Bawa DASHING Anytime EDT Ke Mana Sahaja

Share

Selalu juga uncle ada masaalah nak bawa perfume bila travel. Tak kisah la travel dekat atau jauh. Mana taknya, satu botol perfume pun dah bersaiz 100ml, jadi nak bawak naik flight memang tak lepas.

Adalah penting pada uncle untuk sentiasa wangi bau badan, supaya sentiasa konfiden dan kekal fokus.

Uncle pun selalu travel dan jumpa dengan ramai orang. Jadi penampilan dan bau badan kena la jaga. Kalau sekali jumpa orang, bau badan tak sedap, mesti orang tu pun tak nak jumpa kita lagi kan?

DASHING Anytime EDT Tampil Dengan Saiz Kompak

DASHING telah mengeluarkan perfume bersaiz kompak bagi memenuhi permintaan uncle.. Ehhh haha perasan betul uncle ni.

Tapi memang betul pun, DASHING nampak peka dengan keperluan kebanyakkan lelaki di zaman moden ini.

Bagi mengatasi masaalah kaum adam untuk membawa wangian ke mana-mana sahaja, DASHING mengeluarkan Anytime EDT. Perfume bersaiz kompak yang tampil dengan variasi 4 bau yang unik dan sedap.

dashing anytime edt

Rekaan kompak DASHING Anytime EDT tampil dengan 4 variasi iaitu; Cool, Active, Ultimate Kick & Hattrick.

Menurut Mr. Venkat Jangam, Pengurus Pemasaran Wipro Unza Malaysia. “Sesiapa sahaja boleh bergaya dengan fesyen terkini dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tetapi sebenarnya bau badan seseorang itulah yang menjadi “faktor tarikan” untuk menonjol dan mengekalkan penampilan yang segak. Oleh sebab itulah semua lelaki tanpa mengira taraf hidup dan pekerjaan perlu sentiasa mempunyai bau badan yang menyenangkan sepanjang hari.”




Memang benar sama sekali la apa yang dikatakan oleh Mr Venkat. Tak kira segak mana pun penampilan, tapi kalau bau badan out, memang out la semua sekali.

Selepas nampak beberapa posting rakan social media yang lain di Facebook dan Instagram mengenai Anytime EDT. Dan setelah membaca beberapa feedback mengenai Dashing Anytime EDT ini, uncle telah ke farmasi kegemaran uncle untuk mencuba kesemua 4 variasi yang ditawarkan.

Belek punya belek, cuba punya cuba. Uncle pun sambar semua 4 pilihan yang ada memandangkan harga 18ml Anytime EDT ini cumalah RM7.00.

Dan cuba teka yang mana satu pilihan uncle?

Pocket sized cologne, masculine smell. My kind of thing. @dashing_my #Dashing #DashingMY #DashingAnytimeEDT

A post shared by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Ya, Cool adalah pilihan uncle antara 4 variasi yang ada. Bauan berkonsepkan maskulin ini tidaklah telalu kuat dan terlalu lembut, cukup untuk membuat rakan sekerja uncle bertanya “Perfume apa kau pakai tu? Sedap bau dia”. Ia cukup untuk membuatkan uncle tersenyum, dan bersemangat untuk buat kerja sepanjang hari.

334 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. sabree hussin
  2. Ikhwan
  3. anuar
  4. ahmadyani
  5. Dunia Zumal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge