Berani Sahut Cabaran KL Tower International Towerthon Challenge 2017?

Share

Untuk kali ke-17, KL Tower bakal menganjurkan KL Tower International Towerthon Challenge. Acara larian ini akan diadakan pada 14 Mei 2017 depan iaitu pada hari Ahad. Acara larian tahunan ini bukan sahaja boleh uji tahap stamina fizikal anda, mahal tahap mental pun teruji juga.

Jadi, berani sahut cabaran KL Tower International Towerthon Challenge 2017?

Sebab uncle tak berani! Haha.

Uncle mental memang kuat, tapi bab fizikal ni sori la. Kali terakhir uncle sertai larian pun larat 3KM je, lebih tu dah pancit. Bukan faktor usia ya, tapi sebab uncle pun jarang berjoging. banyak berjalan je.

KL Tower International Towerthon Challenge 2017 ini akan berlangsung bagi menyemarakkan Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 dengan tema ‘Let’s Be Victorious’.

KL Tower International Towerthon Challenge 2017

KL Tower Towerthon Challenge 2017

KL Tower Towerthon Challenge 2017

Menurut Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, “Istimewa pada edisi tahun ini, ia diadakan sebagai acara sokongan untuk menghangatkan lagi bahang Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017. Disamping itu, kami memperkenalkan satu lagi kategori baru iaitu Kategori Selebriti. Dimana kategori ini adalah atas undangan khas dari pihak Menara Kuala Lumpur kepada para selebriti yang meminati sukan lasak dan ingin mencabar diri untuk bersama-sama mendaki 2,058 anak tangga di Menara KL. Ini bermakna, pada tahun ini terdapat 9 kategori yang akan dipertandingkan“.

kl-towerthon-challenge-2017 (2)

Gimik pelancaran KL Tower International Towerthon Challenge 2017.

Free kan masa anda pada 13 Mei depan, kerana pihak Bomba Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan perlumbaan Bomber Tower Running sebagai acara sampingan. Disamping itu juga dari 13 hingga 14 Mei, pihak Bomba Wilayah Persekutuan KL juga akan mengadakan pameran keselamatan, kenderaan penyelamat, flying fox, persembahan bina badan Mr. Wonderful, 90 minit tarian zumba tanpa henti, cabaran belia sihat, Explrace belia, flash mob, pertandingan Hakka dan banyak lagi di KL Tower.

Kalau anda dah rasa teruja untuk menyertai larian ini, ia akan bermula di kawasan parking terbuka Menara Kuala Lumpur yang mana anda perlu berlari mendaki bukit sejauh 800 meter hingga ke lobi Menara Kuala Lumpur. Seterusnya anda perlu memanjat anak tangga sebanyak 2,058  hingga ke Dewan Bankuet Megaview yang terletak pada ketinggian 288 meter dari aras bumi.

Haaa boleh buat?

Kalau boleh, daftar di www.menarakl.com.my atau hubungi di talian 03-20205448 atau 03-20205499 dan jumpa anda di sana.

Rakan acara KL Tower International Towerthon Challenge 2017 adalah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Bomba, New Balance, 100 Plus, Momawater, Celebrity Fitness, Adabi, FAMA, Majalah Running Malaysia, Galderma, Persatuan Seniman Malaysia dan Kelab Pemilik Lamboghini Malaysia.




1,222 total views, 5 views today

Share
Comments
  1. Noriza Abdul Rahman
  2. titan
  3. anuar
  4. Cik Ila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge