Bayar PTPTN Walaupun Sikit
Dah memang jadi tabiat sesetengah orang kita, bila hutang jadi liat nak bayar. Sebelum ambil hutang, janji manis sampai potong kaki sebab terlebih gula la orang cakap. Harini pelik orang kita, yang bagi hutang tu pulak yang kena cari orang yang ambil hutang. Bukan patut orang ambil hutang tu cari orang yang bagi hutang kat dia ke?
Dari riwayat al-Baihaqi, sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.
Dengan peningkatan kos sara hidup harini, student pun nak kena berhutang. Muda-muda dah di ajar untuk berhutang. Tapi hutang untuk pelajaran ni pada uncle hutang yang baik sebab kita berhutang untuk dapatkan ilmu yang inshaAllah satu hari nanti kalau ilmu tu di guna pakai ke arah yang baik, boleh bagi pulangan berlipat ganda pada kita.
Cuba Bayar Hutang PTPTN Walaupun Sikit
Alhamdulillah, uncle dah beberapa bulan dengan konsisten cuba bayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) uncle. Apa rahsia konsisten bayar PTPTN uncle? Rahsia tu adalah rahsia bila kita kata ia rahsia. Kiranya mana ada rahsia kan? Hehehe
Okay la, sebab uncle dalam happy mood sebab baru dapat gaji, Uncle share beberapa rahsia bayar PTPTN uncle:
- Tampal nota untuk bayar hutang di yang selalu kita lalu atau pandang
Uncle tampal di pintu bilik nota ni. Dengan ini, bukan uncle je yang ingat untuk bayar PTPTN uncle, secara tak langsung, family uncle pun akan ingatkan uncle kalau uncle terlupa untuk bayar. Selain hutang PTPTN, uncle juga note down beberapa hutang dan komitment bulanan lain di depan pintu. Dengan itu, uncle akan sentiasa ingat bajet bulanan uncle. Dari situ uncle tak boros.
- Tetapkan niat untuk clearkan hutang
Ini paling penting sekali. Kalau niat utama kita setiap bulan bila dah masuk income adalah untuk tambah hutang atau untuk berbelanja, memang macam air la duit tu jalan. Jadi kalau boleh sebelum gaji je, awal awal dah pasang niat, masuk gaji nak terus bayar hutang ikut bajet bulanan yang di tetapkan. Kalau ada bonus/komisyen, bayar la lebih. Kalau tak pu, letak duit lebihan tu kat tempat yang boleh gandakan duit tu macam unit trust.
Simple je kan tips uncle? Pada uncle, tak perlu banyak sangat tips atau rahsia untuk buat sesuatu. Cukup la satu atau dua tips. Janji kita praktik betul betul tips tersebut, pasti hasilnya memuaskan.
Kalau nak tips lebih, boleh dapatkan dalam ebook Free PTPTN. Ebook ni mendedahkan RAHSIA SEBENAR macam mana nak lunaskan pinjaman PTPTN. Wow rahsia sebenar? Apa rahsia tu? Nama pun rahsia, kena la baca buku tu baru tau rahsia dia hehehe 😀
Nota kaki: Korang suka Marvel atau DC?
Xpa.. Bayar sikit-sikit dulu.. Lama-lama habis la kan..
Azlan recently posted…Gantikan Google Now Dengan Cortana Pada Peranti Android
hutang 30 k lebih.. belum settle lagi.. mara .. ada jugak konsisten… ada duit lebih bayar… bayar thorough online je.. setting dekat maybank2u..
zik recently posted…Keputusan penuh, ulasan dan carta terkini liga super 8.82015
bagus! teruskan dengan melaksanakan tanggungjawab 😉
kalau semua peminjam ptptn macam uncle, senang le kerja pihak ptptn..takperlu kejar nak kutip hutang kan hehe
JMR recently posted…Pengalaman kali kedua di bilik bersalin
hehe betul tu.
harap ptptn bagi diskaun kat uncle sebab jadi pembayar yang baik hehehehe
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Memang betul tu, wajib bayar hutang walaupun amaunnya sedikit
Noriza Rahman recently posted…Meriahnya Lebaran di Hujung Minggu bersama Keluarga
bayarlah walaupun sikit.
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
den tinggal lagi 1.5K je., tahun depan target setel..
kalau hebat tahun ni juga habiskan
zool recently posted…Apa yang perlu diteruskan selepas tamat Ramadhan
terbaik bro! kongsi sikit tips macam mana bro bayar hutang ptptn bro 😀
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
suka atau tidak hujang mesti kena bayar bila mampu..
kalau tak mampu memang tak dapat la takut tambah hutang lagi ada..
Hero Borneo recently posted…Kelebihan Blogger Berbanding Orang Kebanyakan
percaya atau tidak, harini walaupun dah dikira tak mampu nak bayar hutang, ramai yang masih nak tambah hutang.
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Study dulu Pa & Ma sponsored. Kos study sekarang mahal.
rahimah majid recently posted…Bercuti Ke Greece . Apa Ada Di Sana ?
hehe dulu lain sekarang lain. sekarang ni uncle nampak yang pelajaran ni dah macam satu lubuk buat duit
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Satu perkongsian yang amat bagus. Boleh dijadikan panduan oleh kita semua. Terima kasih ya
Emy recently posted…Kencing Malam Kanak-kanak – 5 Cara Untuk Tidur Yang Lebih Nyenyak
moga membawa manfaat kepada semua inshaAllah 🙂
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Ya.. Eloklah bayar.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit… Bayar sikit-sikit, lama-lama dapat selesai hutang PTPTN…
Anuar recently posted…Bagaimana SIMKAD PERCUMA ini dapat jimatkan bil telefon saya di musim perayaan?
kalau tak mampu sangat, bayar la minimum. lama lama habis juga 😉
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
tak baik hutang lama-lama ..kalau mampu boleh bayar la..
mrhanafi recently posted…Hari Gaji Untuk Ahli Bestmobile
hutang kena langsaikan secepat mungkin 😉
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Kalau ada niat Insyallah Allah swt akan permudahkan kita untuk melangsaikannya..
Sani recently posted…MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY
betul tu bro, niat kena betul nak langsaikan hutang
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Yang penting bayar walau sedikit. Ia mendidik diri untuk berdisiplin bayar hutang. Kalau bertangguh gamaknya nanti tak bayar ler…
emalin mohd recently posted…Menyaksikan Jerung Diberi Makan di Aquaria KLCC
asasnya kena kukuh. rasanya kalau dari sekolah di isi dalam minda masyarakat tentang disiplin bayar hutang, mesti ramai harini rakyat malaysia bebas dari hutang 😉
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Itu memang masaalah manusia zaman ini… Bila dah hidup di bandar, kos hidup meningkat, dan kebanyakan oramg ada hutang sini, sana, bukan setakat PTPTN dan bila sampainya masa nak bayar…………………………..
faham-faham lah…. macam macam masaalah timbul juga…
Miera Nadhirah recently posted…A Shopkins Birthday Party on a shoestring budget…. (photo diary)
tiba tiba ada masalah kan. hehe
harini kalau tak cukup duit, tambah duit dengan buat income ke 2 dan ke 3 😀
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
kita geng, haha..
tapi apesal ko tak byr online ja ?
just curious 🙂
farzli recently posted…6 tips untuk elak blog jadi usang
hehe pasal apa ek, pasal aku nak usya awek kat ptptn haha. ini rahsia :p
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
konsep mudah ialah pandai berhutang maka pandai le ye nak bayar balik..
Hanafi Abdullah recently posted…Ebook Percuma Rahsia Minda Wang
betul tu, tapi ramai harini, ‘pandai hutang, pandai hilang’
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
dah habis bayaq.
so..leh bantai mkaan cendol sesuka hati. haha..
titan recently posted…Duit RAYA dari Ashadee
pergh, best! aku aim nak abiskan dalam 5 tahun.kalau ikut bayaran minumum yang diorang tetapkan, mau dekat 10 tahun baru habis. moga di permudahkan niat aku ni.
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
nak bayaq habis cepat, ada triknya.
lagi best sekarang..korang tinggal 1% je.
dulu..aku kena time 3%.
lagi sakit nak habiskan.
tips..tiapp2 bulan, bayar rm500 ke atas dalam 2 tahun..
titan recently posted…Komisen ke 50 dari Ashadee.com
alhamdulillah, nasib baik ada ujrah 1%. kurang sikit total kena bayar.
thanks for the tricks bro, ada duit lebih bayar lebih la kan?
hehe sekarang ni belum mampu lagi nak bayar rm500 sebulan, paling tinggi pun rm300 je.
moga degan income ke 2 dan ke tiga yang di usahakan sekarang ni, boleh tambah lagi bayaran ptptn. nak juga habiskan dalam 2 tahun macam bro 😀
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Zaman saya belajar dahulu. PTPN pun belum wujud lagi. Saya dapat pinjaman MARA. Alhamdulillah sudah lama langsaikan. 🙂
akubiomed recently posted…Gajet Samsung Gear VR Innovator edition sudah dilancarkan di Malaysia
belum wujud lagi ek bro time tu? ingatkan dah lama PTPTN ni wujud 😀
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015
Hutang PTPTN sebenar dikira sebagai hutang dalam bentuk pelaburan .
Wanyob recently posted…Perkara selalu jadi masa Ramadhan dan Syawal
ya betul tu, pelaburan jangkamasa pendek yang memberi pulangan lumayan kepada yang gunakan sebaik mungkin hasil pelaburan itu 😉
Uncle Zuan recently posted…#SehatiSejiwa – Tema Hari Kebangsaan 2015