Kenapa Hari Ini Lebih Bagus Untuk Membeli Barang Secara online?

Hari demi hari, barangan dengan mudah boleh didapati secara online mahupun di dalam ataupun di luar negara. Buku, baju, barangan elektronik, sebut sahaja, sudah ada di jual secara online. Barangkali yang masih belum terjual secara online di negara ini adalah daging mentah atau sayur-sayuran hehe. Jom bincang, kenapa harini ini lebih bagus jika kita membeli barangan secara online.

  • Jimat Masa – Tak dinafikan, banyak masa kita jimat dengan membeli barang secara online. Kalau kita ke shopping complex atau kedai untuk membeli barang, ia memakan masa kita untuk ke sana. Dengan pembelian secara online, kita tidak lagi perlu membuang ‘emas’ kita. Kita dah jimat masa kita.

  • Jimat Wang – Selain dari jimat masa, kita juga boleh jimat wang. Kita jimat minyak atau kos transportasi untuk ke tempat membeli barangan yang kita ingin beli. Selain dari itu, barangan yang dijual secara online kalau di lihat dengan teliti, adalah jauh lebih murah berbanding yang ada di tempat tempat yang menjual barang tersebut. Bukan sahaja murah, untung-untung kita dapat diskaun lagi dengan pembelian yang kita buat.
  • Banyak Pilihan – Selain dari kita jimat wang dan masa, kita punya banyak pilihan dari segi produk yang kita ingin beli secara online. Kita ambil contoh, di Zalora Malaysia hari ini, terdapat pelbagai jenis fashion dari pelbagai jenis jenama terkenal yang di tawarkan di laman web tersebut. Bukan sahaja kita ditawarkan banyak pilihan, malahan penghantaran di seluruh negara juga adalah percuma. Jadi kita rugi atau kita untung di situ? Ok, jangan jerit kalau setuju!!!

Terokai 9 Langkah Pendapatan Pasif!

  • Pembayaran Mudah – Kita tidak lagi perlu ke mesin ATM untuk cash out jumlah yang kita perlukan untuk membuat pembayaran keatas sesuatu pebelian, dengan pembelian barang secara on9, pembayaran sangat mudah semudah ABC. Banyak laman web eCommerce harini menyediakan perkhidamatan pembayaran mudah kepada pelanggan mereka. Pelanggan boleh membuat bayaran menggunakan perbankan internet bank pilihan mereka, menggunakan mastercard / visa card, bank transfer, atau boleh juga secara cash on delivery. Mudah bukan? Satu lagi kelebihan pembelian barang secara online yang kita mungkin tak tidak perasan pada hari ini.
  • Mudah membuat perbandingan mana yang terbaik – Dengan adanya eCommerce, harini lebih mudah untuk kita membuat perbandingan produk yang ingin kita beli dari segi harga dan spesifikasi sebelum membeli barang tersebut. Berbeza dengan kaedah tradisional iaitu ke kedai untuk membeli barang yang dikehendaki, kita mungkin akan hadapi banyak kesukaran untuk membuat perbandingan sebelum memberi kata putus untuk membeli barangan yang kita inginkan.

Banyak lagi rasanya point yang kita boleh huraikan mengenai kelebihan membeli barangan secara online pada hari ini. Tetapi den rasa, 5 point yang di sebutkan di atas sudah cukup untuk membuktikan yang pembelian barangan secara online harini adalah sesuatu yang bagus untuk di praktikkan.

Zuan

Comments
  1. sensasi2020
  2. Hafizul
    • Zuan
  3. Ezad Skytech
  4. Bahrain
  5. hazman aka species1980
  6. suriaamanda
  7. profhariz
  8. papa mifz
  9. Irwan Alessa
  10. onlajer
  11. ema
  12. Mak lagenda
  13. encikarman
  14. suri
    • Zuan
  15. Khadeejah Hasmad
  16. pahan
  17. akubiomed
  18. Zik
  19. onie
  20. Akuro San
  21. reezluv
  22. Khairul Zamri
  23. eyriqazz
  24. Cikgu Hairul
  25. the malay male
    • Zuan
  26. blogger lelaki
  27. Hafizin Jamil
  28. tia
  29. muja
  30. beritamy
  31. zool
  32. jia
  33. titan
  34. adikensem
  35. Shafawi Hamzah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Petikkan dialog di dalam filem The Internship. Den yang memang...