Bayar Zakat Semudah Update Status Di Laman Social

Share

Dalam ‘sedap’ kita merasa pendapatan masuk, ‘sedap’ juga pendapatan itu mengalir keluar macam air. Semuanya rasa macam tak cukup sahaja.

Apa yang uncle mengarut ni?

Sebenarnya uncle nak cerita mengenai kaedah bayar zakat harini yang mana nak bayar zakat pun dah jadi semudah update status di laman social.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah AtTaubah. Ayat 071.

Ok, sebelum uncle cerita lebih panjang mengenai bayaran zakat ni, adalah lebih baik uncle cerita dulu mengenai institusi yang bertanggungjawab menguruskan pungutan dan pengagihan zakat.

pusat pungutan zakat maiwp

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah institusi yang bertangungjawab dalam pungutan zakat dan mengagihakan zakat tersebut kepada pihak yang layak menerimanya. PPZ-MAIWP mula beroperasi pada 1 Jan 1991.

Objektif penubuhan PPZ-MAIWP sangat jelas iaitu;

  1. Meningkatkan pungutan zakat dari masa ke semasa
  2. Memudahkan pembayaran zakat kepada pengguna
  3. Mendidik masyarat Islam tentang tanggungjawab membayar Zakat
  4. Memperkealkan sistem pungutan zakat berkomputer
  5. Memperkenalkan cara korporat dalam pengurusan pungutan zakat

bayar zakat ppz

Syarat Wajib Bayar Zakat

Adalah wajib bayar zakat kalau korang beragama Islam, seorang yang merdeka, seorng yang miliki harta sempurna, harta cukup nisab dan cukup haul harta tersebut. Jadi tiada alasan untuk tidak bayar zakat jika korang dah cukup syarat-syarat wajib bayar zakat.

Rasa dah cukup syarat-syarat wajib untuk bayar zakat? Tapi masih tak tau atau tak sure atau sengaja buat blur macam mana nak bayar zakat?

Baik, harini mudah je nak bayar zakat. Macam uncle cakap, semudah update status di laman social.

Cara Mudah Bayar Zakat

cara mudah bayar zakat ppz

Dalam gambar di atas ada di senaraikan 9 cara mudah untuk bayar zakat iaitu; bayar di Kaunter PPZ, melalui potongan gaji, laman web zakat.com.my, perbankan internet, kaunter bank, pejabat pos, MYEG, ejen kutipan zakat, dan kad kredit islamik.

Memandangkan uncle ni pemalas nak ke kaunter, uncle lebih suka cara mudah, iaitu melaui potongan gaji.

Skim Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

bayaran zakat potongan gaji

3 langkah mudah untuk bayar zakat melaui skim potongan gaji iaitu dengan layari laman web zakat, www.zakat.com.my, klik bayar zakat, kemudian isi borang yang di sediakan, dan yang selebihnya biar pihak PPZ uruskan dengan majikan kita.

TAPI sebelum daftar skim bayaran zakat melaui potongan gaji, adalah lebih baik korang semak dulu berapa jumlah pembayaran zakat yang korang perlu buat. Boleh rujuk di bahagian taksir zakat untuk pengiraan jumlah bayaran zakat yang wajib di bayar.

Agihan Zakat

Ke mana pula zakat yang di kutip, di agihkan? Persoalan yang sering kali di soalkan oleh segelintir pembayar zakat.

Jangan terkejut yang ada segelintir pembayar zakat memandang PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sebagai agensi yang hanya pandai mengutip dana zakat sahaja, dan tak menyalurkan dana zakat kepada asnaf yang memerlukan.

Asnaf ialah pihak yang layak menerima bantuan Zakat yang dikutip daripada orang Islam.Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan: miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).

Tak perlu risau la bab yang ini, PPZ-MAIWP dan BAITULMAL-MAIWP sedaya upaya mereka mengalas amanah yang berat dalam menerima wang zakat dan mengagihkan wang zakat kepada pihak yang layak menerimanya mengikut prosedur yang sistematik.

Rujuk bahagian agihan zakat untuk maklumat skim bantuan zakat dan syarat khusus menerima zakat yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kempen ‘Zakat Online’ dan Menang Cenderahati

kempen bayar zakat online

Sempena menyambut Maulidur Rasul, pihak PPZ-MAIWP menganjurkan kempen ‘Zakat Online’. Korang hanya perlu bayar zakat melalui portal atau i-zakat untuk menyertainya secara automatik. Yang menariknya, tiada had penyertaan! Apa tunggu lagi? Kempen tamat pada 31 Desember tepat jam 9 malam.

 

Info lanjut mengenai Zakat, boleh dapati di www.zakat.com.my, atau hubungi di talian 1 300 88 5757 atau e-mailkan kepada info@zakat.com.my

 

Nota kaki: Selagi masih di berikan peluang ni, banyak banyak la berbuat baik antara kita. Peringatan untuk uncle dan korang semua 😉

Share
Comments
  1. Fauzi Sabri
  2. Ezad Skytech
  3. Raihanah Ahmad
  4. mrhanafi
  5. titan
  6. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge