  6. syazana zainn
  7. Fadhil
    • Zuan
  8. Khairul Zamri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge