Berbuka Puasa Bersama Deq Noor dan Para Pengomen Tegar

18 July yang lepas, bertempat di Hotel Carlton Shah Alam, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengomen Tegar Blog Deq Noor (DN) yang dihadiri para pengomen tegar blog DN. *ayat skema abis je*

buka puasa deq noor

Yang hadir macam tersenarai di atas.

Tak perlu perkenalkan lagi blogger yang hadir, semua dah kenal ramai kecuali Uncle Zuan tu je. Kejap ada kejap takde dalam dunia blog, so boleh skip pasal Uncle tu sekejap.

Yang hadir memang pengomen tegar blog DN. Tak payah cerita juga tahap apa ketegaran mereka ni. Tapi kalau nak tahu juga, cuba challenge setiap seorang!

iftar deq noor pengomen tegar blog

Para pengomen tegar blog DN yang hadir . (kredit gambar kepada DN)

Apa yang best bila komen kat blog DN adalah; dapat makan dan dapat goodies.

Nak tau apa den dapat?

 

Tadaaaaa………

goodies dari deq noor

Macam-macam DN bagi. Sampul duit raya (beserta duit raya hehe), kuih raya (ada 3 jenis), buku Anak Soleh Ahli Syurga, dan cendera hati dari Solo Jakarta, Bandung Jakarta, Hanoi Vietnam dan Angkor Wat Cambodia. Moga murah rezeki DN, amin 🙂

 

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar (walaupun kitorang lambat sampai *KID punca! Hehe*). Dengar daripada DN sendiri, ada juga yang tak dapat hadir pada majlis ini sebab ada urusan yang tak dapat di elakkan.

Macam mana pun, terima kasih banyak banyak kepada DN kerana sudi jemput den berbuka ya. InshaAllah, ada rezeki, sampai giliran den untuk ajak DN berbuka bersama pula 🙂

 

Pada yang ingin mengenali DN dengan lebih dekat, hadam blog beliau, tinggalkan komen pada entry dengan ikhlas, pasti takkan menyesal 🙂

Zuan
p.s salam takziah kepada semua mangsa nahas MH17

Nahas MH17 Terhempas di Ukraine

Comments
  1. Cik Itah
  2. deqnoor
    • Zuan
  3. afasz
  4. syuhada salleh
  5. zara
  6. Sop
  7. Anuar
  8. Denaihati
    • Zuan
  9. Ainaa Roseberry
  10. titan
  11. Muhammad Faridzuan Majid
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Ok, den bukan Sotong Paul dan bukan glory hunter, hanya...