Beef Burger @ Mustafa Jones Burger & BBQ

Dah den lama tak menterjah homemade burger yang diusahakan pengusaha perniagaan burger tempatan. Sementara ramai masih memboikot McD (yang tak tau sampai bila, harap ia berterusan) apa kata kita kurangkan mencaci barangan luar dan ambil pendekatan dengan menyokong produk keluaran tempatan?

Sekarang ni ramai dah mula mencari semula Ramly burger(bukan mencari Ramli Man U kan?). Alhamdulillah, rezeki untuk produk keluaran tempatan.

Sapa pernah try Beef Burger kat Mustafa Jones Burger & BBQ? Blum? Pada yang belum, Mustafa Jones (a.k.a. MJ) menyediakan bukan sahaja menyediakan burger sebagai menu utama, turut disediakan masakkan berkonsepkan grill & BBQ.

Untuk pengetahuan umum, pengusaha Mustafa Jones Burger & BBQ iaitu Mustafa Jones, berasal dari Brooklyn, New York. Beliau membakar sendiri burger untuk di sediakan kepada pelanggan dan setiap burger yang dibakar mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk disediakan. MJ menggunakan daging segar untuk menyediakan patty burger mereka yang mana disalut dengan rempah istimewa.

HOMEMADE BURGER Beef Burger @ Mustafa Jones Burger (2) copy

Pada mula agak terkejut bila tengok pilihan menu yang ada, majoriti yang ada di dalam menu adalah makanan berkonsepkan Western seperti Beef Kebab, Grilled Lamb Shoulder, Hot Dog Special, Lasagna, Pasta Carbonara, Chicken Wings dan Steak. Tapi apabila di tanya kepada pelayan mengenai menu burger, pelayan mencadangkan Beef Burger.

Jadi den try Beef Burger yang mana dijual pada harga RM8. Untuk standard harga burger bakar, harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Den dan 2 lagi kawan membuat keputusan untuk order Beef Burger. Selepas order dibuat, seperti yang di urakan, menuggu burger sampai untuk 20 minit.

Burger dihantar sendiri oleh MJ kepada kami. Agak cool gaya MJ, kelihatan sungguh humble. Malangnya tak sempat nak bergambar dan berbual dengan MJ kerana beliau kelihatan sibuk menyiapkan pesanan pelanggan.

HOMEMADE BURGER Beef Burger @ Mustafa Jones Burger copy

Beef Burger
“Daging segar diadun bersama rempah ratus istimewa tempatan dan impot, dimasak di atas kayu api membuatkan anda pasti hendak lagi; disediakan bersama roti, daun salad, tomato, bawang dan mayonis pilihan beserta mustard atau keju”
MJ Burger

Dari ‘persembahan’ memang nampak kelainan dari burger bakar lain. Jika di lihat di atas roti, ada sos BBQ istimewa dari MJ. Pisau sudu dan garfu tidak disediakan melainkan pelanggan sendiri yang memintanya.

2 kawan den meminta pisau sudu dan garfu daripada pelanggan. Tapi den sebaliknya. Den lebih gemar memakan burger menggunakan tangan, baru la budaya melayu! Makan gunakan tangan 😉

Untuk gigitan pertama, den rasa lain sangat burger tu. Rasa burger yang lain dari burger bakar lain. Yang hairannya, rasa tomato dan bawang seperti tidak ada. Mungkin rasa sayuran sudah tengelam akibat mayonis dan mustard. Pada den, gigitan tersebut tak mengecewakan, ia memberi pengalaman rasa burger yang berbeza.

Terus den bagitau kawan den yang lain untuk nikmati burger tersebut dengan menggunakan tangan. Den selalu juga makan burger gunakan pisau sudu dan garfu, dan tak dinafikan berbeza makan pakai tangan dengan makan pakai sudu dan garfu. Mereka ikut seperti yang dicadangkan dan masing masing setuju yang rasanya sungguh berbeza.

Den dengan perlahan menghabiskan Beef burger yang di pesan. Di dalam hati “patut order double tadi“. Terus den pasang niat untuk cuba set menu lain jika ada kesempatan lagi ke MJ Burger.

My Burger Loving Rating:

Meter kenyang: 4/5
Meter Lazat: 4.5/5

 

Lokasi:

Warung Kayu Manis @ Mustafa Jones Burger & BBQ
B1-G-3 Jalan Selangor , Pusat Komersil Gaya, Taman Melawati.
Landmark: Lim Tayar, Msian Institute of Arts, Sakura Kristal

Blog: http://flavormalaywesternkick.blogspot.com/

Zuan
p.s: untuk entry ini, ‘My Burger Loving Rating’ diperkenalkan untuk menentukan tahap kesedapan burger kepada pembaca blog menurut pandangan den sendiri. Untuk kalini, den cuba bagi meter dari segi kekennyangan dan kelazatan sesuatu burger tu. Harap ia membantu. Sebarang cadangan untuk penambahbaikkan, sila utarakan.

Comments
  1. Azam Mohamad
  2. akubiomed
    • Zuan
  3. Ismail N
  4. Mazni Azmi
    • Zuan
  5. deqnoor
    • Zuan
  6. Ainaa Roseberry
  7. Anak Askar Pencen
  8. MK Kimi
  9. Zali
    • Zuan
  10. Bahrain
    • Zuan
  11. puteri kasih
  12. titan
  13. Jia Rizaira
  14. Ezad Skytech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge