Bangun Makan Online Tidur – Rutin Harian Penanam Anggur

Howdy Peeps,

Lebih tiga minggu aku tamat latihan praktikal, pada seminggu awal jalani menjalani rutin belia kurang iaitu Bangun tidur, makan burger, online facebook dan tidur semula. Seminggu sia-siakan ‘peluang buat duit dari rumah‘ yang pernah dikongsi di Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati. Sebab tu orang cakap, “kalau tau macam mana nak buat, tapi tak buat, tak guna gak“, dapat tak apa aku nak sampaikan ni? Aku dah mula ingat-ingat lupa Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati. (tanda tanda gua dah tua, memang sesuai dengan pangkat Uncle)

Umi dah geleng-geleng kepala tengok perut anak laki dia makin besar, bukan ada bayi pun dalam perut  aku, ada lemak je. So last week aku ambil peluang untuk 6pax-kan kembali perut dengan beriadah di petang hari. Selama lebih seminggu jalani rutin joging dan timbang-timbang bola di Padang Bola Kompleks Sukan Paroi. kira Healthy Lifestyle la kan? Kira ok la, aku dah tak membazir masa ‘tanam anggur‘ dalam bilik.

healthy lifestyle adidas shoes


Selain dari buang masa melayan politik facebook, aku ada juga work-on
The Untunglah Blog dengan share-partner sepanjang masa menunggu ‘waktu memetik anggur’. Untuk experimentasi keberkesanan idea generate income dari rumah aku register JomNiaga (Percuma beb daftar! Rugi tak daftar! Baik daftar sekarang!) dan mula promote product dari vendor di Blog atau Laman Social untuk dapatkan komisyen. Senang kan?

Alhamdulillah, komisyen pertama, RM1 masuk last week bila aku promote lead product ‘Win RM1,000 Malaysia Vouchers. See tak susah sangat kan? Cuma pilih vendor di marketplace selepas daftar akaun JomNiaga, dan promote. Cuba la, inshaAllah ada rezeki untuk orang yang nak usaha.

Aku ingat lagi cerita salah seorang speaker di Seminar Buat Duit Dengan Blog; mula-mula beliau affiliate, dapat satu sen je. Tapi alhamdulillah, atas usaha tanpa mengenal erti putus asa, semakin besar rezeki beliau. Memang betul la kata orang tua-tua, “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit“.

So apa tunggu lagi? JomNiaga di laman sosial dan blog anda!

char grill express roast beef burger combo 100 plus chong wei

BTW aku mengidam nak makan set Roast Beef Burger Combo dekat Chargrill Express bulan puasa nanti. Memang menjilat jari bila pekena dengan sos perinaise dia. Daging lembu yang di panggang memang lembut dan mudah dikunyah, sayur salad fresh macam baru dipetik dari belakang banggunan. Satu set termasuk air baru RM12.90.

Aku pernah jumpa Chargrill Express ni dekat Solaris Dutamas KL, sapa tau ada kat mana lagi? Rasa-rasanya food blogger tau kot hehe? BUZz me kalau tau ok?

Till then..

 

Jargon word:

  • Tanam Anggur – Pengangur
  • Waktu memetik anggur – Tawaran Kerja

 

p.s: Kedengaran hujan mula turun di beberapa area yang terkena Jelebu. Alhamdulillah.. Btw sesiapa yang teringin nak tukar domain dan hosting macam aku, boleh usya-usya dekat Saleiz Hosting. Harga berpatutan dengan servis yang sangat berpatutan. 

Zuan

Comments
  1. aisya lieza
  2. Hafizul
  3. schaze zainn
  4. fyna
  5. ProfHariz
    • zuan
  6. Azham Vsvc
  7. syakirrahman
  8. Denaihati
  9. KiD
  10. hafizrahim
  11. cent
  12. Hairul Azni
    • zuan
      • Hairul Azni
  13. terbaekBlog
  14. Anuar
  15. sutera
  16. sutera
  17. onie
    • zuan
  18. sutera
  19. Ezad Skytech
  20. Ezad Skytech
    • zuan
      • Ezad Skytech
        • zuan
  21. ahmad faizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge